Author's pov'Iris.. Irin.. Mama sayang kamu.. Papa pun sayang kamu.. Jaga diri baik2 ya?'
"HAH!!!!" Iris terjaga dari tidur tercungap-cungap kerana kehabisan oksigen. Dia terus menukar posisi baringnya kepada kedudukan duduk.
"Hey. Kak. Kau okey ke tak ni?" Irin bertanya. Dia juga terjaga setelah terdengar kakaknya yg tercungap-cungap. Matanya dikelip-kelipkan agar dapat menyesuaikan diri dengan cahaya yang memasuki dari celah-celah tingkap yg tertutup rapat.
Sang Kakak hanya mengangguk sambil duduk di birai katil. Irin hanya melihat kakaknya dengan perasaan kasihan. Bukannya dia tidak tahu. Setiap malam kakaknya pasti akan diserang mimpi ngeri. Bila ditanya pasti akan dibalas dengan senyuman dan gelengan kepala.
Irin mengeluh. "Kak. Mimpi tu lagi ke?"
Iris mengangguk tanpa menoleh ke arah adiknya.
"Don't you want to share it with me?" Dia bertanya lagi.
Buat kesekian kalinya Iris menggeleng Dan mengambil nafas yang panjang. "I'm okay. Kau tidurlah dulu. Akak pun nak sambung tidur balik."
Irin mengangguk dan menarik selimutnya semua yang tergeletak di atas lantai. Pasti kerana dek terkejut dia tertendang selimutnya sehingga jatuh.
Mengikut gerak geri adiknya.. Iris juga menarik selimutnya sehingga ke paras dada dan baring menghadap dinding.
Iris's pov
Aku mengeluh. Ini dah kali ke berapa entah? Asyik mimpi yang sama je.. Suara mama bercampur dengan bunyi tembakan. Setiap malam benda yang sama.
Aku tunggu. Takut2 scene tu akan bertukar.. Tapi.. Sama jer? Scene tu diulang banyak kali macam radio rosak. Boleh gila sebab stress tau tak? Scene tu aku dah hafal. Tukarlah scene lain.
Mama ngan Papa pun dah selamat dekat alam sana. Tapi kenapa Allah nak tunjukkan benda ni kat aku?
'Maybe ini satu petunjuk? Kau apa tau? Dahlah Otak.. Kau buat aku penat.. Baik aku tidur'
Aku tarik selimut lagi sehingga menutup kepala. Kisah apa aku besok kena marah dengan makcik. Bukannya tak pernah kena marah. Buat masa sekarang ni baik aku tidur.
*****
"APALAH NAK JADI DENGAN BUDAK2 NI?!! WOII!! BANGUN!!!!"
Dah bunyi dah.. 😑😑😑
Aku mengerang dan menggeliat. 'Tak aman dunia ni kalau dia tengok aku senang lenang macam ni.'
"KAU MENGELAMUN APA LAGI?!! MANDI!! LEPASTU BUAT SARAPAN!!!" Makcik aku memetir lagi. Irin apa lagi.. Terus pecut pergi capai tuala.
Makcik aku mendengus lalu berjalan keluar dari bilik kitorang. Tak tahan agaknya duduk dalam bilik stor ni. Well.. Lepas papa dan mama meninggal.. Keluarga pakcik aku yang still nak jaga kitorang. Itupun sebab wasiat yang papa tinggalkan. Itupun kira baik hatilah makcik aku kasi bilik. Kalau tak? Terpaksa tidur kat dapur.
Tapi aku pelik.. Papa macam tau2 je nak tinggalkan kitorang dalam situasi macam ni? Bukan papa dan mama meninggal masa kemalangan ke?
Bunyi pintu dibuka terus aku toleh kepala kearah sumber bunyi tersebut. Aku mengeluh lega. Lah.. Irin rupanya..
"Kak. Pergilah mandi. Karang mak tiri tu memetir lagi." Dia mengeringkan rambutnya yang basah.
Berkerut dahi aku. Dia ni mandi betul2 ke?
"Rin."
"Hmm?"
"Kau mandi ke.. Mandi kerbau? Akak tak rasa sampai lima minit kau duduk dalam bilik air tu."
Irin tarik muka. Sudah.. Kenapa plak? "Habistu? Nak suruh Irin bertapa dalam bilik air tu ke?" Dia menyindir aku.
Eh eh. Aku tegur je. Yelah..
"Dahlah.. Pi mandi. Rin nak gi awal harini."
"Apasal plak? Harini bukan duty kau kan?" Aku berjalan keluar arah rak tuala dan capai satu.
"Memanglah bukan.. Akak nak tolong bawak beg mawar lagi ke?" Mawar? Anak makcik akulah.. Anak siapa lagi? Takkan anak orangutan? Aka. Sepupu kitorang.
Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tak boleh nak cakap apa. Copy paste habis. Like mother like daughter lah gitu.. Dah Kalau makcik aku mak tiri yang kejam dlm citer Cinderella.. Then mawar ni ialah Kakak tiri yang sombong.
"Yelah dik oii.. Whatevs." JOM!! KE BILIK AIR!!!
*****
Irin's pov
Fuhh!! Nasib baik sempat keluar rumah sebelum dia bangun. Dia? Kan Dah citer tadi.. Mawarlah.
Lepas buat sarapan and kemas meja, aku ngan Iris apalagi, terus pecut keluar pakai kasut sekolah. Tak sempat nak sarapan. Takpelah.. Lagipun kitorang selalu makan kat sekolah.
Sekarang ni kitorang dalam perjalanan pergi sekolah. Ni lagi satu bala. Mamat bangla tepi kedai roti canai mamak tu plak selalu kacau kitorang.
"Ris. Mamat bangla tu camane?" Aku tengok muka kakak aku. Dia mendengus.
"Kau ni. Sekejap kakak, sekejap kak, sekejap Iris, sekejap ris. Cuba panggil aku betul2."
Aku buat muka. Salah ke? "Lah.. Lantak akulah nak panggil kau apa. Lagipun kita kat luar rumah. And kita sebaya wajarlah kalau aku panggil kau Iris."
"Hey. I'm older by 13 minutes."
"So what? It's just a number."
"Still. I'm older than you. Have respect please. Call me 'Kakak'." Duh. Dia tua 13 minit je kut. Itu pun nak kecoh satu Malaysia.
"Okay2. Whatever. Skang ni camane? Mamat bangla tu camane? Aku nak sampai sekolah safe and sound tau. Aku taknak calar sana sini."
"Eh eh. Drama. Kau tau silat kan? Gunalah kepakaran kau tu."
Aku menggeleng. Memang taklah. Aku dahlah pakai kain. Kalau pakai seluar lainlah karang terlucut kain aku. Tak pasal2 ada free show tengah2 pagi buta ni.
"Kau gila ke? Aku pakai kain. Kau buta eh? Ke.. Rabun Dekat?"
"Lah.. Kau tak pakai seluar kat dalam?" Aku geleng. Manalah sempat.
"Tadikan tengah busy buat misi kecemasan. Manalah sempat nak pakai seluar." Aku pamer sengih kerang busuk.
"Sengih2." Dia decih. "Dahlah. Jom."
Aku tahan dia. Eh eh. "Nak gi mana? Aku taknak lalu depan Dia." Dia gi juling mata. Hah juling2 lagi. Dah kalau betul2 juling baru tahu.
"Dah kau taknak lalu kat depan.. Kenalah lalu jalan belakang. Jalan jauh. Ada paham Adik tersayang?" Dia kelip2kan mata.
Aku mencemik. "Ingat cantik?"
Dia mengeluh. "Boleh kita pergi sekarang?" Aku hanya mengangguk dan follow dia dari belakang. Ya Allah.. Kau lindungilah kami sepanjang perjalanan kami ke sekolah..
This journey is gonna be a long one.
YOU ARE READING
Kawanku Assassin || [On Hold]
Romance"Dengan perempuan pun nak berkira ke?" "Kau perempuan ke?" Eh eh. Ni sudah lebih. "Kau nampak aku pakai tudung kan? Suara aku garau macam kau ke? Kau ingat aku maknyah?" "You can say that. Tapi bukan maknyah. Kau nampak macam.. Pengkid. Tomboi. Tau...