Scene selepas ini ialah sambungan daripada chapter yang lepas. Harap terhibur okay?Adean's pov
Berlagak lagi. Ni baru aku kasi buku lima belum lagi kaki naik muka. Tapi okeylah.. Leader dia ni ada power gak.
Aisy dengan Irfan belasah dua orang sekali gus. Lantaklah.. Asalkan hidup diorang bahagia. Jangan sampai diorang pulak yang lebam.
So kesimpulannya.. Berakhir di pejabat. Lebih tepat lagi, dalam bilik pengetua. Budak2 maxwell tadi dah kena basuh dengan guru disiplin dekat padang betul2 depan kitorang. Hah! Kasi free show terus.
Pengetua ni plak dari tadi asyik kedepan kebelakang je dari tadi. Penat aku tengok.
"Apa nak jadi ni?" Pengetua tanya.
"Pensyarah cikgu." Haikal menjawab. Kami berempat menoleh ke arah Haikal. Eh eh dia ni. Berani mati betul.
Aku toleh ke arah pengetua semula. Dia dah mengurut batang hidung dah.
"Saya tak tanya apa cita-cita awak Haikal." Beliau memotong ayat Haikal sebelum menyambung. "Yang musykilnya, kenapa mereka bertujuh yang lebam dan bukan awak semua?"
"Sebab kitorang ni pegang amanah cikgu." Aku menjawab. Serius kalau pengetua dengar jawapan aku, confirm masuk ICU sebab darah tinggi. 😆😆
"Amanah siapa?"
"Ketua kelas."
"Ketua kelas?"
Kami berlima mengangguk. "Dia cakap dia taknak tengok lebam kalau dia datang balik. Jadi sebelum dia datang.. Lebih afdallah kalau kitorang hadiahkan sikit dekat budak2 Maxwell tu. Lagipun ketua kelas kami tak tau apa2. Jangan risau cikgu.. Mulut tutup. " Aku senyum.
Pengetua tepuk dahi. Beliau mengeluh. "Kalau saya hukum pun kamu semua akan buat balik jugak. Dan bukan sepenuhnya salah kamu semua.. Untuk harini.. Pergi tolong staff cabut rumput dekat padang."
Mata kitorang terbeliak. Padang seluas alam tu ke? Dahlah matahari terik. Pengetua nak kitorang mati sebab kepanasan ke? Kalau cuci tandas takpelah lagi.
"Ala cikgu.. Tandas lah. Eh eh? Kalau dekat padang tu nanti diorang datang balik camane?" Aisy memujuk.
Look? Even member2 aku pun taknak cabut rumput. Tercalar maruah weyh. Tak pernah2 orang tengok geng aku terbongkok-bongkok cabut rumput.
Pengetua perhatikan kitorang berlima. "Betul ni?"
Kitorang mengangguk. Tandas pun tandas lah. Atleast kitorang tinggal mop macam tu jer. Tandas dah bersih buat apa nak cuci lagi kan?
"Okey. Tapi saya tambah. Bukan untuk harini je.. Untuk seminggu. Amacam?"
Rahang jatuh. Buruk siku betul pengetua ni. "Cikgu~"
Pengetua menggelengkan kepalanya. "Kamu ingat saya tak tahu plan kamu? Dah2 pergi cuci sana." Beliau menghalau.
Langkah longlai. Bahu kendur. Hailah tandas.. Harini kau jadi kawan kitorang.
Tapi lepastu lagi teruk. Nak meletup satu kelas Adam buat. Sebab ada orang bocorkan yang kitorang fight dengan budak2 Maxwell tadi. *sigh* nasib badan..
End flashback
Adean's pov
Aku mengangguk. "Okey. Tapi besok aku nak settle hal junior tadi tu. Kal. Kerja macam biasa."
Haikal mendongak daripada laptopnya dengan dahi yang berkerut. "Junior perempuan tadi? Asal?"
"Aku tak puas hati. Takkan takde siapa yang jaga masa kita lepak? Aisy. Siasat siapa yang patut jaga." Aisy mengangguk.
YOU ARE READING
Kawanku Assassin || [On Hold]
Romance"Dengan perempuan pun nak berkira ke?" "Kau perempuan ke?" Eh eh. Ni sudah lebih. "Kau nampak aku pakai tudung kan? Suara aku garau macam kau ke? Kau ingat aku maknyah?" "You can say that. Tapi bukan maknyah. Kau nampak macam.. Pengkid. Tomboi. Tau...