5

292 16 2
                                    


Author's pov

Iris meronta-ronta apabila cengkaman unknown tu semakin kuat.

'Ya Allah.. Kau kuatkanlah aku..' Dia berdoa didalam hati.

Sedikit sebanyak dialog dia tadi membantu. Iris tahu yang dia salah seorang budak Maxwell. Jaga kawasan lah ni.

Semakin dalam dia dibawa masuk ke dalam lorong gelap itu, semakin jelas suara pergaduhan antara kedua-dua buah geng sekolah itu. Sampai je dia.. Okey.. Ini creepy. 5 orang senior pagi tadi. (Bala lagi😑😑). And.. 7 orang budak Maxwell sedang berurusan dengan tenang.

"Well. Far. Kau culik minah mana ni?" Salah seorang daripada kumpulan budak2 Maxwell itu bertanya.

Sebaik sahaja budak itu bertanya, puluhan mata menoleh dan menikam masuk tepat ke arah dirinya.

"Kau buat apa kat sini?" Haikal bertanya. Jelas yang dia dan member2 dia yang lain terkejut.

Iris's pov

"Kau buat apa kat sini?" Mamat senior pagi tadi tanya. But.. Aku tak kenal dan aku tak nak kenal. Serius.. Lepas ni.. Kalau boleh aku nak jauhkan diri daripada diorang beribu-ribu batu. Tengok muka pun taknak dah. Malang betul siapa yang jumpa diorang ni.

Aku senyap.

Matilah aku. Matilah aku. Matilah aku. Memang taklah aku nak jawab. Kang aku pulak yang kena fitnah stalk diorang ni.

"Bukan kau ke junior pagi tadi?" Lagi sorang tanya.

Aku mengangguk.

"Kau bisu eh?"

Aku menggeleng.

"Kau spy budak2 Lexus ni ke?"

Kepala hotak kau. Aku ngan diorang pun tak ngam. Tak nampak ke diorang pun nak terkam aku hidup2? Spy amendenya??

"Kenal diorang pun tak.. Spy apanya?" Ayat itu terkeluar dari mulut aku. Sumpah aku tak sengaja. Tau2 je diorang tenung aku. Lama.

"Eh eh.. Ada suara.. Ingatkan orang tu bisu."

Okey.. Kau menguji kesabaran aku sekarang ni. Kau tunggu. Kalau darah aku dah sampai kepala.. Bukan kau sorang je.. dengan konco2 kau yang lain aku sembelih.

"Kau.. Tak kenal kitorang?"

Aku mengeluh. "Tak."

Senyap. Takde siapa yang berani bersuara.

"Serius?"

"Duhh~ Dah cakap aku tak kenal. Aku tak kenallah. Itupun tadi aku just tumpang lalu dekat sini. Tetiba je mamat ni duk culik2 aku." Kan mak tiri dah keluar.

"Wow.. Ganas." Salah seorang dari budak Maxwell bersuara.

Aku kasi panahan mata yang menembus jiwa. Kau jangan cabar anak Lokman. Darah aku darah keturunan pahlawan Melayu tau. Sia2 je hidup kau kalau kau sentuh aku.

"Apasal kau lalu jalan sini?"

Rahang jatuh. Alahai bodohnya~ "Dah ni memang jalan aku balik rumah. Kau ada masalah ke aku balik jalan mana? Aku tak rasa aku nampak nama bapak kau kat jalan ni." Aku smirk.

Yup. Aku tengah terbakar sekarang ni. Aku nak balik. This is the worst thing ever happen in my life.

Budak maxwell tadi tu terkejut dengan jawapan aku. Ahaha. Rasakan.

"Lepaskan dia." Leader geng budak Lexus. Apparently the one yang kutuk aku maknyah pagi tadi bersuara.

"Nope. Minah ni cunlah."

Alamak aii mamat ni. Sekali aku terajang... Ihh!!

"Dia takde kena-mengena dalam hal kita. Just.. Junior yang bodoh sombong yang dalam perjalanan pulang ke rumah."

Rahang jatuh lagi. Mamat ni memang hobi dia mengutuk orang ke? Depan mata plak tu.

"Apasal plak aku kena lepaskan dia?"

"Dia tak bersalah. As i said."

"Apa aku dapat kalau aku lepaskan dia?"

"Kau dapat penumbuk aku. Jangan risau aku balut elok2. Nanti aku tampal riben. Kau nak warna apa?" Dia kasi senyuman innocent.

Pfft. Okey. Yang ni buat aku rasa nak tergelak. Baik punya~

"Then.. I'll keep her." Dia menyeringai.

Eh eh. Apasal aku pulak yang bertukar jadi barang ni? IRIN!! APA PASAL PANGGIL CIKGU LAMA SANGAT?!! Bukannya cikgu tu jauh nun dekat Korea.

"Eh eh. Kau ingat aku barang ke? Sesedap hati seenak rasa je kau buat keputusan. Keputusan aku kau letak mana? Dalam longkang?" Aku bebel.

Dia menyeringai lagi. "Kau dah masuk campur hal kitorang at this rate. So.. Untuk tutup nulut kau yang cute tu.. Kau jadi barang taruhan kitorang."

Mata aku membulat.

"Ad. Amacam?" Dia lihat ke arah the 'Ad' dan bertanya.

Aku lihat ke arah dia. Jelas darah dah tak naik ke kepala. Muka aku pucat dan tangan aku sejuk dan berpeluh. Apa kau nak buat ngan aku ni?

Aku toleh ke arah geng Lexus dan menggelengkan kepala. Tak berani nak buka mulut.

'Ad' tengok reaksi aku. Expressionless. Susah aku nak tafsir apa yang dia tengah pikir.

2 minit berlalu and he still looking at me. Kemudian dia toleh ke arah 'unknown'.

"Deal."

Jantung aku berhenti berdegup. Aneh. Satu perkataan yang keluar dari mulut dia tu buat aku menggigil.

"Okey. 1 on 1. Kau dengan aku fight." Leader dari Budak Maxwell tersenyum penuh makna. Penuh makna apa kebendanya. Nampak sangat ada udang di sebalik mi kari. Don't judge. Aku suka mi kari.

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan kami.

Author's pov

Ad dan leader budak2 Maxwell, nama dia, Irsyad. Mulakan perlawanan dengan bismillah. Takdelah.. Diorang dah start singsing lengan baju dan mata still merenung tajam antara satu sama lain.

Tanpa Irsyad sedari, Ad yang sudah berlari kearahnya menghadiahkan sebuah penumbuk ke rahang Irsyad.

Irsyad yang tidak sempat mengelak meringis kesakitan dan meludahkan darah. Eww. And that is gross. Dia melihat ke arah Ad dengan darah yang membuak-buak.

Dia membalas dengan tumbukan di rahang, pipi, lengan dan perut but still Ad dapat mengelak.

"Oohh.. " Iris menutup matanya dengan sebelah tangan. Tapi still melihat dari celah2 jari.

Kali ini Irsyad membalas dengan high-kick. Tapi malangnya Ad dapat melihat gerakannya dan berjaya menghalang dengan memutar belitkan serangan Irsyad.

Dia menangkap kaki Irsyad dan dalam sekali hentakan ke arah lutut..

CRACK!!!

Jelas kedengaran dan teriakan Irsyad bergema di dalam lorong yang gelap itu.

Ad menolak dan dia jatuh terjelepuk ke atas jalan yang keras dingin.

"Ini.. Cuma amaran buat korang. Jangan cuba2 nak sentuh budak2 sekolah kitorang lagi." Suara dia bergema lagi.

Iris yang masih terkebil2 di situ menoleh ke arah Ad.

"KAU NAK TINGGAL KAT SINI KE?!!" Yup. Dia tengah mendidih sekarang ni. Untuk mengelakkan lagi kejadian tadi terjadi, Iris angkat kain dan cabut daripada situ.

Dan dari situ.. Baru dia faham.. ZAMAN SEKOLAH MENENGAH ADALAH YANG PALING MENAKUTKAN DI DALAM KALANGAN REMAJA2.

'Ah.. Nantilah aku ucap terima kasih kat diorang.. Buat sekarang baik aku cabut lari dulu. Tak pasal2 kaki aku plak yang patah.' Dia bermonolog dan terus berlari mencari adiknya.

Apparently.. Irin tengah makan aiskrim di kedai runcit yang berdekatan dengan lorong itu.

Senang cerita.. Telinga Irin bernanah dengar ceramah dari Iris. 😑😑😑

Kawanku Assassin || [On Hold]Where stories live. Discover now