BAB 01

183 13 2
                                    

Suasana bingit di aras bawah blok B sekolah menarik perhatian Inas untuk keluar melihat apa yang sedang berlaku. Inas mendekati koridor dan menjenguk sedikit kepalanya. "Baaah!" Sergah seseorang daripada belakang. Hampir sahaja Inas terjatuh namun sempat di sambut oleh tangan seseorang.

"Ish, kau ni Harraz!"

Pap!

Satu tamparan mengenai lengan kanan Haykal Harraz. Lengannya diusap perlahan dan dahinya berkerut. "Sakitla Nash.." ujar Harraz dengan manja sambil bibirnya di muncungkan. "Apa Nash nash?" Inas menjegilkan matanya. "Tak takut, tapi comel"sakat Harraz. Inas mengetap bibirnya.

"Oh ya, kau buat apa tertonggek-tonggek tengok bawah? Nasib baik tak ada lelaki lain tergoda" kata Harraz dengan slumber sambil tersenyum nakal. "Ish, apa kau ni!" Inas memarahi Harraz lalu menyilangkan tangan ke dada. "Okay, main je. Jangan la terasa, sayang" ujar Harraz lalu tergelak. "Tengok tu!" Inas mencubik pinggang Harraz. "Ahh ahh ahh.."desah Harraz.

"Oh, Harraz..kenapa bising-bising kat bawah tu?"soal Inas. Harraz menjenguk sedikit di bawah. "La, kau tak tahu ke yang harini ada cikgu muda masuk mengajar? Diorang kata cikgu tu Hot " Harraz menjelingkan mata. Cemburu agaknya. Inas tergelak kecil "hik..hik..hik.." Harraz yang kepelikan memandang Inas dari atas sehingga ke bawah.

"Apahal gelak?"

"Salah ke?"

"Tak salah, tapi kenapa?"

"Kau cemburukan.."

"Mana ada!"

"Malaslah layan kau..dah la pandang anak dara orang dari atas sampai bawah..miang!"

Inas terus berlari masuk ke dalam kelasnya. "Inas, tunggu la!" Teriak Harraz.

* * *

Inas Lailani

Petang itu sebelum pulang ke sekolah, aku singgah di perpustakaan untuk memulangkan buku rujukan Sejarah yang aku pinjam tempoh hari. Harraz sudah pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Sejujurnya, aku cuma ada Harraz rakan baikku. Dia yang selalu menani aku ke mana sahaja. Erm, tandas tak ada lah. Dialah orang yang paling aku rapat sejak di tingkatan satu. Tak lama lagi, kami akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM. Yang menentukan hidup aku selepas ini. Kebanyakan matapelajaran masih belum aku kuasai, lebih-lebih lagi, Sejarah dan Matematik Tambahan. Mujurlah Harraz ada. Dia mahir dalam addmath jadi boleh la dia mengajarku. Sedikit sebanyak membantu aku menguasai beberapa tajuk yang mudah.

Ketika aku sedang berjalan keluar daripada perpustakaan, aku terlanggar sekujur tubuh manusia

Bukk!

Buku-buku di tangannya habis bertaburan. Tanpa banyak kata, aku segera membongkok dan membantunya mengutip buku-buku latihan yang bertaburan. Sambil mengutip, aku memandang sekilas wajahnya.

Ini ke Cikgu baru itu?

Desis hatiku. Aku melihat tanda nama yang di pin pada bajunya, 'Azfar Aryan'. Aku sedikit terpegun melihat wajah kacaknya. Ouh, kay. Apa aku cakap ni. Aku menampar lembut pipiku.

Pap!

Guru itu mengangkat kepalanya dan memandang aku, "maafkan saya, tadi saya tergesa sangat nak masuk. Tak nampak awak tengah berjalan, terlanggar pula" kata guru itu. Aku segera menggeleng, "eh tak, saya yang tak berhati-hati cikgu. Maafkan saya"ujarku. Dia memandang aku dan tersenyum. Apabila semua bukunya telah aku pulangkan kepadanya, aku meminta izin untuk beredar.

JODOHKU, CIKGUWhere stories live. Discover now