BAB 02

338 10 3
                                    

Haykal Harraz

Kringgg!

Loceng berbunyi menandakan telah tiba waktu pulang. Aku cepat-cepat mengemas beg dan menuju ke arah Inas. "Yang, dah siap ke belum? Jom turun pusat sumber kejap. Nak pinjam buku"ujarku. "Hmm, yelah. Sekejap" jawabnya. Aku tersenyum gembira. Kami berjalan beriringan ke perpustakaan sekolah. "Inas.."panggilku

"Hmm.."

"Inas...." makin meleret panggilanku.

"Apadia?"

"Ermm..sayang.."

"Heish, kau ni Harraz! Jangan sampai aku bagi kau silat, kang terpelanting kau!"marahnya. Aku tergelak kecil. Comel la bila dia marah.

"Kau jangan menggedik tau dengan cikgu baru tu.."kataku sambil memandang wajahnya. "Ermm, kalau tak nak?" "Kalau tak nak, petang ni jugak aku bawak rombongan meminang!" Aku mengetap bibir. Geram pulak dengan dia ni. Dia tergelak kecil. "Eleh, kau tu jeles je sebenarnya..tak boleh tengok orang senang!" Dia menjerlirkan lidahnya. Aku ternganga. "Ee..besar la lagi nganganya. Biar gajah masuk"sakatnya. "Eh, nanti bukan gajah yang masuk, kau yang masuk dalam mulut aku"

Pap!

"Aduh.."aku menggosok lenganku "mengarut je kau ni.."dia menjelingkan mata.

Setibanya di perpustakaan, aku mencari buku yang mahu dipinjam sementara Inas membelek buku-buku rujukan yang berada di atas rak.

"Harraz.."sapa Inas dari belakangku."hmm?"balasku. "Harini aku balik jalan kaki tau..bukan naik bas"ujarnya. Aku mengalihkan pandangan kepadanya."eik, kenapa pulak?"soalku. Ialah, kebiasaannya dia pulang ke rumah menaiki bas.

"Sebenarnya, dalam lebih kurang 2 bulan ni, abah tak bagi duit tambang bas. Yelah, kau pun tahu keluarga aku macam mana. Ibu akupun suri rumah aje. Jadi sebab nak jimat duit, mulai hari ni abah bagi duit cukup cukup untuk makan je. Aku kenelah jalan kaki balik" jelasnya. Aku terdiam seketika. Balik jalan kaki? Bahaya kan?

"Biar Cikgu tolong hantar kamu, Inas" seseorang berkata begitu secara mengejut. Secara serentak aku dan Inas memandang empunya suara. Cikgu Aryan. Apa dia buat kat sini?

"Oh, maaf ganggu kamu berdua. Tadi cikgu terdengar perbualan kamu berdua. Jadi,kamu balik jalan kaki Inas, betul?"soal Cikgu Aryan. Inas menganggukkan kepalanya. "Kalau kamu nak, Cikgu boleh hantarkan. Lagipun bahaya kamu jalan sorang-sorang. Kamu tu perempuan" pelawanya. Eh amboi cikgu ni, fikir tak bahaya dia naik kereta kau? Dah la baru masuk sekolah. Kau siapapun dia tak kenal. Selamba badak je.Ini tak boleh jadi, "eh, tak apa cikgu. Biar saya yang hantar dia. Terima Kasih" aku terus menarik pergelangan tangan Inas dan keluar dari perpustakaan.

"Ish, kau ni kenapa Harraz? Dengan Cikgu pun nak cemburu?" Inas melepaskan tangannya daripada peganganku. "Habis, kau nak bagi cikgu yang baru kau kenal tu bawak kau balik? Dah la kau tak kenal lagi dia tu"balasku. Inas mendiamkan diri.

"Okay,fine. Kau tahu kan aku sayangkan kau? Aku cuma risaukan kau. Aku minta maaf, okay?" Aku cuba memujuknya. Dia memandang aku, "huh..yelah. Dah la tu. Macam drama apa je. Jom, kata nak hantar aku"ujarnya lalu menarik hujung lengan bajuku. Aku tersenyum. Yeah dia tak merajuk dah.

* * *

"Inas, boleh ke kau jalan balik sorang-sorang setiap hari?"soal Harraz. "Mestilah boleh, ni Inas la.."balas Inas. "Tapi aku risau.." "tak payah risau, akukan ada ilmu silat. Bukan macam kau. Lembik!"kata Inas dengan selamba badaknya. "Oit, siapa kata aku lembik?" "Aku!" Gadis itu mengangkat tangnnya tinggi ke langit. Harraz sudah membuat muka tempoyak. "He he he.."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 16, 2016 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

JODOHKU, CIKGUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang