PROLOG

259 14 0
                                    

"Weh, aku dengar esok ada cikgu baru datang"

"Cikgu lelaki muda..khabar angin kata, umurnya 24 tahun"

"Wahh tak sabarnya!"

Suara-suara gedik pelajar perempuan yang sedang bergosip tentang guru lelaki baru itu membingitkan telingaku. "Haihh.."aku mengeluh dan segera berjalan masuk ke dalam kelas. Di tepi sudut belakang, aku terlihat seorang gadis yang bekulit putih dan bermuka manis sedang sibuk mengulang kaji. Aku tersenyum melihatnya lalu aku berjalan ke arah gadis itu.

"Sayang!"jeritku memanggilnya. Dengan serta merta sebatang pen berwarna biru di campakkan tepat mengenai mulutku. "Ouch!"aku mendesah sambil menggosok bibirku. "Itulah padahnya bila kau kacau aku belajar. Lagi satu, jangan nak gedik sangat panggil aku sayang. Aku bukan sayang kau pun!" Tempik gadis itu. Itulah Inas Lailani. Walaupun sikapnya yang kelihatan ganas dan suka membebel, Sebenarnya dia adalah seorang yang lemah lembut dan sopan. Senyumannya mampu mencairkan sepuluh daripada sebelas jejaka yang melihatnya.

Pap!

"Ouch"

"Kau mengelamun apa, Harraz?"soalnya sambil memuncungkan bibir. Aku menggelengkan kepala,"kau tak perlu tahu" balasku sambil tersenyum. Dia menjelingkan matanya. "Ha, jeling-jeling. Cium baru tahu!" Aku cuba menyakatnya. Namun dia hanya tidak mengendahkannya dan study dengan tenang. Tidak termakan dengan sakatan aku. "Huh.."aku mengeluh.

"Kenapa ni?"soalnya. "Oh, Inas. Kau tahu gosip terbaru mamarazi sekolah kita ni?"tanyaku kembali kepadanya. Dia mengangkat buku rujukan Sejarahnya dan berkata, "do I care?" Itulah dia, bukan dia nak kisah hal-hal sebegini. Tapi baguslah kalau dia tak tahu pasal guru baru tu. Kang dia pulak menggedik.

"Bagus.."ujarku. Dia menurunkan sedikit buku rujukan sehingga hanya menampakkan dua pasang matanya yang cantik, "please leave me alone.." katanya. Aku mencebik dan menggelengkan kepala. Masa rehat berbaki 15 minit dan aku mahu menikmati saat ini dengan terus menyakat dia. He he he..

"Baik, tapi jangan ganggu aku"syaratnya. Aku menganggukkan kepala. "Bagus"katanya sepatah. Dua minit telah berlalu. Aku di hadapannya bagai tunggul kayu yang tidak berguna. "Huh.."keluhku. Aku menongkat dagu dengan kedua belah tangan. Mataku tidak beralih daripada wajahnya yang lawa. "Apa pandang-pandang? Ada hutang?"soalnya secara dingin tanpa memandang wajahku. "Inas.."panggilku.

"Hmm"dia tidak memandang

"Inas.."

"Iye.."

"Nash.."

"Kau nak apa?!" Kali ini dia memandang aku dengan dahi berkerut. Marah la tu. Yey, berjaya sakat dia. Aku tersenyum sendiri. "Comel.." aduh, terlepas!

"Apa kau kata?"soalnya. "Tak ada apa-apa. Tu, Irdina tu comel harini.." aduh, apa aku cakap nih! Bangsat punya Harraz. Inas memandang Irdina yang berada di belakangnya. Pelajar perempuan dengan rambut kerinting dan kaca mata yang besar di tambah dengan hidung yang kembang. Apabila Inas memandang aku semula, dia membuat muka pelik. "Okay.. dia..memang..comel.."ujarnya. Aku ternganga besar

Damn it

"Raz, kau dah siap kerja rumah yang Cikgu Daud bagi semalam?"tanya Inas sambil melakukan kerjanya. Tiba-tiba baru aku teringat akan ugutan Cikgu Daud yang mengajar subjek Bahasa Melayu

"Pastikan esok semua hantar buku penulisan ye? Keenam-enam karangan mesti siap! Kalau tidak..satu kelas pusing 90 kali tambah 10 kali keliling padang.."ugut Cikgu Daud sambil membelai-belai janggut panjangnya. Mukanya yang tak kalah daripada singa itu, menambahkan ketakutan dan kerisauan pada semua pelajar tingkatan 5 Marikh.

Mataku terbeliak apabila teringatkannya. "Inas!!"aku menjerit nama Inas lalu aku memecut laju, kalah Usain Bolt ke tempatku. Aku mengeluarkan buku penulisan/karangan.

Truly dead.

Aku menarik rambutku dan ternganga luas. Inas yang berada di tempatnya sudah berdekah-dekah ketawa. "Aduh, satu habukpun aku tak sentuh!" Dengan segera, aku mengeluarkan kotak pensil dan menulis karangan.

"Sayang, senyap kalau tak aku cium kau!"sempat lagi aku berkata begitu. Nasib baiklah tiada sesiapa di dalam kelas memandangkan sekarang waktu rehat. Dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan tangan. "Fine!" Bisik kecilnya namun dapat di dengari olehku.

* * *

Jodohku, Cikgu

JODOHKU, CIKGUWhere stories live. Discover now