Bab 33

5.7K 536 40
                                    


    " Aku... Rianna... Together forever!" Cebisan kertas yang digunting menjadi bentuk hati penuh ditampal di dalam sebuah buku. Gambar Rianna berada di setiap helaian muka surat. Pelbagai warna pen digunakan agar hiasannya nampak menarik. " Tak ada siapa yang boleh Rianna aku!"

    Kini, tangan Amrish menggengam helaian gambar Adam. Satu senyuman sinis terbit di bibirnya. Dengan matanya yang kini terbuntang, dia menatap kejam gambar Adam dengan penuh kebencian. " Kau pun tak boleh nak rampas Rianna aku!"

    " Zap!" Satu tikaman tepat mengenai wajah Adam pada helaian gambar. Pisau yang baru saja diasah dan dikilatkan sebentar tadi dicabur kembali. " Hah..ha.. hahahahaha!!"

    Kini, hilaian tawa Amrish mula memunuhi ruangan biliknya yang kini sarat dengan barang hantaran perkahwinan. Gambar Rianna usah dikatakan lagi, penuh satu bilik. " Kau akan jadi milik aku selamanya, Puteri Rianna Qalisa!"

    Dadanya kini diusap perlahan. Dato' Imran yang kini berada betul-betul di hadapan pintu bilik anak terunanya itu kini sedang berucap panjang. Tak sangka, secepat ini perangai anaknya akan berubah.

   Hatinya semakin risau. Bukan sekadar risau tentang anaknya, malah dia juga risau akan Rianna. Gadis itu sudah seperti anaknya sendiri. Jadi tak mungkim dia sanggup melepaskan gadis itu kepada anaknya yang kini seperti orang berpenyakit mental. " Aku kene buat sesuatu."

    Kini, dia sudah bersedia. Biarlah apa nak jadi sekali pun. Dia sudah tidak kesah. Dia cuba tidak mahu kerana kehendak anaknya, ada pihak yang mendapat derita.

*****

    " Kau sure ke ni?"

    Adam tidak menjawab soalan Emier. Dia hanya mampu mengangguk perlahan. Selepas saja dia mengetahui kebenaran tentang segala-galanya, hatinya kini betul-betul remuk. Otaknya bagaikan tidak boleh berfikir benda lain melainkan hanya untuk berjumpa Basir.

    " Apa yang kau nak buat lepas kau jumpa abah?" Soal Firhan sambil matanya tepat memandang wajah Adam. " Kalau kau nak balas dendam... Aku pun nak jugak..."

    " Tapi dia kan abah we all?!"

    " Dia pembunuh!"

    Dengan hanya satu jeritan dari Adam, semua yang berada di situ kecut perut. Namun tidak Tan Sri Hisham. " Tak nak pak cik ikut kamu?"

    Sekali lagi, Adam hanya mampu menggeleng. " I wanna settle all of this by my own. By the way, thanks sebab bagitau saya semua benda ni."

    Tan Sri Hisham hanya mampu mengangat bahu sambil menampilkan riak wajah selambanya sahaja. " No sweat. Lambat laun, kamu kena tau juga. It just the matter of time."

    " Dam." Kini, Adam menoleh memandang wajah Emier. " Kalau ada apa-apa, call aku?"

    " Haha, don't be too serious lah..."

    " Ni soal mak ayah kau,  mungkin jugak akan jadi soal hidup mati kau. Kau kawan baik aku dunia akhirat. Aku..."

    Belum sempat Emier menghabiskan ayatnya, dia dapat merasakan bahawa tubuhnya kini sedang didakap kuat. Emier yang pada awalnya mempunyai banyak benda untuk dicakapkan kini hanya mampu kaku mendiamkan diri. mulutnya terasa berat tiba-tiba.

     " Kau bukan kawan baik aku." Bisik Adam perlahan. Sedar akan Emier yang pada ketika itu tersentak kecil, pelukannya menjadi semakin kuat. " Kau abang aku, kau keluarga aku, kau sahabat aku, kau fairygod brother aku."

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now