Bab 54

5.4K 511 4
                                    


    " Sampai sana, jaga diri elok-elok tau?"  Nasihat demi nasihat tidak putus dari mulut Emier buat Adam sejak dari tadi. Manakan tidaknya, sejak dari kecil, dia tidak pernah berjauhan dengan rakan baiknya itu. Bahkan semasa mak ayah Adam masih hidup, Emier turut sertai percutian keluarga mereka. " Nanti cuti sem aku datang! Make yourself free that time and bawak aku jalan-jalan dekat NY."

    Adam tergelak kecil. Namun jauh di dalam hatinya, dia berasa terharu dengan keprihatinan Emier. Dia juga terasa sedih apabila terpaksa berjauhan dengan kawan baik yang juga sudah seperti darah dangingnya itu. " Kau pun tak lama lagi akan ikut aku juga."

    Emier tersenyum bangga. Ada benarnya kata Adam itu. Tak lama lagi mereka akan mendapat ijazah. Dan setelah itu, Emier akan menceburi bidang fashion dan akan menjadi designer di bawah naungan syarikat keluarganya. Dan pada masa itu juga, Emier akan dihantar ke New York untuk menguruskan salah satu anak syarikatnya di sana. " Mestilah! Tunggu aku tau?!"

    Adam tersenyum lantas memeluk tubuh Emier. " Jangan lama sangat, nanti aku tak ada siapa dekat sana."

    Emier mengangguk laju sambil membalas pelukan Adam. " Sure. Just wait for me."

    Firhan yang dari tadi hanya memrhati juga tidak dapat menahan perasaannya. Walaupun baru mereka berdamai, namun dia sudah menganggap Adam seperti keluarganya sendiri. Selepas Emier, kini giliran dia pula untuk memeluk adiknya itu. " Kau elok-elok dekat sana. Jangan jadi Cinderella lagi."

    " Hahaha, aku kan Cinderella korang berdua je." Serentak denagn itu, Firhan, Farhan dan Adam tergelak besar.

    Macam yang sudah mereka lalui. Dari pahit manis kisah jenaka Cinderella songsang mereka, hinggalah ke perungkaian kisah silam dan latar belakang keluarganya, semuanya kini menjadi kenangan dan pengalaman yang terindah buat Adam. Bukannya dia mahu berlagak melodramatik, berlagak over, tapi siapa tahu, mungkin saja dia akan terus menetap di negara barat sana.

    " Ohh, sebelum aku lupa..." Emier mula berpandangan semasa Firhan, Farhan, dan Ghazali yang berada di situ. Seolah-olah memberi isyarat tentang sesuatu benda. 

    " Faham dengan isyarat mata Emier, mereka sama-sama menarik nafas panjang lalu serentak mengucapkan sesuatu. " Selamat hari..."

    " Adam!"

   " Rianna?" Serentak dengan itu juga, mereka mula terpinga-pinga dan kembali emmandang sesama sendiri.

*****

    " Rianna!!!" Jeritan bingit Amrish serta merta mematikan suasana meriah majlis perkahwinan yang kini berlangsung di sebuah dewan yang sudah terhias mewah dengan gubahan bunga indah kegemaran Rianna, iaitu bunga ros merah. 

    Mata-mata tetamu mula tertumpu pads Amrish yang wajahnya kini merah menahan marah. Bisikan demi bisikan mula didengari.

    " Mana kau, Riann?!"

    " Dah tu, Am! Jangan macam ni! Malulah!" Pujukan dan rayuan Dato' Imran sedikit pun tidak diendahkan oleh Amrish, malah api kemarahannya semakin membara. " Cuba ingat tuhan, Am!"

    Telinganya kini seolah-olah tidak dapat memproses apa-apa ayat yang dibicarakan sesiapa lagi. Fikiran dan hatinya kini hanya tertumpu pada Rianna. Semua dan segalanya tentang Rianna semata-mata. 

    Tanpa brfikir panjang, Amrish terus mencapai pisau panjang yang sepatutnya dijadikan sebagai pisau yang akan memotong kek perkahwinan mereka yang tingginya empat tingkat itu. " Aku akan pastikan Rianna takkan jatuh dekat tangan sesiapa!" Katanya lalu berlalu pergi dari majlis tersebut.

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now