Kahwin

45 4 5
                                    

Al fatihah untuk arwah maklong, ibu susuan saya merangkap akak kembar kepada arwah bonda saya, Napisah binti Abdullah yang kembali ke ramatullah jam 8pagi tadi di kediamannya, kuantan. Semoga urusan arwah dipermudahkan dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Pagi hari lagi, perut dah minta nasi kerabu. Ini antara jadual harian, makan nasi kerabu sambil ditemani pengemis bernama kucing. Meoow meoow (dibaca; nak kopok tu nak kopok tu) kucing tu berbunyi. Asasnya, kucing jalanan memang tiada manfaat langsung pada kau, kalau kau kedekut, jangan harap la dia nak merasa makanan kau tu. Tapi percayalah, macam mana Tuhan nak beri rezeki lebih pada kau bila kau sendiri kedekut dengan ciptaan Dia yang lebih lemah dari kau?

"Hoi, makan pun termenung ke?" Tegur Zaki masa aku tengah istiqamah mengunyah nasi kerabu di kedai makan Cik Nora.

Termenung bukan sebarang termenung. Memang jauh perginya tadi. Bukan termenung kosong, tapi lebih kepada macam mana aku nak jawab soalan seorang anak dara ni hahaha.

"Kalau I ajak U bertunang, U nak tak?" Kata aku memulakan sembang pagi di whatsapp.

"Serius ke?" Jawab si dara.

"Tapi setakat itu jela I mampu sekarang, nak kahwin tu macam jauh lagi. Tapi orang tua kata, nak murah rezeki, kahwinlah dulu"

"Itu orang tua kata, tapi jauh U tu setakat mana?"

"Islam pun kata kalau nak rezeki, kahwin la dulu. Tapi nak kahwin janganlah melabur sangat."

"Betul la tu, tapi I nak tau, jauh U tu, sampai mana." Anak dara buat cubaan attack lagi soalan pertama dia tadi.

"Entah. I serahkan pada tuhan. Dia bagi lebih, lebih la I dapat. Serahkan pada Dia tu bukanlah masa tu saja. Mulakan dari sekarang. Kita buat kerana Dia, kita berkasih kerana Dia." Pandai kan aku jawab? Tapi laju pula dia bagi serangan balas.

"Kira macam go with the flow la ya? Tapi, I macam tak suka jawapan entah U tadi. Macam takde hala tuju."

"Haha bukanlah. Takpelah, I nak pergi makan nasi kerabu kejap. Nanti I jawab ya"

Ok, sekarang korang dah tahu kenapa aku termenung masa makan nasi kerabu tadi hahaha.

Termenung bukan sekadar termenung. Jawapan apa yang aku nak bagi bila mana
dalam dompet cuma ada rm504.00 dan kejap lagi bakal susut sebab nak bayar nasi kerabu dengan teh suam ni.

Nak suruh aku berjanji dan beri tarikh pernikahan kami? Hadirin dan hadirat sekalian, mampukan aku berjanji tiga hari dari sekarang aku masih mampu menjamah nasi kerabu seperti tadi? Itupun aku tak mampu sebab aku takut janji bakal dicapati oleh kerana nyawa melayang dua hari dari sekarang. Mati nanti, masih mampu ke bibir aku mengungkap syahadah?

Baiklah, berbalik pada perkara asal.

RM504.00 dan bakal susut dan dengan izinnya akan bertambah. Syarikat keluarga agak stabil sekarang, boleh backup syarikat satu lagi, iaitu produksi bawah tanah dalam menguruskan album terbaru artis metal. Projek akan datang adalah 3 album yang akan diwar war dan dipromosikan secara jayanya kelak. Tapi ini bukan jawapan yang si dara mahu hahaha.

Ok, jujurlah. Aku takde jawapan untuk pertanyaan si dara tadi. Kalau nak kata usaha, semua orang berusaha. Cuma aku nak dia faham satu perkara;

Ini bukan go with the flow, tapi aku serahkan pada Ar Rahman.

Aku nak dia tahu, yang aku suka senyuman dia. Telatah dia, kekalutan dia. Jadi aku cuba bagi dia jaminan pertama, tunangan. Tapi tak sangka dia attack ke fasa seterusnya (mungkin sebab kami dah tua). Aku tak salahkan dia, aku faham dia mahu lelaki yang solid. Yang boleh dia bergantung kelak.

Si dara dan para pasangan dimuka bumi serta gadis melayu yang menawan, apa kata mula dari sekarang cubalah satu pendekatan terbaru. Toleransi. Tak semua orang diberi harta yang sama rata, hatta hati budi juga berbeza, apa lagi hitungan akhirat kelak. Sedangkan lahir sahaja kita berwajah beza dan tahap pemikiran tidak sama bagaimana kita mahu kata "dia boleh kumpul duit nak kahwin, kenapa kau tak boleh"?

Nampak klise dan memberi alasan tak? Entah. Aku cuma jadi diri aku tanpa dipengaruhi sesiapa. Tapi siapa tahu kelak, si dara ini la yang satu hari nanti yang akan jadi inspirasi untuk mara lagi kedepan. Siapa tahu?

Adakah cerpen kontot diatas layak guna bunyian rasmi lagu Ku Rela Dibenci oleh Aiman Tino? Tidak. Aku takkan izinkan.

Rasanya lepas taip ni semua dan publish, aku akan tunjuk pada dia pula. Semoga si dara faham apa yang aku cuba sampaikan.

Berbahagialah keranaNya,
Azery Ahmad.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Menuju ZuhudWhere stories live. Discover now