Menjadi manusia untuk hidup tidak susah pada aku tapi menjadi manusia untuk hidup dimata manusia lain itu susah. Jadilah diri sendiri. Pilihlah untuk kembara sendiri, dan nescaya kau tak akan hiraukan manusia lain. Aku pernah cuba untuk menjadi manusia dimata manusia lain, rasanya aku gagal. Walhal aku tahu manusia ini sifatnya tidak pernah puas. Tetapi kerana sayang, aku pilih untuk memuaskannya. Sampai aku lupa satu perkara, aku juga manusia. Punya kehendak tetapi itulah, kerana sayang aku pilih juga untuk jadi bangang. Kih kih kih.
"Hidup kalau sekadar hidup, kera dihutan juga boleh hidup"
Dah selalu baca ayat ni, sama macam dah selalu dengar nasihat dan baca peringatan orang sekeliling tentang agama sendiri. Tapi tetap juga sama empunya diri. Hidup. Dan tetap hidup.
Bila hati kau panas dek teguran, kau akan kata dia berlagak mulia atau merendahkan kau. Tapi jujurlah mengaku dalam hati, yang sebenarnya teguran itu hanya sekadar mahu perbaiki diri kau. Bersyukurlah kerana ditegur apabila salah daripada tidak dipedulikan langsung. Ataupun kau tetap hidup. Terus hidup.
Menikmati setiap bait nafas yang dipinjamkan itu adalah nikmat. Bacalah bismillah 21x sebelum tidur dan ucaplah alhamdulliah selepas bangun tidur kerana masih menikmati bait nafas itu lagi. Jika kau taknak menghargai setiap nikmat yang diberikan sekalipun kau tetap juga akan hidup. Terus hidup.
Kesejahteraan dijiwa pada aku penting dalam menentukan hidup kau kacau atau tenang. Kalau kau terus melihat dimata maka secara ringkasnya akan berkisar dimata. Dan kau akan hidup. Terus hidup.
Kita semua ini seperti musafir tetapi punya hala tuju sehingga mati, dijadikan dari tanah yang lemah tapi adakalanya angkuh seperti api. Diberikan guideliness seperti Muhammad dan KalamNya. Tapi kebanyakkan dari kita tetap juga akan pilih untuk hidup. Terus hidup.
Ada juga musafir yang bersedia memilih untuk ke alam bercabang, yang akan membuatnya memikir dan tidak pula memilih untuk hidup. Dan terus hidup.
Apalah hidup dan terus hidup berlokasikan persinggahan ini, penat dan lelah pada urusan, sistem serta hipokrasi dunia ini yang takkan padam walau tiba waktu nanti kau dipejamkan mata.
Pada aku mengenal Dia itu adalah satu kewajipan. Jika masih hidup dan terus sekadar hidup malah disendawa dengan angan-angan. Bila akan memahaminya?
Tapi jika kau masih pilih untuk hidup, dan terus hidup. Hanya satu pinta aku;
Bersyukurlah. Kerana masih dipinjamkan panca, segala nikmat dan kehidupan ini. Jadi, ucaplah;
Alhamdulillah.
YOU ARE READING
Menuju Zuhud
مغامرةTentang jasad yang sentiasa menentang walau tahu itu ditentukan. Tentang jiwa yang tidak faham tetapi degil mahu memahaminya. Tentang hati yang sentiasa mahu bersangka baik.