"Aar...chimm...kami...err...hyung...ermmm"tergagap-gagap jin cuba menjelaskan apabila melihat muka ketat jimin,air liur nya ditelan berkali-kali mana kuali dia?dia nak menyorok kepalanya dari dipandang mata helang jimin.
"Kami apa!!"tanya jimin tegas terhinjut bahu yang lain,kus semangat nasib ajal belum tiba.
"Kami...risaukan....chim...sebab...sebab..."kata jungkook pulak kepalanya menunduk memandang kakinya,mulut diketap menahan air mata.
"Uwahhhhhh!!!omma!!tolong kookie"jerit hati jungkook matanya mula hendak berair.
"Sebab?sebab apa hah!!nak cakap tu biar habis boleh tak!!"marah jimin mukanya merah menahan marah,nafasnya mula dihembus dengan kasar.
"Sebab kami risau kalau tuan park suruh kau lupakan heying sedangkan kami tahu kau sayang sangat kat heying tu"kata rapmon dalam satu nafas,akibat terkejut dengan suara jimin bagaikan petir yang akan sambar mukanya.
Sekali dengar macam rap,dua kali dengar macam tengah bercakap seorang diri,haish terkejut sangat la tu habis dirapkan ayatnya.
Jimin hanya melihat chingunya yang terkulat-kulat dimarahnya,di dalam hati sudah ketawa jahat,buhahah lawak tengok muka diorang masa takut cuteeee...
"Relax...la...beb.....benda.....leh.....settle....asal...kau marah...sangat?ni?..kami tak...dengar..apa-apa..pun"ucap v matanya mula melilau memandang sekeliling,apalah nasib dia dimarah sebegini padahal dia tidur je tadi.
Suga hanya memandang muka rakannya yang lain,riak wajahnya tidak menunjukkan dia sedang ketakutan apa ntah lagi marah apabila dia terlibat sekali kena marah dengan jimin,padahal dia pun tidur tadi bukan dengar pun.
Baginya jimin bukan tengah marah tetapi sedang berleter macam ommanya,cair tahi telinga mendengar lenteran ommanya.
Jimin sudah tidak dapat menahan ketawa,dia mula ketawa terbahak-bahak ditekan-tekan perutnya akibat sakit kerana terlebih gelak,ahli bts yang lain sudah terpinga-pinga melihat jimin ketawa.
Masing-masing berfikir sama ada adakah salah seorang dari mereka sedang membuat lawak?rasanya tak ada sebab semua wajah menunjukkan mereka hairan melihat jimin ketawa.
"Haahahahaha korang patut tengok wajah masing-masing,pucat lesi sudah la tiada darah ditambahkan lagi dengan wajah takut dah macam mayat hidup dah,hahahahahh aku gurau je lah mana ada aku marah korang,saja tunjuk garang sebab nak tengok korang boleh tak bagi penjelasan"kata jimin panjang lebar,ketawanya dari tadi lagi tidak berhenti membuat kan ahli bts berasa nak bawa jimin ke loji tahi.
Baling dalam tu baru puas hati mereka,berani dia mempermainkan mereka,ingat marah la sangat tetapi boleh dia kata dia tunjuk garang sebab nak tengok mereka boleh tak beri penjelasan kat dia,what daaa frog —..—
Jungkook sudah mengetap gigi,kalau la boleh sekarang ni dihisap-hisap darah jimin sampai kering,sakit hatinya dipermainkan sebegitu,orang punya la takut sampai nak terkeluar jantung+menangis dia boleh buat kajian pulak.
Jin sudah menyumpah seranah jimin di dalam hati,walaupun dia tahu jimin akan dengar tapi apa dia kisah,sakit hatinya dipermainkan oleh jimin kalau boleh dia nak ajar 'anaknya' yang satu ni,nakal teramat penat dia.
V sudah menarik muka cemberut,jelas sekali wajahnya kelihatan dingin,ya dia marah sekarang ni,boleh pulak jimin bergurau macam tu,buat penat saja dia bersuara akhirnya dia diketawakan oleh jimin.
Suga sudah menjuling matanya ke atas,sah jimin otak dia wayar putus,tak reti beza agaknya time serious or lawak,nak aja diketuk kepala jimin sekarang ni biar wayar dalam kepala jimin elok kembali.
Jhope sudah hampir-hampir nak pengsan sudah menjeling muka jimin yang kelihatan merah akibat terlebih gelak dengan tajam sekali,di dalam fikirannya dia hanya hendak memakan daging jimin biar tinggal tulang puas hatinya.
YOU ARE READING
HE IS VAMPIRE?? [COMPLETE]
VampireSejak berpindah ke sekolah baharu. Heying sering dikacau oleh rakan sekelasnya. Atau lebih tepat,orang yang duduk di sebelahnya. Park Jimin. Namja yang menjengkelkan,dan suka menuturkan kata-kata yang pelik. Kadang Heying terasa selamat berada di sa...