"Jungkook"panggil suga menepuk belakang jungkook.
"Waegure hyung"tanya jungkook lemah,dirinya masih memeluk suga dan mata nya sudah bengkak akibat menangis terlalu lama,hidungnya usah dikata dah macam badut dah suga tengok.
"Heying"gumam suga perlahan membuatkan kening jungkook berkerut.
Kenapa dengan heying??adakah heying pun akan pergi??.
"Kenapa badan heying bercahaya?"tanya v mengosok matanya dengan kasar.
Kut la dia seorang je ka yang nampak,mana la nak tahu sebab dia pun dari tadi menangis,tak larat nak lap hingus yang meleleh keluar.
Air mata keluar sudah la,ni sekali dengan hingus membuatkan dia lagi bertambah sedih.
"Heying?"panggil jhope perlahan,terkedu dia apabila melihat badan heying mengeluarkan cahaya yang terang.
Walaupun gelap dan tiada cahaya,bulan pun entah lari ke mana,namun badan heying tersangat la bercahaya sehinggakan menyilau pandangan orang lain.
"Apa yang bercahaya tu!!!"tanya jiyei marah,matanya yang terasa pedih ditutup dengan tapak tangannya.
"Nampaknya dia dah keluar"kata suga menarik perhatian jungkook dan v.
"Maksud kau suga?"tanya v hairan,apa yang keluar?al maklum la kepala dia kena hentak tadi.
Darah pun still mengalir lagi,tu sebab dia blur tu.
"Kuasa dia dah muncul"sampuk jhope,walaupun perlahan namun tetap didengari oleh suga,jungkook dan v.
Cahaya yang keluar dari tubuh heying serta merta hilang,dan keadaan mula menjadi gelap kembali.
"Apa benda yang bercahaya tu?"tanya jiyei kepada orang bawahannya.
"Molla"jawab vampire hunter mengangkat bahunya.
"Erk...ca..cahaya tu...dah hilang??"kata jungkook perlahan.
Dipandang ke arah v yang turut ternganga,nak tergelak pun ya dengan mata bengkak,hidung merah mulut pula terbuka dah macam badut ja tengok.
"Dia tak hilang"kata suga memandang ke arah heying..
****
Apabila hendak menghidupkan seseorang,titiskan beberapa titik darah yeoja terpilih di mulut mangsa,dan mangsa akan pulih dengan segera,setelah itu biarkan mangsa menghisap darah yeoja terpilih untuk memulihkan keadaan tubuh badan.
Entah mana datangnya suara itu,menyebabkan heying tersedar dari lamunan,ditolak perlahan kepala jimin,dan dicari benda yang tajam.
Keadaan yang gelap menyukarkan pencarian heying,namun heying tidak berputus asa,diteruskan niatnya mencari benda yang tajam.
Ya dia dah ingat,dia ada terbaca di dalam buku yang pernah rapmon bagi,bahawa kalau hendak menghidupkan seseorang itu,perlu la titiskan darah yeoja terpilih.
Dia harus cepat membuat tindakan,sebelum jiyei sedar.
Digagau tangan nya ke kiri dan ke kanan,dan akhirnya dia tersentuh benda yang tajam.
Rupanya benda itu ialah batang pokok bunga ros,dicucuk duri yang tajam ke arah jari terlunjuknya,dan dibuka sedikit mulut jimin.
Darahnya mula mengalir keluar dan seterusnya masuk ke dalam mulut jimin.
Setelah selesai,heying mengambil nafasnya,dengan perasaan yang berdebar,didekatkan pergelangan tangannya di mulut jimin.
Dan terkejut heying apabila taring milik jimin menusuk di tangannya,walaupun terasa sakit heying cuba menahannya.
YOU ARE READING
HE IS VAMPIRE?? [COMPLETE]
VampireSejak berpindah ke sekolah baharu. Heying sering dikacau oleh rakan sekelasnya. Atau lebih tepat,orang yang duduk di sebelahnya. Park Jimin. Namja yang menjengkelkan,dan suka menuturkan kata-kata yang pelik. Kadang Heying terasa selamat berada di sa...