15

2.5K 71 0
                                    

AeHee P.O.V

Pagi- pagi buta aku dengar orang mengigau. Aku bangun dalam keadaan mamai. Mencari suara tu, baru aku sedar yang aku duduk berdua je dalam rumah besar ini.

Aku menuju ke bilik HanYeol yang berada di sebelah bilikku. Pintu itu aku buka sedikit. Nampak HanYeol yang sedang mengigau di atas katil besar itu.

Aku menghampiri dia dan aku mengejutkannya. Dia tersedar dan tiba- tiba peluk aku... Aku kaku dalam pelukan dia.

End of P.O.V

×××

HanYeol P.O.V

Aku membuka mataku perlahan- lahan. Silauan matahari yang terpancar dari luar tingkap menganggu tidur ku yang lena.

Aku terkejut apabila aku pandang sebelah ada AeHee.

Arghh!!💥

AeHee terus bangun dari lenanya. Aku masih terpinga- pinga.

"Sebelum awak buka mulut, saya bagitahu dulu. Awak yang ajak saya tidur sini." beritahu AeHee sebelum dia tahu aku akan membebel.

"Saya keluar dulu." AeHee terus keluar dari bilik ku.

Aku lihat mangkuk yang tidak dibersihkan lagi berada di atas meja. Aku bawak mangkuk tu keluar dan pergi ke dapur untuk membasuhnya. Perlu lah semangat sikit, baru sihat.

"Letak je situ. Nanti saya basuhkan." muncul AeHee. Dia menghampiri ku dan mengambil mangkuk tersebut.

Dilap mangkuk tersebut setelah dibasuh. Mangkuk itu diletakkan di atas rak. Aku terus menuju ke bilik semula untuk membersihkan diri.

×××

"Dia demam lah oppa." ngadu AeHee dalam talian.

"Tak bawak dia pergi klinik?"

"Huh susah nak bangun. AeHee tak larat."

"Nak oppa datang tolong..."

"Eeh tak perlu. Pandai lah AeHee jaga dia. Oppa jangan risau. Jangan bagitahu omma pula. Nanti omma pula risau."

"Baiklah saeng. Oppa letak dulu. Ada orang panggil sekejap."

"Okay." Telefon aku letak terus di tepi. Seperti biasa, cerita kegemaranku menjadi pilihan. Aku membuka siaran itu.

"Awak dah okey?" Tanya aku bila aku nampak HanYeol yang baru sahaja turun.

HanYeol sekadar mengangguk.

"Nak makan?"

Dia menggeleng.

"Minum?"

Dia menggeleng juga.

Habistu apa dia nak sebenarnya?

"Nak tengok tv?"

Dia mengangguk dan aku terpaksa bagi.

"Awak tengoklah apa yang awak nak tengok. Saya nak masuk bilik dulu." beritahu aku.

"Tak bosan ke duduk dalam bilik?" tanya HanYeol. Aku pandang dia. Patutkah aku bagitahu?

"Bosan sangat. Tapi terpaksa lah jugak duduk kalau dah takda kerja nak dibuat." ayat itu seperti memerli. Apa aku kesah? Aku nak tengok tv dia sebok nak tengok jugak. Terpaksa lah bagi. Lagipun ni rumah dia. Kalau aku melawan, semua nanti aku tak dapat. Pasrah lah AeHee.

"Sinilah teman aku tengok tv sekali." ajak HanYeol.

"Takpalah. Saya nak tengok movie kat laptop." Beritahu aku lalu pergu dari situ. Malas nak layan orang demam.

To Be Continued

[COMPLETED] PRACTISE TO LOVE YOU 너를 사랑하게 연습해라Where stories live. Discover now