17

2.4K 68 2
                                    

Aku duduk berseorangan dekat dapur. Lapar punya pasal. Terpaksalah turun makan. Nanti karang kesian perut aku.

Aku ambil nasi dari bawah tudung salji. Ada nasi yang HanYeol beli. Rajin pulak dia keluar demam- demam beli makanan.

Nasi yang aku ambil tadi aku main. Bila dah ada makanan depan mata, tak selera lah pulak.

Tiba- tiba kerusi sebelah aku ada orang tarik. Hantu ke? Janganlah, aku nak makan ni. Aku pandang sebelah, huh selamat.

"Asal bangun pagi- pagi?"tanya dia.

"Laparlah."

"Tadi aku suruh makan taknak."

"Tadi tak lapar."

Selesai sahaja makan, aku terus bawak pinggan ke dapur dan basuh.

Aku tengok HanYeol dah pergi dekat ruang tamu.

"Awak taknak tidur?" Aku tanya dia.

"Takpe. Aku tak ngantuk lagi."

"Sorrylah. Pasal saya awak terpaksa bangun pagi- pagi. Mesti terganggu."

Dia hanya membalas "Hmm.."

"Saya naik tidur dulu."

Dia mengangguk.

×××

Harini HanYeol tak pergi kerja. So aku terpaksa kejutkan dia.

"HanYeol bangun."

Kejap je dia bangun. Nasiblah senang. Pikir semalam tidur lambat bangun lambat jugak.

"Jom breakfast."

Dia menurut. Dia terus membersihkan dirinya dan selepas itu turun pergi sarapan.

"Kau masak apa pagi ni?"

"Saya teringin nak makan nasi goreng kimchi. So saya buat lah."

Aku mencedokkan nasi kedalam pinggannya dan dia pun merasa.

"Awak.. "

"Petang ni saya nak keluar boleh?" Tanya aku.

"Pergi mana?"

"Saya nak ambil MinHee kat airport."

"Adik kau?"

Aku mengangguk.

"Nanti aku temankan."

"Eeh takpe. Saya boleh pergi sendiri." Halang Aehee.

"Cuba dengar cakap aku."

Akhirnya aku mengangguk. Terpaksa lah aku dengar cakap dia.

×××

"Noona!" lelaki yang berumur 17 tahun itu berlari memelukku.

"Ahh rindunya dengan kau." aku membalas pelukan dia.

"Noona.. tu abang ipar MinHee ke?" Aku memandang HanYeol dan mengangguk tanda betul.

"Annyeonghaseyo oppa." MinHee bow 90°

Begitu juga HanYeol.

"Annyeonghaseyo."

"Handsome lah husband noona."

"Yah i know." aku merangkul leher MinHee.

"Kajja. Jom balik. Omma, appa dan oppa dah tunggu dekat rumah tu."

MinHee mengangguk.

×××

"Omma!! Appa!! I miss you." MinHee berlari masuk kedalam rumah agam milik keluarganya.

"Miss you too." Omma memeluk MinHee

"Jom masuk."

"Ahh rindunya dekat rumah ni. Dah banyak ubah suai."

"Noona kamu lah. Suka sangat alihkan perabot. Pening omma dibuatnya."

AeHee hanya ketawa.

"Kamu HanYeol kalau nak rehat pergilah naik bilik AeHee."

"Baiklah omma."

Aku sekadar memandang HanYeol.

"Nanti saya bawakkan beg masuk."

HanYeol mengangguk.

"Omma rasa nak masak sedap- sedap harini. Jom AeHee tolong omma."

Aku hanya mengangguk dan terus ke dapur untuk menolong omma.

"Siap."

Masing- masing terus mengambil tempat duduk. Aku terlebih dahulu memanggil HanYeol yang tidur di dalam bilik.

"Sorrylah Han kalau tak sedap."

"Sedaplah omma." HanYeol memuji.

"Kamu tidur sini malam ni." Tanya appa.

HanYeol mengangguk.

×××

"Kalau awak tak selesa awak tidurlah atas katil ni. Saya tidur bawah." beritahu aku lantas turun dari katil.

Dia segera bangun dan menahan aku.

"Kita tidur sama- sama atas katil. Aku takkan buat apa-apa kat kau."

Disebabkan aku ngantuk, aku percaya cakap dia.

Aku baring semula atas katil. Begitu juga dia.

"Night." ucap dia

"Night too." balas aku. Mataku terus aku pejamkan.

To Be Continued

[COMPLETED] PRACTISE TO LOVE YOU 너를 사랑하게 연습해라Where stories live. Discover now