14

2.4K 76 0
                                    

AeHee memerhatikan langkah HanYeol menuju ke biliknya. Tetapi asal awal dia balik sangat harini. Pelik.

Selepas beberapa minit, aku nampak HanYeol turun semula ke bawah. Dia mendekati aku yang sedang menonton televisyen.

Dia mengambil tempat disebelah ku. Remote dicapai. Dia menukar siaran sukan.

Hish kacau je. Baru nak tengok cerita The Legend Of The Blue Sea.

"Asal tukar?"

"Bukan best pun cerita tu."

"Hish tapi saya nak tengok." Aehee mendengus kasar.

Aku merampas semula remote tersebut. Dia pula diam. Malas nak bergaduh.

"Asal awak balik awal?" Tanya Aehee setelah itu.

"Saja. Kenapa? Kau rasa menyemak tengok aku ada dekat rumah ni." tanya HanYeol.

Aku tak cakap. Tapi dia yang cakap.

"Erh tak lah. Cuma saya pelik."

"Aku saja nak rehat. Penat kat office banyak kerja. Stress."

Aku sekadar mengangguk. Patutlah muka dia nampak penat.

"Hm awak.."

"Ape dia?"

"Tak lama lagi tempoh perkahwinan kita nak tamat."

"Hm baguslah tu. Kau pun suka kan."

Aku pandang dia. Apa aku nak cakap sebenarnya ni? Dia pun nampaknya tak pernah nak bercakap pasal hal ini.

"Kau dah tak sabar nak 'pergi' ke?" Soalnya sinis buat aku terdiam.

Terasa jugak. Kenapa aku tiba- tiba cakap pasal ni.

"Aku naik bilik dulu. Penat." Dia terus bangun dan berlalu pergi.

Aku mengangguk dan biarkan dia pergi. Huh! Apa kena mengena dengan aku ni. Dahinya ditepuk.

×××

Aku mengambil telefon ku dan buat video call dengan omma.

'Annyeong omma'

'Hye sayang.'

'Omma bila nak datang jenguk AeHee. Bosan lah duduk sini.'

'HanYeol tak bawak kamu pergi mana- mana?'

'Dia sentiasa busy lah omma.'

'Lah yeke?'

'Yelah omma. Appa mana omma?'

'Appa kamu biasalah luar negara.'

'Hah?asal tak beritahu AeHee.'

'Saje appa minta diam.' omma ketawa.

'Omma memang kan. AeHee pelik lah sekarang ni. Semua perkara takde siapa nak bagitahu AeHee. Oppa tu pun sama.'

'Hah yelah sayang. Sorry. Lain kali omma bagitahu ya. Ok lah sayang. Omma nak masak. Nanti oppa kamu balik nak makan.'

'Ok omma. Bye take care.'

'Kamu tu pun juga. Jaga diri ye sayang.'

Video call dimatikan.

Bilik aku diketuk dari luar. Aku buka pintu dan terpampang wajah HanYeol.

"Ye awak nak apa?"tanya aku.

"Kau masak tak?"

"Saya tak masak."

Muka HanYeol tiba- tiba berubah.

"Asal muka awak pucat?"

Muka Hanyeol seperti menahan sakit. Tiba- tiba dia sudah jatuh di atas lantai.

💓

Buat kali keduanya aku masuk kedalam bilik dia.

Aku menatang dulang yang berisi makanan dan segelas air.

Lelaki itu masih lagi tidur. Aku mengejutkannya.

"HanYeol shi.." Aku panggil nama dia.

"Bangun. Awak kena makan bubur yang saya masak ni." Dia mencelikkan mata sedikit.

Aku tolong HanYeol bangun dan duduk. Aku memberikan dia semangkuk bubur nasi. Tapi dia memandang bubur nasi itu dengan sayu sekali.

Dia tak sanggup makan ke apa yang aku masak ni. Dah lah penat aku masak. Dengan tenaga tau aku masak.

"Awak nak saya suapkan ke?"

HanYeol menggeleng. Tapi dia taknak cuba pun makan sendiri.

Aku pun apa lagi. Ambil bubur tu dan suapkan kedalam mulut dia. Dia terkumat kamit makan bubur tu. Kan senang nak makan. Asal lah susah sangat nak telan masuk. Dah paksa baru nak telan. Kalau tak memanglah susah nak makan.

To Be Continued

[COMPLETED] PRACTISE TO LOVE YOU 너를 사랑하게 연습해라Where stories live. Discover now