Satu bulan kemudian,
KangIn POV
Aku berjalan melalui sebuah koridor menuju bilik wad HyunMi.
Hmmm... Sudah satu bulan, aku menunggu untuk HyunMi sedar daripada komanya.
Sekarang aku sudah berada di depan pintu biliknya. Aku membuka pintu dan memasuki bilik tersebut.
Aku meletakkan segala kelengkapan yang aku bawa untuk menjaga HyunMi pada hari ini dan aku juga sangat berterima kasih pada ChanYeol, SeHun, YeolLie dan HaNa serta tidak lupa juga ahli kumpulan 4GG yang telah membantu aku menjaga HyunMi selama satu bulan ini.
Aku melihat HyunMi yang masih lagi tidak sedarkan diri.
"Haih, bilalah panda aku nak bangun ni? Asyik berhibernisasi je..."
Tiba-tiba jari tangan HyunMi bergerak-gerak dan dia cuba membuka mata. Aku dengan segera menjerit memanggil doktor yang berdekatan.
Setelah doktor memeriksa HyunMi dan menyatakan bahawa dia sudah stabil sepenuhnya dan dalam dua hari lagi, HyunMi sudah boleh keluar dari hospital.
Aku tidak lupa untuk menyampaikan berita ini kepada mereka. Lantas, aku menelefon mereka dan menyuruh mereka untuk datang ke hospital.
Oppa! Panggil HyunMi
Ye. Waeyo? Tanyaku
Oppa selama Hyun tak de ni ada gajah terbang tak?? Tanya HyunMi sambil membuat muka Spongebob
Ya! BalaskuDan aku terus memeluknya. Sebab apa?? Sebab aku rindu sangat dengan dia. Aku nak lepaskan semua rindu aku kat dia.
Ya! Oppa ingat ni drama 'Love In The Moonlight' ke?? HyunMi
HyunMi POV
Ya! Oppa ingat ni drama 'Love In The Moonlight' ke?? HyunMi
Mana taknya aku cakap macam tu. KangIn peluk aku macam kita orang ni tengah lawan judo. Tapi orang juda kepit pakai kaki, ni dia kepit pakai tangan. Nasib hensem kalau tidak dah lama aku hantar pluto budak ni.😂😂 Well, aku merepek. Hahahahaha.
Mesti korang cakap aku masuk airkan?? Pada dasarnya, memang masuk air pun. Kut lah... Mana aku tahu kan aku tengah terbaring.
HyunMi unnie! Bogosipeo! Laung YeonJi yang nampak sangat merindui aku. Ada juga orang rindu aku rupanya.
Woi. Ni hospital la. Kata KangIn.
Biarlah... Diakan memang gila gila sikit. Balasku membuatkan semua tertawa.2 hari kemudian...
HyunMi POV
Menurut apa yang KangIn cerita aku dah boleh keluar hari ini dan dia yang ambil aku dari sini.
Aku pun turun dari katil untuk bersiap pulang selepas doktor memeriksa aku.
Setelah 10 minit menunggu, KangIn pun sampai.
Hyun, kita tak balik rumah dulu tau... Kita pergi tempat lain dulu. KangIn
Nak pergi mana pula ni?? Aku
Ala. Ikut je lah.... Balas KangInKangIn pun memandu kereta ke satu taman di Seoul. Well, aku terpinga-pinga lah. Blur nak mampus aku.
Tiba-tiba Super Junior muncul entah dari mana dengan menyanyikan lagu 'Marry U'.
Setelah tamat, lagu tersebut KangIn melutut kepada aku dan berkata
Will you marry me??
Say YES! Jerit Si YeolLie and the gang.
Yes... balasku.
Jadi itulah, kisah We Got Married : KangIn and HyunMi.
Kita berjumpa dalam FF yang lain. Kalau ada, cadangan untuk FF yang lain. Silalah komen. Segala saranan dan kritikan diterima.

YOU ARE READING
We Got Married: KangIn And HyunMi
FanficAdakah berkahwin secara virtual dengan seorang artis Korea yang menjadi lagenda sebuah perkara yang menarik? Atau sebuah perkara yang paling memeningkan? Cover credit:@chaniezibae