Buat Apa Mencinta

48 4 0
                                    

Buat apa mencinta

Jika nanti aku akan kau tinggal jua

Sekadar anggap aku sebagai tempat persinggahan semata

Monopolikan aku dengan mainan rasa serta impian tercipta sekadar rasa biasa


Buat apa mencinta 

Kalau cinta bukan di dada

Sekadar kasihan dan simpati pada aku yang menagih rasa

Kerana aku perempuan yang kau rasa biasa biasa dengan cinta yang sia sia


Buat apa mencinta 

Jikalau nanti aku bakal menjadi taman bunga sepi diatas lautan tanpa suara

Kerana kau bakal tidak mengendahkan si aku yang memendam rasa


Buat apa mencinta

Kerana bukan itu yang kau rasa

Pergilah aku akan menunggu masa sehingga habisnya

SunshyWhere stories live. Discover now