Oh cinta dari jendela
Suatu hari nanti aku akan pergi dari pekan ini
Nama aku selama ini kau tulis atas warkah cinta
Tidak lama lagi ia mampu menjadi autograf mahal
Jangan khuatir nama aku tetap sama
Oh cinta dari zaman sekolah
Masihkah kau simpan foto lama sewaktu jamuan darjah tiga
Tahun akhir kau berambut panjang dengan senyuman rongak
Kasut sekolah Bata lama dengan jari kecil yang tak muat cincinnya
Jangan khuatir aku masih simpan memori semua
Oh cinta butaku
Lagu cinta kau petikkan gitar kotak tisu dengan getah
Drum palsu besen baju makcik Tipah kita rembat
Mikrofon botol susu adik aku yang baru umur setahun jagung
Aku Achik kau Nana nyanyi sama-sama bawah rumah
Oh cinta
Hulurkan surat lama kau tulis sejak darjah satu hingga tingkatan lima
Aku tahu kau simpan surat cinta yang tak berbalas buat aku
Mahu aku nyatakan semuanya sudah terbalas lama dulu
Aku membalasnya dengan sebuah lagu khas untuk kamu
Tapi untuk didengari seluruh dunia agar mereka tahu
Kau cinta pertama aku