Ros Biru

18 1 0
                                    

Ku rasa mati

Atau aku lupa hidup

Semput-semput nafas

Sudah sampai sembir tarikh luput


Dipelopori kelabu aku rasa

Biru-biru aku disengat

Aku mahu meluncur dari pelangi

Aku tak sanggup berhujan dingin


Lipstik makin lusuh

Dikucup angin musuh

Kering umpama sahara

Aku mahu lip gloss


Aku perlu senapang

Tidak perlu kasi peluru

Aku suka bermegah

Tidak mahu membunuh

SunshyWhere stories live. Discover now