Sayang Kau Sorang Jer 1

3.5K 94 2
                                    

Chapter 1

"Boleh ya Damia?" Soal Datin Rosnah dengan memujuk anak dara kesayangannya itu.

"Apa ma? Apa salah Damia? Apa yang Damia dah buat sampai mama pujuk Damia sampai macam ni sekali? Sara kan ada, kahwinkan jer Sara dengan Si Alif tu." Damia membentak tanpa disedari. Air matanya sudah penat mengalir di pipi gebu itu.

"Apa apa pun mama tetap nak Damia kahwin dengan Alif hujung bulan ni. Fasal wedding Damia jangan risau, nanti papa dan mama settlekan." Walaupun pedih melihat air mata anak perempuannya itu mengalir, tetapi apakan daya, amanah itu harus ditunaikan juga.

Damia melangkah menaiki tangga sambil menghentak kaki dengan kuat tanda protes terhadap amanah arwah atuk. Kepalanya kusut memikir perkara itu. Sedar tidak sedar air mataya mengalir lagi tanpa disedari.

"Sudahlah tak kenal, tak pernah jumpa, suara pun apatah lagi. Hancurlah hidup aku kalau boleh laki yang kaki pukul, hati beku ke? Matilah aku. Mama, Damia tak sanggup!" Dia mengeluh lagi. Habis bengkak mata akibat menangis tanpa henti. Damia sudah membayangkan yang bukan-bukan terhadap future husbandnya itu.

♥♥♥

"Apa mummy? Zaman dah modern lah mummy, mana ada kahwin paksa lagi nih? Macam mana kalau Alif tak bahagia? Mummy sanggup ke tengok anak mummy ni menderita disebabkan perempuan tu? Entah baik entah tidak keturunan dia tu. Bukan boleh percaya pun perempuan zaman sekarang ni" Bertubi-tubi alasan yang diberikan kepada mummy. Sudah penat bertegang urat Alif mengambil kunci kereta lalu keluar dari pintu rumah.

"Alif! Mummy tak habis cakap lagi ni, nak kemana tu?" Datin Rohaida menjerit namun Alif memekakkan telinga sahaja sambil menghidupkan enjin kereta, hanya asap kereta sport anaknya sahaja yang masih berkepul di pintu pagar rumah banglo mewah Datin Rohaida dan Dato Khairuddin.

Alif yang memandu kereta kesayangannya itu memberhentikan kereta di salah satu pondok untuk menghilangkan kusut di kepalanya yang sudah tiada arah tujuan. Ingin bergaduh dengan mummynya confirm mummy sudah dengan kata sepakatnya untuk menjodohkan aku dengan perempuan yang entah dari mana datang itu. Hancur harapannya untuk bersuka ria pada usia yang masih muda itu.

Sayang Kau Sorang Jer (HOLD)Where stories live. Discover now