Sayang Kau Sorang Jer 3

2.1K 63 8
                                    

Chapter 3

"Assalamualaikum" Tetamu yang hadir itu memberi salam.

'Siapa pulak yang datang nih?' Omel Alif di dalam hati.

"Waalaikummussalam." Jawab Alif kepada tetamu yang hadir itu sambil membuka pintu besar rumah banglo mewah itu.

'Eh siapa pulak ni? Dah lah membelakangkan aku. Mana aku nak kenal. Tapi kalau ikutkan bentuk tubuh perempuan dari arah belakang ni macam? Macam? Macam? Adawiyah? Eh Adawiyah ke ni?' Kata-kata itu hanya mampu terucap di dalam hatinya sahaja.

Memandangkan jangkaannya tepat. Alif tanpa berfikir lebih terus memusingkan badan Adawiyah dan memeluk tubuh adik kesayangannya itu. Maklumlah dia hanya ada seorang adik sahaja. Itupun manja nak mampus, gedik, kepala gila, nasib sporting. Hahaha. Kitorang kalau dah jumpa payahlah tak melekat. Aku kekiri dia kekiri. Aku kekanan dia kekanan. Haha.

"Sampai hati kau dik balik tak bagitahu kat abang. Kalau tak, boleh abang pergi ambik kau kat airport. By the way rindu giler weyh kat kau dik." Lalu mengosok kepala adiknya sehingga serabai rambut Adawiyah.

"Apa abang ni, main gosok-gosok kepala orang, habis rosak rambut orang cantik-cantik nih." Adawiyah sempat memuncungkan mulutnya itu. "Tapikan bang, macam mana abang boleh kenal Ada dekat pintu depan tuh? Lagipun, Ada dah bagitahu mummy and daddy yang Ada nak balik Malaysia. Sajer jer nk buat suprise dekat abang." Sambil menunjukkan giginya yang putih itu. Dah gaya iklan colgate lagaknya.

"Erm, ye lah tuh nak suprisekan abang, tapi memang terkejut pun tiba-tiba Ada dah tercongak kat depan pintu tuh. Ingatkan dah tak ingat nak balik malaysia dah, duduk kat negara orang putih sana. Sampai abang ingat awek mana yang salah rumah tadi. Hahaha. Manalah abang tak kenal adik abang nih. Sekarang dah berambut panjang, cantik pulak tu. Tapi sayang, pendek! Hahaha. Abang kenal sangat dengan insan Allah yang pendek kat depan abang nih." Gelak Alif dengan kuat. Sempat dia memerli ketinggian adiknya itu.

"Kurang asam keping punya abang! Balik-balik pendek jugak yang dibahasnya, taknak kawan dengan abang." Adawiyah memukul kasar lengan abangnya. Itulah akibatnya suka sangat kutuk orang. Muncungnya panjang sedepa. Barulah Adawiyah faham mengapa abangnya dapat meneka dengan tepat. Walhal, kependendekannya terserlah. Huhu. "Habistu semua perempuan dekat luar sana yang pendek-pendek tu adik abang lah ye? Wah, senang hidup!" Jeling Adawiyah kepada abangnya.

"Hahaha. Takder lah sampai macam tu sekali. Kau sorang jer adik abang yang abang sayang nih." Gelak Alif sambil menarik hidung Adawiyah dengan manja.

"Sakit lah hidung orang." Kenal sangat dengan perangai abangnya yang satu itu. "Abang? Mummy mana? Ada dah lapar lah. Craving masakan mummy nih. Sedapnya bau. Ya Allah. Abang jom pergi dapur. Lapar" Tanpa banyak bicara, Ada terus menarik tangan abangnya ke dapur.

♥♥♥

Damia ke tempat kerja menaiki motosikal berjenama 'DUCATI Panigale' kesayangannya itu. Katanya senang menunggang motosikal berbanding kereta. Tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang kian gah itu. Datin Rosnah dan Dato Mikail sudah penat membebel tentang keselamatan anaknya, bimbang Damia akan mengalami kemalangan jika membawa motosikal. Peratusan penunggang motosikal pula kerap kali menjadi isu di dalam berita. Lagilah membimbangkan hati ibubapa itu. Akhirnya superbike itu juga yang dipilih Damia.

Damia seorang pekerja bawahan di Syarikat Mikail Holdings. Tiada seorang pun yang tahu dia merupakan seorang anak Dato yang terkenal di situ. Damia sudah memberitahu papanya supaya mendiamkan perkara ini kepada orang luar. Dia tidak mahu seorang pun yang tahu. Identitinya juga ditutup rapat. Resume pekerjaannya pun Dato Mikail yang tolong uruskan.

Damia lebih selesa menjadi orang biasa berbanding mendapat gelaran anak Dato. Bukan niatnya untuk memperburukkan pangkat papanya. Cuma dia lebih selesa dengan keadaan itu. Tidak perlu orang lain memperlebihkan dirinya kerana pangkat papanya. Lagipun yang berpangkat papanya, bukan Damia. Dato Mikail pula tidak bersetuju dengan cadangan Damia. Sudahlah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sewaktu belajar di luar negara. Bekerja pula tidak kena dengan jurusan yang diambil. Tak kena dengan taraf betul. Haish. Nasiblah anak. Diturutkan jua permintaan anaknya yang keras kepala itu.

Damia hanya bekerja sebagai 'Pegawai Eksekutif'. Itupun setelah dipujuk oleh Dato Mikail supaya memegang jawatan itu. Damia sudah penat membangkang untuk menerima jawatan itu. Tetapi, untuk menjaga hati tua papanya, diterima juga. Terdetik juga didalam kepala Damia jika memegang jawatan ini sudah pasti dia tidak akan berada di dalam pejabat sepenuhnya. Pasti akan keluar untuk perjumpaan syarikat-syarikat lain. Itu sudah bagus. Inikan pula dia seorang rider. Hahaha. Makin asyik pula Damia memikir pekerjaan itu.

Sayang Kau Sorang Jer (HOLD)Where stories live. Discover now