Sayang Kau Sorang Jer 2

2K 67 0
                                    

Chapter 2

Alif masih lagi membuta di atas katil yang bersaiz king itu. Walaupun matahari sudah tegak di atas kepala, Alif masih lagi dibuai mimpi yang indah. Mimpi apa agaknya yer? Sudah lupa agaknya perihal kahwin yang dibincangkan semalam.

"Alif! Alif! Bangun! Sudah sudahlah membuta tuh, dah tengahari ni. Pergi mandi sana, mummy bau kambing sampai kat luar pintu dah ni, lepastu turun makan, nanti lapar pulak." Bebel Datin Rohaida sambil mengetuk pintu bilik Alif dengan kuat. Naik lenguh tangannya mengetuk pintu bilik anak teruna itu.

"Ya mummy. Alif nak bangun lah ni. Kasi Alif 5 minit jer lagi, nanti Alif bangun lah, sikit jer lagi." Alif menjawab antara dengar atau tidak sahaja suaranya kepada mummy kesayangannya itu. Kantuknya masih lagi bersisa, sudahlah semalam dia pulang ke rumah pada pukul 2 pagi. Mahunya tidak mengantuk.

Selepas 10 minit menyambung tidur. Alif bangun dari tidur dan mengeliat kecil badannya ke kiri dan ke kanan sambil menenyeh mata. Janjinya ingin menyambung tidur selama 5 minit hilang entah kemana. Alif bangun dengan membetulkan boxer lalu mengambil tuala yang disangkut di penjuru pintu bilik air.

Usai mandi dan mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek separa lutut. Alif turun ke bawah menuju ke dapur. Bau-bauan masakan Datin Rohaida pula membangkitkan seleranya. Manakan tidak Datin Rohaida sedang memasak masakan favouritenya 'Ayam Masak Lemak Cili Padi'.

Alif perlahan-lahan berjingkit menuju ke arah mummynya, bimbang mummy akan sedar akan kehadirannya disitu. Perlahan-lahan Alif bergerak tanpa sebarang bunyi. Sampai sahaja dia dibelakang mummy Alif menyergah.

"Oi, mummy buat apa tu?!" Sergah Alif dengan kuat. "Oi, aku tengah memasak ni, kau tengah buat apa tu?!" Latah Datin Rohaida. "Haish kamu ni Alif ada ke patut buat macam tu dekat mummy. Kalau mummy masih kuat ni dah lama mummy karate kamu ni. Bertuah punya anak!" Marah Datin Rohaida sambil mengejar anaknya yang sudah lari lingtang pukang ke ruang tamu.

"Hahaha, mummy! mummy! tak habis-habis dengan kuat melatah tu." Sudah merah mukanya kerana gelak tanpa henti. Ikutkan hati ingin sahaja dia menolong mummy memasak memandangkan orang gajinya cuti sakit. Tetapi niatnya terbantut apabila loceng rumahnya berbunyi.

'Ting Tong! Ting Tong!'

"Assalamualaikum?" Tetamu diluar rumah banglo yang mewah itu memberi salam.

Sayang Kau Sorang Jer (HOLD)Where stories live. Discover now