Sayang Kau Sorang Jer 4

2K 100 3
                                    

Chapter 4

"Papa harap sangat yang kamu berdua boleh tunaikan apa yang papa nak. Papa tahu yang Damia tu masih muda. Tapi tak salahkan? Ni saja hajat papa. Papa hidup pun dah tak lama." Kata-kata Dato Mustapha masih terngiang-ngiang di telinga Damia.

Walaupun sekadar mencuri dengar perbualan atuk bersama papa dan mama disebalik pintu yang tidak tertutup rapat. Hatinya meruntun pilu. Hampir saja air mata mengalir.Jika tidak diturutkan terasa tidak amanah pula. Thinking too much pun bukan boleh menyelesaikan masalah. Why not aku accept jer. Easy. Tapi permasalahannya jantan tuh, we don't know each other right? How can I live with him? Oh God! Pasrah aku. Ni yang rasa nak nangis nih. Sarah I need you right now, bila kau nak balik Malaysia?

Memori itu masih lagi berada di ingatannya sehingga kini. Rindu pada atuknya tidak pernah padam. Tapi apakan daya. Ajal maut ditangan Tuhan.

♥♥♥

Usai sahaja mandi, Damia mengenakan singlet ketat berwarna hitam sebelum memakai baju kemeja. Seluar koyak rabak di bahagian peha dikenakan. Itulah pemakaiannya saban hari, cuma sewaktu bekerja sahaja dia mengenakan seluar yang elok supaya tampak kemas. Itupun setelah dimarahi oleh Dato Mikail. Haish, elok bebenor perangai kau dengan Sarah. Dua-dua degil nak ikut kepala sendiri ajer kerjanya.

Sesudah berpakaian lengkap, jaket hitam diambil di dalam almari pakaian, pintu bilik dibuka. Kakinya melangkah keluar. Sesudah menutup pintu dengan perlahan. Damia berjalan berjingkit-jingkit bimbang mamanya akan perasan akan kehadirannya.

Sampai sahaja di pintu besar, Damia mengambil kunci yang disangkut di tepi pintu. Kunci motor juga digenggam erat di telapak tangannya. Belum sempat Damia mengambil Helmet di atas meja kecil di sudut pintu, mamanya menyergah.

"Ewah! Ewah! Ewah! Nak kemana anak dara mama ni? Bawak-bawak lah duduk dekat rumah ni Damia. Mia dah tak lama dah nak kahwin, lagi 2 minggu je lagi. Hilang seri pengantin tahu?!" Bebel Datin Rosnah. Laju saja mulutnya melepaskan tidak puas hati itu kepada anaknya.

"Err... errr... Mia... Mia... Mia.. na.." Belum sempat Damia menyambung Datin Rosnah memotong.

"Mia apa?!" Jawab Datin Rosnah hampir-hampir menjerit.

"Mia nak pergi jumpa Alif si malaun tu lah ma! Menantu kesayangan mama tuh!" Jawab Damia dengan spontan. Menyedari keterlanjuran percakapannya sebentar tadi. Matanya membesar. Dengan pantas Damia memukul mulutnya dengan kuat. Matilah aku. Apa aku nak jawab nih. Aduh.

"Hehe, Mia.. Mia.." Muka Damia berkerut, buruk bebenor mukanya tika itu. Tahu akan kesalahannya sebentar tadi. Tulah mulut tu celopar benar.

"Apa Mia panggil tadi? Malaun? Malaun Mia panggil si Alif tu? Eh budak nih karang nak kena agaknya nih!" Pantas sahaja kaki Datin Rosnah menuju ke arah anaknya.

"Mama! Mia tak sengaja lah." Tahu yang mamanya ingin mengejar, Mia berlari ke arah sofa yang berada di ruang tamu.

Sudah penat melompat dari sofa ke sofa mengelilingi ruang tamu itu. Mia mencari helah. Niatnya hanya satu, supaya tidak lagi dikejar oleh Datin Rosnah. Laju ajer menyinggah di fikirannya tika itu.

"Mama! Papa dah balik kerja tu hah!" Tangan kanannya diangkat dan jari telunjuknya dituju tepat pada pintu besar banglo mewah itu. Sejurus dengan itu, Datin Rosnah terus memandang ke arah pintu tanpa memikirkan yang anaknya telah mengenakannya. Kelibat Dato Mikail dicari namun hampa, batang hidung Dato Mikail dicari namun langsung tidak kelihatan. Beberapa saat memandang ke pintu, pandangannya beralih ke arah Damia. Memang tepat sungguh jangkaannya. Damia sudah mencicit lari terlebih dahulu. Tidak sampai seminit, bayang Damia sudah tidak kelihatan. Yang tinggal hanyalah sedikit kepulan asap motosikal besar anak gadisnya. Licik sungguh! Sabar sahaja mempunyai anak sedegil Damia. Datin Rosnah hanya mampu menggeleng sahaja dengan tingkah laku anaknya itu. Tahu sangat perangai Damia yang satu itu. Mujur Sarah adiknya tidak mengikut perangai Damia yang agak kelakian itu. Tomboyish!

♥♥♥

Sampai sahaja di taman rekreasi. Damia melepaskan keluhan yang berat. Helmet di kepala di tarik kasar. Gloves juga dibuka dan tangannya ditepuk. Habis rambutnya serabai akibat tarikan helmet dikepala tadi. Tangannya pantas meraup rambutnya ke belakang. Iphone di dalam poket seluar diseluk, pantas saja jarinya mendail nombor Humaira. Tidak sampai beberapa saat, kedengaran suara menyahut memberi salam.

"Assalamualaikum Damia. Kau dah sampai taman ke belum?" Soal Humaira.

"Waalaikummussalam. Ehh tanya kita pulak. Dah berkurun aku tunggu kau kat sini. Dah keluar janggut dah pun. Ko ada dekat mana ni?" Saja mengenakan kawan baiknya itu. Padahal dia pun baru sahaja sampai. Tau sangat perangai Humaira ni, janji pukul 3. Pukul 3.30 baru sampai. Memang tak menepati masa betoi. Jadi Damia pun keluar lah lewat sikit, lagikan dia yang bermotosikal besar. Berapa minit ajer boleh sampai. Kuat racing nih. Merempit.

"Hehe. Sorry darling, aku nak sampai lah ni. Ko tunggu eh. Kejap jer." Humaira mempamerkan gigi putihnya di dalam kereta. Macamlah Damia boleh nampak gamaknya.

"Ye la, ye la. Cepat sikit. Tu lah, aku suruh naik motor taknak. Ni nak naik jugak kereta tuh. Nak kena ngadap jammed lagi. Macamlah aku takder kerja nak tunggu kau kat sini. Jawabnya lepak sensorang lah aku yer?" Keningnya dinaikkan, tanda protes kononnya. Acah Humaira nampak lah tu kening tebal dia yang terangkat tuh. Haha.

"Hehe. No worries darling. I'll be there for you right now. In this time, start from now. Ni aku nak race jap. Kau tunggu. Kau tunggu. Membebel jer. Hahaha." Sempat ajer dia gelak jahat macam tuh. Dah lah baru lepas sindir aku. Huh. Taknak kawan.

"Membongak kau ngan aku ye. Ha ye lah. Aku tunggu. Cepat sikit. Bye." Suka hati dia jer sindir aku. Ikut mama lah ni suka membebel. Kan dah kena cop kuat membebel. Keturunan. Haha. Memandai jer.

Talian diputuskan. Damia menongkatkan motornya. Kunci diambil. Langkahnya pantas menuju ke pondok rehat tidak jauh dari tempat motornya berada. Handphone dipegang. Tangannya laju sahaja menswipe kekanan tanda screennya diunlock. Permainan piano dibuka. Sambil menunggu Humaira sampai apa salahnya bermain game dahulu. Hehe. Salah satu hobinya iaitu main games. Semua games dia balun. Janji dirinya tidak bosan. 10 minit menunggu. Akhirnya Humaira sampai.

"Oi. Hehe. Sorry late. Tapi memang sengaja pun. Dah lama tunggu ek? Haha. Kesian pulak." Pintu kereta Myvi kesayangannya ditutup. Kakinya nelangkah ke arah Damia yang bersendirian melayan telefon pintar. Tangan Humaira pantas diangkat, kedua-dua belah tapak tangannya dipamerkan tanda maaf atas kelewatan itu. Sampai dipondok itu, bertapak sahaja punggung Humaira di atas kerusi di pondok itu. Dahinya dijentik kuat. Perghh! Memang sakit dan pedih woii! Bisa betoi lah Damia nih. Humaira hanya mampu menahan. Senyuman kelat dihadiahkan atas keterujaan jentikan tak bertauliah Damia itu tadi. Kurang asam keping sungguh. Perangai tak berubah.

"Padan muka. Lain kali datang lah lambat lagi. Tangan aku ni dah berapa kali dah singgah atas dahi kau. Tu pun tak serik-serik lagi." Ucap Damia tanpa rasa bersalah.

"Eleh, kena jentik jer pun. Bukannya sampai kena masuk wad bagai. Kejap lagi hilang lah nih. Nak serik buat apa. Takder apa pun yang nak diserikkan. Tak ace weyhh. Haha." Humaira hanya gelak sahaja. Lawak pulak rasanya. Dah biul agaknya dia nih. Setiap kali jumpa dengan Damia pasti dahinya dijentik. Itupun disebabkan kelewatan dirinya. Salahnya juga. Tapi tak apa, tak heran pun. Tak berkudis pun di hatinya atas perilaku Damia. Malah otaknya tak perlu dah nak fikir fasal kerja setiap masa kalau tengah lepak dengan Damia. Hilang masalah tempat kerja Humaira kalau melepak dengan Damia. Suka sangat buat dirinya ketawa.

"Gelak. Gelak. Aku wrestling kau kat sini kan. Haa. Baru tau apa itu kehidupan." Damia menjeling. Meluat mendengar Humaira ketawa.

"Ehh kau. Nak wrestling aku konon. Taknak kawan kau. Huh" Tangannya disilang. Merajuk lettuw.

"Tak payah nak poyo sangat. Merajuk konon. Daripada kau merajukkan? Better kau pergi beli air dekat aku. Aku haus lah bertekak dengan kau nih. Dah! Shuh! Shuh!" Ditolak-tolak badan Humaira. Cara baik untuk menghalau Humaira. Ha ha ha. Gelak jahat.

To be continue...

******************************

Okey tak bab kali ni. Sorry sis dah penat dah. Nanti kalau sis rajin sis update lagi yer. Hehehe.

Voted sekali tau. Baru excited nak sambung cerita nih. Hahaha. Gelak jahat sedang berleluasa. Whatever. Sis meroyan ni hah. Haha

Bye. Muah

Sayang Kau Sorang Jer (HOLD)Where stories live. Discover now