Kontrak Iblis

772 49 6
                                    

Nazri pulang ke rumahnya dengan tergesa gesa.Dia sedang memegang segulung kertas.Sebaik saja sampai di rumah,dia terus membentangkan kertas itu.Kertas itu kekuningan.Terdapat satu bulatan dan beberapa baris ayat pada kertas itu.

"Haha,akhirnya  aku telah dapat kontrak iblis!"

Iblis ialah syaitan yang dijadikan daripada api.Iblis suka membangkitkan nafsu manusia dan mampu menunaikan hasrat mereka.
Sejak zaman dahulu,banyak orang telah mengikat janji dengan iblis untuk menunaikan semua keinginan mereka.Malangnya mereka akan menerima hukuman yang setimpal dengan nafsu mereka.Tiada lagi orang yang berani mengikat janji demgan iblis kecuali nazri.Dia telah mendapat kontrak iblis secara kebetulan.

"Jahilnya manusia dahulu,aku pasti akan dapat menunaikan kesemua keinginan aku tanpa memudaratkan diri sendiri .

Nazri pun membaca peraturan di atas kertas itu dengan teliti.

1.Gunakan darah untuk mengisi bulatan di atas kertas.

2.Iblis akan muncil sekali setiap tahun untuk jangka masa tiga tahun berturut turut .Setiap tahun iblis akan menunaikan satu hasrat.Dalam erti kata lain anda boleh menunaikan tiga hasrat.

3.Sebagai syarat pertukaran anda mesti menyerahkan dua buah anggota badan kepada iblis selepas hasrat pertama dan kedua termakbul.

4.Tiada syarat pertukaran untuk hasrat ketiga.

"Syarat pertukarannya sangat mudah.Aku akan meminta supaya kedua dua anggota badan yang telah hilang fungsi dipulihkan,maka aku tidak akan kehilangan apa apa ."nazri sanagt berkeyakinan.

Nazripun mencucuk jarinya dengan sebatang jarum lalu mengisi bulatan itu dengan darahnya.Kontrak iblis itu terus terbakar sebaik baik sahaja nazri habis mengisi bulatan itu.Tidak lama kemudian iblis pun muncul.

"Kamu mesti mematuhi semua arahan setelah mengikat janji dengan saya .Sila nyatakan hasrat pertama kamu."

"Saya mahu jadi jutawan!"

"Baiklah kamu akan menjadi seorang jutawan.Syarat pertukarannya ialah sepasng mata kamu"

Suasana menjadi gelap gelita setelah iblis itu habis bercakap.Nazri mencuba menelefon pihak bank untukmengetahui sama ada hasratnya termakbulataupun tidak.Dia berasa teruja apabila mendapati jumlah wang simpanannya bertambah secara berlipat ganda.

"Haha aku telah menjadi seorang jutawan! walaupun aku telah buta sekarangtetapi penglihatan aku pastiakan pulih selepas dua tahun"kata nazri.

Iblis itu kembali selepas setahun.

"Sila nyatakan hasrat kamu"

"Saya mahu menjadi orang yang paling kaya di dunia!"

"Baiklah kamu akan menjadi orang yang paling kaya dalam dunia .Syarat pertukarannya ialah sepasang telinga kamu"

Iblis itu menghilangkan diri selepashabis bercakap.Walaupun nazri telah menjadi buta dan pekak.Biarlah,badan aku akan kembali sihat setelah iblis menunaikan hasrat ketiga aku."

Tahun ketiga telah tiba dan iblis kembali sekali lagi.

"Sila nyatakan hasrat ketiga kamu,tiada sebarangsyarat pertukaran kali ini."

Nazri tidak bercakap apa apa.Dia tidak dapat melihatwajah iblos mahupun mendengar suaranya.Akhirnya dia ditakdirkan untuk hidup dalam kegelapan dan kesunyian buat selama lamanya.

"Jahilnya manusia yang tidak lernah berasa ikhlas.

Tamat

Anyeong please vote and comment my story and saya akan buat lagi yang terbaik.😇

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita hantuWhere stories live. Discover now