Part 2

185 7 0
                                    

"Reina!! Tunggulah aku. Penat ni nak kejar kau." Tercungap-cungap aku mengejar Reina.

"Apa lagi yang kau nak, Hahh?! Kau ajak aku keluar, lepas tu biarkan aku jadi macam tunggul kat sebelah kau!" Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Reina memarahi aku.

"Yess!! I know and I'm sorry kay. Aku cuma dah tak tahu sangat nak buat apa sekarang ni. Semua benda yang berlaku buat aku makin runsing, makin pening. Arggh!!" Aku memegang kepala aku yang sejak tadi sakit.

       Reina terus sahaja memaut bahu aku apabila melihat muka aku yang semakin pucat. Dari raut wajahnya, aku tahu yang dia sangat risau akan hal aku.

      Tanpa sepatah kata, dia terus membawa aku pulang ke rumahnya dan dibaringkan ke atas katil. Dia berlalu pergi ke dapur meninggalkan aku berehat di katil.

'Terima kasih Reina sebab masih lagi kekal menjadi sahabat aku. Tanpa kau.. aku mungkin dah tersesat jauh ke dalam alam aku sendiri'

        Aku memejamkan mata untuk berehat. Walaupun sakit masih dirasai, aku cuba untuk tidak hiraukan. Aku taknak Reina tahu tentang penyakit aku yang semakin kronik.

*Imbas semula

"Apa doktor?!! Sa...saya ada penyakit kanser? Doktor jangan buat main hal macam ini." Aku dikejutkan oleh berita dari Doktor Zaidi.

"Maafkan saya Zen. Tapi itulah hal yang sebenarnya awak perlu tahu. Keputusan awal hasil ujian awak ada  menunjukkan sedikit keganjalan, tapi saya pasti terdapat tumor yang berkembang di bahagian otak awak. Saya sebagai doktor hanya menjalankan tugas." Balas Doktor Zaidi.

"Aaarghhh!!! " Aku menjerit sekuat hati.

Sekeliling terasa gelap. Aku terasa benda keras menampar-nampar pipi.

"Zen! Zen! Bangunlah Zen!" Jerit Reina sambil menampar pipi aku.

....

PSiKOWhere stories live. Discover now