7

283 17 0
                                    

Adrian:

"Adrian." Kata Aiyah memegang tanganku erat. "Ya?" Tanyaku. "Saya tak boleh teruskan.." Air matanya jatuh. "Saya..tak sanggup." Sambungnya dan aku mengelapkan air matanya.

"Hei, kenapa ni?" Tanyaku memegang wajahnya dengan kedua tapak tanganku. "Adrian maaf, saya Aiyah Amanda menolak awak Adrian sebagai pasangan sa-" Aku meletakan jari telunjuk ku pada mulutnya. "Tolong, jangan teruskan.." Kataku dan air mataku jatuh. Serigalaku terluka dan menangis kerana pasanganku maksudku pasangan kami ingin menolakku dan serigalaku. Aku memeluknya dan dia menolakku.

"Tolong hentikan .." Katanya dan air matanya kini jatuh seperti hujan lebat. Dia menarik nafas panjang. "Salah seorang akan terluka atau lebih teruk mati, jadi kita perlu tamatkan sekarang." Sambungnya. "Tak! Tiada siapa akan terluka atau mati di antara kita, saya akan hapuskan apa yang menghalang kita..jadi tolong hentikan perbualan tentang ni Aiyah, saya janji akan lindungi awak. Selamanya bersama." Kataku dan memeluknya. "Jadi tolong janji awak takkan cakap tentang ni lagi." Kataku dan dia hanya menangis dalam pelukanku.

"Adrian..tolong hantar saya pulang." Katanya dan aku membebaskannya dari pelukkanku. Aku memimpin tangannya dan membukakan pintu untuk Aiyah.

Beberapa minit perjalanan kami akhirnya sampai di rumah Aiyah. 'Vampire!' Kata serigalaku. "Terima kasih." Katanya dan turun dari keretaku.

"Aiyah, nanti." Kataku turun dari kereta dan menarik Aiyah menghampiriku , lalu aku mencium pipinya. "Jumpa lagi." Kataku dan masuk semula ke dalam kereta sebelum pulang ke rumahku.

Aiyah:

"Apa, yang baru terjadi?" Tanyaku pada diri sendiri sambil memegang pipiku. "Aiyah? Awak nak cakap tentang ni?" Kata ibu yang berdiri di sebelah ayah lalu aku menganggukkan kepalaku.

Aku melangkah masuk ke rumah dan duduk di atas sofa ruang tamu. "Saya tahu awak berdua ada soalan..teruskan." Kataku dan melihat keluar tingkap.

"Pertama siapa lelaki tu?" Kata ayah dan wajahku merah mereka nampak kah?. "Ai, kami nampak semuanya siapa dia?" Tanya ayah lagi. "Pasangan saya." Kataku dan ayah melihatku seperti aku menipu. "Teruskan." Kataku dan melihat tanganku. "Maafkan Ayah, awak perlu berpisah atau-" dan aku memotongnya. "Saya tahu.." Kataku dan melihat ibu menahan air matanya, semua harapan ibu untuk melihatku bahagia musnah. "Aiyah, awak tak perlu lakukan." Kata ibu. "Tapi sayang." Kata ayah dan aku bangun untuk pergi ke bilikku.

"Saya.." Kataku menahan air mata lalu menarik nafas. "Saya akan pergi ke bilik saya, tolong..jangan ganggu saya." Kataku dan masuk ke bilik. Aku bersandar pada pintu dan melihat ke atas lalu ketawa. "Hahaha sempurna! Hahahaha semuanya ...hahaha..ha..tolong tamatkan semua ni." Kataku dan duduk memeluk lututku. Air mata tidak dapat lagi ku tahan.

"Kenapa?!" Jeritku, kesakitan yang terpendam tidak lagi dapat ku sorokkan. Aku menangis sekuat hatiku dan menjerit. Aku tak sanggup lagi, hidup ku takkan bermakna tanpa orang yang di ciptakan untuk ku.

1 minggu kemudian.

"Ai?" Kata ibu di belakang pintu tempatku bersandar. "Tolong pergi.." Kataku dan berbaring pada lantai. "Ai, awak perlu makan..tolong jangan buat begini.." Kata ibu dan aku tidak menjawabnya. "Ai!" Jerit ibu suaranya penuh sedih dan kekecewaan. "Ai tolong ibu terluka bila awak terluka." Tangisnya.

"Aiyah.." Bagus sekarang Zana lepas ni siapa Zack? Ayah? "Pergi!" Jeritku dan pergi ke tandas, terlalu banyak tekanan. Aku mengambil gunting dan mula mengerat lenganku aku kerap melalukannya sejak seminggu yang lepas, satu satunya perkara yang menenangkanku.

"Ughh, sudah!" Kedengaran pintu bilikku ditendang dan pintu tandas dibuka. Zack melihatku dengan wajah penuh kecewa. Dia memegang lenganku dan mencuci darah yang mengalir sebelum meletakkan ubat pada tanganku. "Ai.." Kata Zana dan memelukku air mataku kering seperti hatiku yang ibarat bunga yang mati tanpa air. "Tolong hentikan." Katanya dan memegang wajahku.

Zana menangis di hadapanku dan aku mengelapkan air matanya dan tersenyum lemah sebelum duniaku menjadi gelap.

°°°°°°°°°°°°°°°°°           °°°°°°°°====
Yeah! Hehe
Comments, Votes, Follow
-Mai

Cintaku Musuhku [♥]Where stories live. Discover now