02 ~ waTaSHi No kaNOuJo II ~ | Nakamoto Yuta

693 64 38
                                    

Aku meletakkan telinga aku dekat pintu bilik Yuta. Krik! Krik! Sejak dari pagi tadi Yuta langsung tak keluar bilik dia. Makan pun tak. Biar betul mamat ni?

"Yuta.. Awak okay tak?"

Tak ada balasan. Aku yang risau menolak pintu bilik dia perlahan-lahan. Sekujur tubuh tengah terbaring dalam keadaan berselimut tebal atas tilam. Aku membulatkan mataku. Yuta??!!!

Seperti babak-babak drama cliche, aku terus meletakkan tangan aku atas dahi Yuta. Auch, panas! Mamat ni demam ke?

"Yuta, awak okay tak?"

"Jangan.. "

"Apa?"

"Jangan dekat.."

"Ha..?"

"Jangan.. dekat.. dengan.. aku.."

Aku menepuk dahiku. Mamat ni punlah! Dalam time-time macam ni sempat lagi.

"Sekejap.." kataku sebelum aku berlari masuk ke dalam bilik aku. Aku selongkar beg aku, cari paracetamol. Tapi tak ada. Aduh! Mana dia pergi pulak! Tanpa berfikir panjang, aku rentap tuala, basahkan dan bawak semula ke bilik Yuta. Aku letak dekat dahi dia.

"Saya nak pergi kedai nak beli ubat. Sekejap ye.. Nanti saya datang balik.."

"Jangan.."

"Kalau tak sebab aku ni baik, aku rendam je kau dalam laut Okinawa tau tak."

***

Aku mungkin bernasib malang orangnya. Dahlah rabun, sesat, bawak sebungkus panadol, tak reti cakap Jepun, tak ada duit, and tak ada phone. Aku menepuk dahiku. Niat nak tolong orang tapi macam ni aku yang perlukan bantuan orang.

Aku yang dah penat berjalan duduk dekat kerusi plastik tepi jalan tu, termenung memikirkan nasib. Yuta-ssi, maafkan aku! Aku harap kau baik-baik..

"Are.. Are.. Kore wa onna desune? Kawaiii desyo.."

Aku membulatkan mataku. Siapa pakcik-pakcik tua ni.. Aku baru sahaja bangun apabila tanganku terus direntap.

"Lepaskan saya!"

"Kajima.." kata salah seorang pakcik itu dalam bahasa Korea yang awkward. Jelas dia nak ajuk aku.

"Maafkan saya.. Saya nak pergi.. "

"Kajima!!" Kata mereka lagi sebelum ketawa berdekah.

Aku menelan air liurku. Aku jadi lauk ke apa ni nanti? Aduh! Tolonglah sesiapa!!!

"Chotto matte!!"

Aku memandang satu kelibat manusia yang muncul tiba-tiba. Aku tak pasti siapa, sebab aku nampak bayangan hitam je. Tapi dari gayanya macam..

"Dare?"

"Leave her alone or ill do something to you (imagine die cakap jepun.. author tak reti huhu)"

"Who is this girl that you're protecting so much? Hah?!"

"Watashi no kanoujo! Now go, or ill kick your ass!!"

Pakcik-pakcik itu terus melepaskan tanganku dan berlalu pergi. Ada riak benci pada wajah mereka tapi siapa peduli. Aku selamat. Aku yang masih terkejut terus terduduk di tanah.

"Hodoh! Menyusahkan orang! Aku tak habis cakap lagi! Aku ada ubat dalam beg! Kau nak pergi jauh-jauh buat apa?!" Yuta memarahiku.

Aku memandangnya dengan jengkel. "Manalah saya tahu. Saya nak tolong awak je. Kalau awak rasa.."

"Diamlah! Sekarang ni, kau boleh bangun tak?" Yuta menghulurkan tangannya kepadaku.

Aku mendesis melihat tangan itu.

~ My Collection of NCT One Shot ~Where stories live. Discover now