Wahai sahabat,
Aku anggap hang sabahat
Sebab dah 8 tahun kita berkawan
Tapi aku harap, harap sangat
Hang jangan berkawan dengan aku bila perlu, bila hendak sahaja
Tetapi berkawan bila hang tak punya apa apa dah akulah satu satunya
Berkawan bila hang punya apa apa dan akulah satu satunya
Sahabat yang pertama sekali hang cari
Sahabat yang hang anggap macam ahli keluarga sendiri
Tapi kan...
Kenapa aku rasa macam aku sunyi sangat
Aku seolah macam kehilangan
Mana sahabat aku ni...
Mana hang?
Aku nak minta tolong sesiapa yang ternampak sahabat aku tu,
Tolong suruh dia kembali...
Kembali ke aku, kepada sang perindu.