Mytha POV
Hujung minggu adalah hari yang membahagiakan buat aku.Hari dimana segala rasa penat lima hari bekerja dapat dilupakan buat seketika.Tanpa memikirkan apa yang akan dilalui pada hari esok. Aku tetap sama sahaja dengan kebiasaan yang sering aku lakukan.Pergi kerja,balik dan rehat.Rutin itu yang selalu aku jalankan,cuma jika hujung minggu ada jugalah keluar buat aktiviti.Tapi entahlah hujung minggu kali ni,rasanya aku malas nak keluar.Maknanya aku akan terkurung dalam rumah sewa ini.home sweet home.Masak,mengemas,membasuh pakaian,melipat pakaian, menyetrika pakaian,menonton television ,bermedia sosialkan diri dan kalau di kira-kira banyak juga aktiviti dekat rumah ni.
"Oii kau kenapa senyum sorang-sorang dari tadi"pertanyaan kyla membangunkan aku dalam hayalanku sendiri.Kyla yang lagi tadi duduk bersebelahan disamping kiri aku hanya duduk manis sambil membaca novel cinta cintunnya.Hurm,mungkin dia berharap ada seseorang yang romantic akan datang kepadanya mengungkapkan bait-bait cinta yang indah sehinggalah hatinya berbunga-bunga.Elok sangat lah tu,bunga-bunga cinta,akhirnya layu di pusara.Aku tak percaya ada manusia romantik dekat dunia ni.Secara rasionalnya memang tak ada.
"Engkau ni..mana ada aku senyum sorang-sorang.kau tak nampak aku tengah pegang hp ni?lagi tadi kot aku pegang.."balasku.
"Ooo.ingatkan tadi kau dah gila ketawa sorang-sorang"ucapnya sambil tertawa dan sedikit mengangkat keningnya ala ziana zian.Aku tahu sangat si Kyla ni,kalau dah angkat-angkat kening tu,ini maknanya dia mesti nak tau sesuatu.
"Siapa!siapa!"kyla mula menyebuk.
"Siapa ape?Sibuk lah kau,pergi sambung baca novel kau tu".kyla hanya menyengeh mendengar jawapan yang aku berikan.Nampak dari gayanya,dia tak nak menyerah.Lantaklah.
Dia menutup novelnya lalu meletakkan buku itu di atas meja kaca yang ada di ruangan tamu rumah sewa kami.Aku hanya memerhatikannya.Perlahan dia bangun dan menghampiriku kembali.Dalam aku asyik memerhati layar hp ku.Tiba-tiba sahaja ada serangan hendap yang datangnya dari kyla.Budak ini memang tak faham bahasa langsung!
"sakit bongok"
Dia merampas hp aku yang ada di genggaman.Perasaannya mungkin gembira saat ini,kalau melihat dari raut wajahnya memang terlihat gembira atas kemenangan yang telah dia ciptakan sendiri.Dia berlari menjauhkan dirinya daripada aku.Sambil tersenyum memegang hp yang baru dirampasnya dan merasakan kemenangan berpihak padanya.Ishh mana boleh menang tanpa bertanding!tak adilkan!
Kylaaaaaaa!
"Ishh kau nak apa kyla ha..bagi balik hp aku, gila.....!"
"Hahaha...siapa gila aku ke kau yang gila,lagi tadi ketawa sorang-sorang"
Kyla tidak lagi berhenti dari mentertawakan keletah yang sendiri dia lakukan.Sebenarnya niat hati nak merampas semula hp tu dari genggamannya,tapi aku takut kebarangkalian yang bakal terjadi bila aku merampas semula hp itu.Takut kalau hp tu jatuh dan rosak matilah aku nak beli lagi hp baru.Duit bukan senang nak cari!
"Bagi balik hp aku perempuan gila!..Please kyla"aku yang gila melayan karenah kyla.
"Tak nak,weerkk...". Ejeknya.Dah lah tak nak bagi hp aku senang-senang aja dia jelir lidah dekat aku.Ish...geramnya!
"Kau memang tak sayang lidah kau tu eh,nanti aku potong buat sup lidah baru tau!"
"Apa? nak buat sup lidah!boleh jugak.emm tapi jangan lupa tau ambil bahagian rasa manis kat lidah tu je tau..Mesti manis kalau kau makan."
"Eeee selekeh...perempuan gila!tak hingin aku!"
"La.. tadi nak sangatkan potong lidah aku,nak buat sup kan!..nah nah...potong la"dia menjelirkan lidahnya setelah menghabiskan kata-katanya itu.
YOU ARE READING
Ingat Aku Selalu
RandomKebanyakan orang suka pada bunga 'rose' kan? tetapi tiada siapa yang suka daun yang menambah kecantikan kepada bunga 'rose'! Dua-dua sama pentingnya untuk cinta mereka.Cinta yang menjadikan kehidupan lebih indah dan sempurna.Saling melengkapi dan m...