Author POV
Pagi menjelang petang,ketika matahari belum sempat memancarkan cahayanya lagi manusia seperti mereka telah bangun untuk bersiap sedia ke tempat kerja.Di sisi lain masih ada yang berkerja malam mengejar waktu pagi untuk merehatkan badan yang lelah.Kitaran yang sama berputar menunjukkan itu alami.Dimana manusia harus menjalankan kehidupan mereka kedepannya.Takdir tuhan tiada siapa yang tahu,apa yang mereka tahu adalah setiap dari mereka adalah seorang khalifah yang harus menjalankan tugas yang diamanatkan tuhan di muka bumi ini.
Bagi mereka yang berkerja pagi hingga ke petang adalah satu kelebihan bagi mereka,kerana alam menyatakan waktu malam adalah waktu yang baik untuk berehat.Tidur merupakan aktiviti yang sangat penting bagi tubuh badan kerana tidur juga salah satu cara merehatkan badan. Oleh karena itu, waktu tidur yang cukup dapat membuat badan kita merasa segar dan bersemangat untuk menjalankan aktiviti pada keesokan harinya.Manusia juga menghabiskan sekitar 1/3 waktu hidupnya untuk tidur.Malang bagi Meyya yang harus berkerja tanpa menghiraukan waktu rehatnya sendiri akibat daripada permasalahan yang ditanggungnya.
Berbeza dengan Mytha,dia menjalankan tugas layaknya seperti orang normal lainnya.Bekerja mengikut waktu ofis yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.Jika ada jadual kerja yang padat dan penting,mereka terpaksa juga untuk mengambil "overtime" bagi melunaskan kerja masing-masing.
Dari pagi mereka menjalankan tugas yang diamanahkan dan tatkala matahari tengahhari sudah sedia membuka matanya dengan memberi sinaran yang begitu terang ,waktu itu mereka sudah separuh daya menjalankan tugas di pejabat,mereka harus mencari tenaga baru untuk meneruskan tugas mereka.Setelah matahari itu lelah membuka matanya,maka matahari bersedia untuk melelapkan matanya seketika untuk menerangi hari esok.Kitaran yang sama berputar menunjukkan itu juga alami.Ketika hampir menjelang petang,Masing-masing kelelahan kerana melakukan tugas seharian dan mereka semua pulang pada waktu yang di tetapkan.
Melihat waktu pulang sudah tiba,Mytha bergegas untuk balik ke rumah sewanya.Dia mengemas semua drawing yang berselerakan diatas mejanya dan memasukkan semua peralatan kerjanya di dalam laci meja dan cabinet yang disediakan.Dalam dia sibuk mengemas seorang dari rakan kerjanya memanggilnya untuk berborak kosong,sememangnya alfian sudah lama menaruh hati pada Mytha.Sedangkan Mytha hanya meletakkan Alfian di zon persahabatan sahaja.Bukan hanya Alfian sahaja yang mencuba nasib untuk menjalinkan hubungan dengannya,Malah beberapa lagi rakan kerjanya yang lain turut bertaruh sama untuk menambat hati Mytha.
Sesiapa sahaja yang mengenali Mytha,pasti mereka akan senang dan suka untuk berkawan rapat dengannya,Memiliki sifat yang suka berteman tidak mengira siapapun itu, suka menghibur,mengambil berat tentang orang sekeliling,baik hati,sentiasa merendah diri dan suka membantu orang lain.Pula di tambah dengan wajahnya yang mempersona secantik sifatnya dengan urat senyuman sentiasa melekat pada bibirnya menunjukkan jelas lesung pipit yang dia miliki.
"Mytha...!Mytha...!"pangilan alfian mungkin tidak didengari Mytha kerana dia telah pun memasang earphone ditelinganya.
"Mythaliaaaaaaaa......"Alfian menjerit lebih kuat dan menepuk bahu Mytha.
"huiiishhhh.....terkejut aku Al..kalau sekali tak terkejutkan aku tak boleh ke En.Al"sambil mengelus dadanya dan menunjukkan rasa terkejutnya.
"hahahaha....sorry-sorry,abis kau tu pekak?"
"iihhh..kau suka kan kalau aku terkejut, lepastu aku pengsan,lepas aku pingsan suka-suka kau aja nanti nak angkat badan aku.Tak hingin aku kalau kau yang angkat aku..isshh tolong la..hahaha"balas Mytha dengan gurauan yang tak pernah lepas dari dirinya.
"hahahah....memang pun aku teringin sangat nak angkat kau cik Mytha,kalau sekarang kau nak suruh angkat pun aku sanggup"Alfian membalas kenyataan Mytha yang sememangnya dia cukup tahu dengan sifat gurauan sahabatnya itu.
YOU ARE READING
Ingat Aku Selalu
RandomKebanyakan orang suka pada bunga 'rose' kan? tetapi tiada siapa yang suka daun yang menambah kecantikan kepada bunga 'rose'! Dua-dua sama pentingnya untuk cinta mereka.Cinta yang menjadikan kehidupan lebih indah dan sempurna.Saling melengkapi dan m...