Meyya POV
Aku merasakan badan aku hari ini sangat lelah,satu badan merasa sakit.Mungkin juga sudah beberapa hari ini aku tidak dapat tidur yang cukup dan di tambah lagi dengan kesan pukulan dan deraan dari mereka.Sungguh tidak berhati perut.Aku terjaga dari tidurku,ruangan ini sememangnya asing bagi aku.Sangat amat asing.Aku bingung.Mungkinkah aku berada di dalam bilik salah seorang yang mahu meniduriku malam tadi, yang biasanya aku dapat mengelak daripada diperlakukan seperti itu.Aku sedikit takut dan cemas memerhatikan ke sekeliling bilik.Bilik ini terlihat sederhana besar.Ruangan dan padanan yang lembut terlihat jelas di setiap sudut bilik.Cukup menyamankan bagi seorang perempuan seperti aku.Cukup hanya ada satu katil bersaiz queen serta disisinya di apit oleh nakas (side table),almari baju,dressing table dan ada satu kerusi malas di bahagian tepi tingkap.
Ku perhatikan pakaian yang aku pakai,sama seperti baju yang ku pakai semalam,di atas nakas terlihat satu bekas air dan tuala kecil dan di sisinya pula ada secawan kopi bekas yang telah habis diminum.Setelah aku melihat itu,aku baru teringat akan peristiwa semalam,semalam aku dibantu oleh Mytha.Mungkin juga aku berada dalam bilik mytha sekarang.Entah kenapa mesti ada seseorang yang peduli dengan diri aku sedangkan aku sendiri tidak tahu cara mempedulikan diri sendiri.aku sedikit menarik nafas lega.Fikiran nagatifku kini meleset.Di hujung kaki katil dan diatas tilamnya ada lipatan baju dan tuala yang mungkin Mytha menyediakannya untuk aku gunakan.Aku mencuba untuk berdiri dan niatku untuk keluar dari bilik ini.Kepala aku terasa sedikit pening yang masih menyukarkan untuk aku berjalan.Perlahan aku berjalan untuk membuka pintu,belum sempat aku membuka pintu itu,seseorang telah membuka pintu itu terlebih dahulu.Aku terdorong ke belakang lalu terjatuh.
Bukk!
"Aduhh...Aww..."suara itu terkeluar secara spontan dari mulut ini.
"Sorry sorry sorry Ameyra,aku tak sengaja..."kata Mytha yang segera membantu ku bangun.
Dia membawaku duduk di sisi katilnya.Dia mengemas tempat tidurku,oh maksud aku tempat tidurnya yang aku pinjam.dilipatnya selimut dan menyusun elok bantal-bantal itu.Aku hanya memperhatikannya mengemas, sesekali dia menoleh kearahku dan memberi sedikit senyuman.Yang ada aku hanya memandang sahaja tanpa membalas senyuman itu.Hening....suasana hening,sepertinya aku tidak pandai untuk memulakan percakapan.Dia membuka lebar langsir dan tingkap biliknya.Cahaya matahari pagi belum lagi bersinar kerana masih terlalu pagi.Angin subuh mula menerpa.Ku lihat jam didinding milik Mytha menunjukkan pukul 6.30 pagi.Masih awal lagi untuk aku bergegas ke tempat kerja.
"Myera kau okey"ucapnya sambil menatap jauh kedalam mataku
"hurmm..okey.."jawab ku bernada perlahan lalu aku tundukkan dari pandangan matanya.
Dia kearahku dan mengarahkanku untuk baring semula,dia meletakkan tangannya ke dahiku.
"aaaauuwww,panas macam ni kau kata okey,tengok-tengok tangan aku dah melecur ni,panas sangat ni"kata Mytha seakan bergurau.
Apa! nak bergurau subuh-subuh ni memang tak kena waktu.Dia hanya tersenyum dengan perlakuannya.Di ambilnya kain dan mencelup kain tersebut ke dalam bekas air lalu di perahnya sedikit.Dia meletakkan semula kain tadi ke dahi ku.
"Myera,sebenarnya kau tak okey lagi.dah kau baring dulu.badan ni masih panas lagi "katanya serius.
Aku hanya mengikut arahannya.berbaring dan mendiamkan diri.Sememangnya aku sangat lelah dan kalau boleh aku tidak mahu melakukan apa-apa kerja hari ni.Dia keluar dan mengambil segelas air dan dia menyuruh aku memakan ubat.Tanpa membantah aku mengambil dan memakannya.
"Malam tadi kau pingsan.sorry aku tak bawa kau pergi klinik.Tapi aku ada panggil doktor datang rawat kau tadi malam.Doktor tu cakap kau tak cukup rehat,badan kau lemah.dia suruh kau rehat cukup-cukup sebelum buat aktiviti lain.dah kau tidur la dulu.Jangan risau rumah aku selamat"katanya tenang.
YOU ARE READING
Ingat Aku Selalu
RastgeleKebanyakan orang suka pada bunga 'rose' kan? tetapi tiada siapa yang suka daun yang menambah kecantikan kepada bunga 'rose'! Dua-dua sama pentingnya untuk cinta mereka.Cinta yang menjadikan kehidupan lebih indah dan sempurna.Saling melengkapi dan m...