Meyya POV
***Breep..Breep***
Deringan pesanan Whatsapp berbunyi.Aku terjaga apabila telinga menangkap bunyi pesanan masuk di telefon bimbitku.
"Selamat pagi budak degil! jangan lupa sarapan,kalau tak jangan harap aku nak jemput kau malam ni!"
Pesanan yang datangnya daripada Mytha.Tak habis-habisnya dia menggelarkan aku budak.Aku dah besar okey.Segera aku membalas pesanannya
"Aku bukan budak! aku dah besar gila! :("
Sekitar 10 minit Mytha membalas kembali pesanan yang aku kirim kepadanya.
"haha..marah ke?eh cuba tengok dekat cermin sekarang!muka kau kalau marah cantik sangat...cantikkan? rindu jadinya..Marah aje dah macam tu punya cantik,kalau senyum tah macam mana lagikan..nak tengok kau senyum boleh?"
Aku hanya tersenyum membaca pesanan yang diberikan oleh Mytha.Manusia tu mamang pandai mengubah susana.Menjadikan hatiku sekarang ini semakin berbunga-bunga.Rasanya kalau lama-lama dah boleh petik satu persatu bunga yang telah lama segar di ladang hati aku ni.bunga rose.bauan bunga bidadari aku.
Rindu..aku mula rindukan dia....
Gugup yang kurasakan ketika Mytha membenamkan wajahnya dalam pelukan ku pada malam tadi membuatkan aku sukar untuk melupakannya.Aku takut kalau-kalau Mytha mendengar jantungku tidak berdegup secara normal.Nanti apa pula dia kata.Aku sedaya upaya mengatur semula jantungku menjadi sediakala.Sangat susah!
Pelbagai cara aku mencuba, aku menarik nafas dan menahan nafas lalu dengan perlahan aku menghembusnya.Tetapi tetap gagal.Ditambah dengan hembusan nafasnya yang terkena tepat di leherku membuatkan aku mabuk rasa.
Kebiasaan yang aku rasakan ketika dia didekatku.Lebih-lebih lagi sedekat itu tubuhnya disampingku.Aku tidak pasti ini rasanya apa.Apa yang aku tahu aku sudah mula ada rasa sayang pada gadis itu.Mythalia...bidadariku.
Sejak kehadiran Nadine,aku dapat merasakan ada sesuatu yang disimpannya,aku tidak tahu apa,mungkin cerita masa lalu yang sukar untuk dia lupakan.Aku tidak dapat menjelaskan kerana aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
Layak ke aku untuk bertanya,mungkin tidak.Tapi rasanya aku tidak layak untuk bertanya lebih.Siapa aku?Aku bukan siapa-siapa jika dibandingkan Kyla dan Nadine,yang telah mengenal lama sisi baik buruk seorang Mytha.
Bidadari itu tetap sahaja tersenyum.Walaupun ada sesuatu yang membebankan fikirannya.Masih boleh membuat orang sekeliling terhibur,malah senyumannya tidak pernah lekang dibibirnya.Menjadi penawar untuk orang-orang di sekelilingnya.Bertuah sesiapa sahaja yang dapat memengang hatinya dan berada di dalam pelukannya yang menyamankan.
Yup!.Sebenarnya aku sudah mula tersadar dari tidurku ketika Mytha mengelus rambut di puncak kepala aku sebelum dia keluar.Bauan rose yang menyengat ditubuhnya lah yang membuatkan aku terjaga dari lenanya tidur.
Sekadar hanya ingin tahu apa yang bakal dilakukannya nanti,aku tetap memejamkan mata.Ya..aku mengharap sesuatu yang lebih berlaku pada pagi itu.Mungkin ada sedikit ciuman pagi khas buat aku.Argghh nyatanya tidak ada.
'Morning kiss' hahah...Jangan mengharap sesuatu yang tidak pasti Meyya!.
Mytha berlalu pergi begitu sahaja.Bingkas aku bangun dan menuju ke muka pintu bilik.Niatku hanya untuk menyapa Mytha dan melihat dia berangkat pada pagi itu.Malangnya aku sedikit terdengar perbualan antara Nadine dan Mytha.Perlahan aku membuka pintu dan mencuri dengar disebalik dinding pemisah antara kami.
YOU ARE READING
Ingat Aku Selalu
RandomKebanyakan orang suka pada bunga 'rose' kan? tetapi tiada siapa yang suka daun yang menambah kecantikan kepada bunga 'rose'! Dua-dua sama pentingnya untuk cinta mereka.Cinta yang menjadikan kehidupan lebih indah dan sempurna.Saling melengkapi dan m...