PERKARA SEBENAR

3 0 0
                                    

Pagi itu , pada jam 10 pagi , Caleeya check out . Kejadian semalam masih menghantui dirinya . Dia tidak memberitahu keluarganya kerana dia tahu, dia memang tidak akan dipedulikan . Kecuali abangnya . Abangnya sangat mengambil berat terhadapnya . Kerana itu la , dia tidak memberitahu abangnya kerana dia tidak mahu abangnya risau .

Tidak jauh dari tempatnya, dia ternampak kelibat lelaki Yang telah menyelamatkannya semalam daripada lelaki miang tersebut . Jejaka itu menahan sebuah teksi Dan masuk ke dalam perut teksi tersebut . Tanpa jejaka itu sedari, sebuah buku tercicir dari tanganya.

Caleeya hanya memandang sehingga teksi itu hilang dari pandangan bersama dengan badan jejaka tersebut . Gadis itu berlari ke arah buku tersebut Dan mengambilnya.

Buku itu rupanya sebuah buku diari . Ingin dibuka tetapi dia rasa bersalah membacanya . Jadi dia biarkan sahaja Dan menyimpan diari tersebut . Satu hari kelak, apabila bertemu ,dia akan meyerahkan buku itu kembali padanya .

Setelah itu , dia menahan sebuah teksi Dan pergi bersama teksi itu..

😔

" semua ini salah kau tau tak ?! " jeritan dari dalam rumah kedengaran . Caleeya menghembus nafas, kesal. Ibu bapanya masih bergaduh . Dia sedih . Dengan langkah Yang longlai dan lemah , dia menghampiri pintu utama.

Dia masih tertanya Tanya . Kenapa dirinya tidak disayangi seperti abangnya? Kenapa mereka tidak mempedulikan tentang dirinya . Sejak dari kecil lagi, dia tidak pernah disayangi walau sekali pun oleh ibu bapanya . Namun dia bersyukur kerana kedua dua ibu bapanya tidak pernah menyentuhnya atau memukulnya .

Dia tidak jadi masuk ke dalam rumah apabila namanya disebut oleh ayahnya.

"Kalau bukan kau Yang pungut si Caleeya itu, Adam masih hidup . Kerana dia, anak kita meninggal dunia !" kata ayahnya dengan penuh kekesalan .

Caleeya terkejut . Saya dipungut? Adam meninggal dunia? Who is Adam? Gadis itu tertanya tanya . Yaa tuhan betul kah semua ni?

" buat macam mana lagi . Budak tu juga harus diselamatkan. Lagipun itu satu kemalangan! " suaranya ibunya kedengaran sedih. Diam seketika . Caleeya masih terpaku di luar rumah .

Dia berusaha menyedarkan bahwa dia hanyalah bermimpi . Dia menampar nampar pipinya . Berharap dia bangun dari mimpi itu .

" Saya benci anak angkat kau tu. Kerana dia, anak kita hilang! " kata kata ayahnya menusuk ke jantung hati Caleeya . Akhirnya dia menerima kenyataan bahawa dia tidak bermimpi. Air mata mula merembas keluar .

"Heii, dia anak kita juga . Walaupun dia kita jumpa di tepi jalan, dia tetap anak kita.. kita Yang membesarkan dia sehingga dia besar. Jangan salahkan dia atas apa Yang berlaku.,kerna kejadian tersebut hanyalah kemalangan. " suara mama memprotes .

Bagasi dari tangan gadis itu terlepas. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut siapakah dirinya Yang sebenar . Lantas, dia masuk ke dalam rumah dengan juraian air mata .

Pertengkaran antara Tuan Thomas dengan Puan Eilena terhenti . Masing masing memandang Caleeya dengan rasa tidak percaya . Hati mulai resah . Takut anak gadis itu terdengar perbualan mereka .

"Ca.. caleeya, bila balik? " Tanya puan Eilena gugup . Sementara tuan Thomas hanya beriak selamba .

"Baru jaa mama " Caleeya menjawab sebak.

"Kau tidak dengar apa apa kan? " Tanya mamanya lagi .

"Maa , saya dengar semuanya mama.. papa, benarkah saya hanyalah anak pungut Dan sayalah Yang menyebabkan Adam mati? " akhirnya terlepas juga pertanyaan itu .

Puan Eleina mula menangis .
"Tak.. kami.... " kata katanya tidak dapat dihabiskan apabila tuan Thomas memotong.

"Yaa, semua tuu memang benar. Dan kau hanyalah anak pungut Yang menyebabkan anak bongsu kami meninggal dunia" dengan penuh kebencian, tuan Thomas mengungkapkan kata kata itu .

"Thomas! " puan Eleina memarahi tuan Thomas . Walaupun wanita itu tidak pernah mengambil berat tentang Caleeya, tapi dia sayang akan gadis itu dalam diam . Tetapi selama ini dia takut jika suaminya marah . Walaupun begitu, dia tidak pernah membenci Caleeya berbanding dengan Tuan Thomas .

Caleeya terduduk . Air matanya deras mengalir . Patutlah kedua - duanya tidak pernah menyayanginya Dan Tidak pernah mengambil berat tentangnya. Rupanya dia hanyalah seorang anak angkat Yang dipungut di tepi jalan . Betapa hancur hatinya takla itu.

" maafkan Saya kerna membebankan hidup ibu Dan ayah selama ini . Maafkan Saya juga kerna menyebabkan anak kamu pergi. " gadis itu berkata perlahan dengan hati Yang hancur. Sebak. Kecewa. Marah. Semuanya bercambur baur.

Tidak disangka kepulangan dari bercuti disambut dengan kesedihan . Gadis itu berkali Kali mengesat air matanya.

Tiba tiba badannya dipeluk oleh puan Eilena. Mamanya itu turut menangis.

" tak , itu bukan salah kauu nak. Itu hanyalah sebuah kemalangan. Kau hanyalah budak Yang tidak berdosa masa tu " puan Eilena memujuk gadis itu sambil mengusap usap rambutnya .

Caleeya gembira kerana mama merangkap mama tirinya masih sudi memujuknya berbanding dengan Tuan Thomas. Lelaki Itu hanya bisa memandangnya dengan penuh kebencian .

"Mama, itu tetap salah saya mama . Jika bukan kerna mama memungut saya masa tu, anak bongsu mama Dan papa tidak akan meninggal dunia. " betapa beratnya hatinya di saat mengungkapkan dia sebagai anak pungut.

Gadis itu sudah mendapat gambaran bahawa arwah Adam Yang dimaksudkan meninggal dunia disebabkan dilanggar kenderaan semasa mamanya menyelamatkan dirinya ataupun dipungut .

" baguslah jika kau sedar diri kau! " kata ayahnya a.k.a ayah tiri dengan kasar .

Gadis itu sedih . Selama ini dia menyayangi kedua dua ibu bapanya . Dia tabah walaupun tidak diberi kasih sayang. Namun, bila mendapat tahu kebenaranya, dia pasrah . Dia rupanya tinggal bersama dengan orang Yang sangat membencinya.

Dia tidak sanggup tinggal bersama dengan orang Yang membencinya . Cukuplah kedua dua pasangan suami isteri itu memeliharanya sehingga dia berpelajaran Dan besar sehingga kini. itu sudah cukup memadai.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Gadis itu tidak mahu tinggal di rumah Yang sangat membenci dirinya. Walaupun begitu, dia tidak akan membenci ibu Dan ayah tirinya. Dia tetap menyayangi mereka walaupun ianya tidak terbalas .

" mama, saya terpaksa pergi. Saya tidak layak tinggal di rumah ini. Saya sudah cukup bersyukur kerna ditumpangkan dalam rumah ini. Papa, maafkan segala kesalahan Sy selama ini.. saya minta maaf sangat sangat. "

Gadis itu berdiri dengan lemah bersama dengan juraian air mata yang bercucuran keluar . Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancur hatinya tika itu .

" nak jangan kata seperti itu. Rumah ini milik kau juga nak. Ku mohon jangan pergi" mamanya merayu kepada caleeya agar tidak pergi .

Caleeya memandang ke arah tuan Thomas. Lelaki itu hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa apa. Matanya masih tajam memandang gadis itu.

Ok, dia pasrah. Lelaki di hadapanya memang membencinya dan dia langsung tidak mahu memujuknya.

" maafkan saya mama. Saya harus pergi" gadis itu berkata dengan sedih . Dia menarik bagasinya.

" Caleeya,.. "
" dah jangan kacau dia lagi! Eleina masuk " marah tuan thomas kepada isterinya . Badan puan Eleina ditarik oleh lelaki itu. Wanita itu tidak mampu melawan lagi. Dia juga pasrah. Dia tidak mampu memujuk Caleeya agar tidak pergi.

Caleeya meninggalkan perkarangan rumah itu dengan hati yang hiba, hancur. sanggupnya papa membiarkan aku pergi. Yalah siapa juga saya di matanya. Gumamnya .

Dia teringat akan abangnya , mike john a.k.a abang tiri. Pasti dia tidak akan membiarkan dia pergi tapi apakan daya, abangnya masih belum balik dari bekerja.

Dia menghela nafas berat. Dia berfikir, di manakah dia akan tinggal selepas ini?




 MAWAR PUTIH UNTUKNYAWhere stories live. Discover now