Kisah Benar.

101 5 0
                                    

Kisah Benar: Bela Syaitan Tanpa Sedar

Ya, tanpa sedar ramai orang Islam membela syaitan. Tidak perlu ritual, jampi serapah, pulut kuning atau apa persediaan. Hanya dengan kesilapan kecil tanpa sedar anda sudah membela syaitan. Perkara ini dibuktikan dari hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam.

Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

"Jika makanan salah satu kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaklah dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan"

Dalam riwayat lain dinyatakan,

"sesungguhnya syaitan bersama kalian dalam segala keadaan, sehinggakan syaitan bersama kalian pada ketika makan. Oleh kerana itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaklah dibersihkan kemudian dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan. Jika sudah selesai makan maka hendaklah jari jemari dijilat kerana tidak diketahui di bahagian manakah makanan tersebut terdapat berkah." [HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218]

Syaikh Muhammad Ibnu Shaleh al-Utsaimin mengatakan,

"Jika ada makanan yang jatuh maka jangan dibiarkan akan tetapi diambil, jika pada makanan tersebut ada kotoran maka dibersihkan dan kotorannya tidak perlu dimakan kerana kita tidaklah dipaksa untuk memakan sesuatu yang tidak kita sukai. Oleh kerana itu kotoran yang melekat pada makanan tersebut kita bersihkan baik kotorannya berupa serpihan kayu, debu atau sebagainya.

Setelah kotoran tersebut dibersihkan hendaklah kita makan, kerana Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Dan janganlah makanan tersebut dibiarkan untuk syaitan" kerana syaitan selalu bersama manusia. jika ada orang hendak makan maka syaitan menyertainya, jika ada orang yang hendak minum maka syaitan juga menyertainya bahkan jika ada orang yang hendak menyetubuhi isterinya maka syaitan pun datang dan menyertainya. Jadi syaitan itu menyertai orang-orang yang lalai dari Allah.

Namun jika kita mengucapkan "bismillah" sebelum makan maka bacaan tersebut menghalang syaitan dari turut makan. Syaitan sama sekali tidak mampu makan bersama kita jika kita sudah menyebut nama Allah sebelum makan, akan tetapi jika kita tidak mengucapkan "bismillah" maka syaitan makan bersama kita. Bila kita sudah mengucapkan "bismillah" sebelum makan, maka syaitan masih menunggu-nunggu adanya makanan yang jatuh ke lantai. Jika makanan yang jatuh tersebut kita ambil maka makanan tersebut menjadi hak kita, namun jika kita biarkan maka syaitanlah yang memakannya.

Jadi, syaitan tidak menyertai kita ketika kita makan maka dia menyertai kita dalam makanan yang jatuh ke lantai. Oleh kerana itu hendaklah kita persempit ruang gerak syaitan berkenaan dengan makanan yang jatuh.

Oleh karena itu, jika ada suapan nasi, kurma atau sebagainya yang jatuh ke lantai maka hendaknya kita ambil. Jika pada makanan yang jatuh tersebut terdapat kotoran berupa debu atau yang lainnya, maka kotoran tersebut hendaknya kita singkirkan dan makanan tersebut kita makan dan tidak kita biarkan untuk syaitan." [Syarah Riyadhus Shalihin, Juz VII hal 245-246]

Mungkin ada yang berkata biarlah syaitan itu makan makanan yang jatuh. Nampak benor hinanya makan makanan yang jatuh. Di sini anda silap, kerana itu hanya pendapat anda. Di mata syariat, anda sedang memberi syaitan makan.

Jadi, jangan hairan jika anda kesampukan, mudah tergoda, malas beribadat dan semakin hari semakin lemah iman kerana anda sedang membela makhluk paling hina dan paling merbahaya, syaitan.

Makanan jatuh? Jangan malu, ambil, singkirkan yang kotor dan makan.

Semoga bermanfaat.

Kredit: muslim.or.id

#cp

Mohon SentapWhere stories live. Discover now