Bab 30

3.5K 138 1
                                    

I feel a little rush

I think I've got a little crush on you

I hope it's not too much

But babe when I'm with you, I hear it

My heart singing

La la la la la

Honestly I shouldn't waste time no more

cause all these little boys you're chasing

Did they break your heart?

I know you've been down,down,down

Down,down,down

I won't let you down,down,down

Down,down,down..

Arasha sangat gemar menyanyikan sebahagian baris lirik daripada lagu Crush nyanyian Yuna ft Usher.

Bait-bait lirik lagu itu, enak saja dipendengarannya.

Arasha sudah pun mula contact dengan Rayyan. Mula-mulanya dia takut jugak, pelbagai bunyi ayat yang dikarang bagi memulakan sesi perkenalan. Hahaha

Yang paling tak disangka, si Rayyan juga turut menunggu Arasha memulakan perkenalan. Perkenalan mereka bermula 2 minggu selepas kenduri arwah neneknya yang ke 40. Tak terasa sudah 40 hari nenek meninggalkan mereka. Namun, hidup mesti diteruskan.

******
Flashback..

Malam itu Arasha memberanikan diri untuk memulakan perbualan sebagai tanda perkenalan.

Arasha menaip sesuatu di ruang sms.

Arasha: Assalamualaikum.. ni Rayyan Rafiq kan? heheh.. saya Arasha. Maaf kalau ganggu awak, saya saja nak kenal.:)

Dengan lafaz Bismilah.. dan mata yang ditutup ,butang send ditekan dan sms dihantar. Seusai saja sms dihantar, Arasha 'mute' kan handphonenya lalu dia pura-pura sibuk. Namun, dalam hati ada debar yang terasa. Rajin sungguh jantungnya malam ini.

Beberapa minit kemudian, dengan penuh debaran Arasha memeriksa handphone kot-kot ada sms yang masuk. Namun, hampa! tiada balasan yang diterima.

Selang beberapa minit lepas tu, Arasha memeriksa semula handphonenya, dengan lafaz Bismillah dan mata yang separuh dipejam, Arasha membuka handphone dan.. dan.. dan..

'1 message received'

Melompat keriangan Arasha saat membaca pesanan tersebut di skrin handphonenya.

"Okay, be have Arasha! chill ok chill ! Mana tau tu bukan dia, kot celcom ke hantar sms tu, tak pun Tasya, Ainul" Arasha menenangkan diri sambil menarik nafas, hembus, tarik, hembus.

'Okay! aku bukak sekarang' kata Arasha dalam hati.

Klik! tanda sms telah dibuka.

Rayyan!

Sebaris nama itu meniti dibibirnya, dengan pantas tangannya membaca sms tersebut. Berdebar-debar rasa hati.

Rayyan: Waalaikumussalam. ye, saya Rayyan. Arasha? Ohh, awak. Hahaha.. baru sekarang sms saya, lama dah saya tunggu sms dari awak tau. Ingatkan belum dapat nombor lagi. Hehehe :)

Selesai baca sms itu dan.. dan.. dan.. saat itu juga Arasha sekali lagi melompat kegirangan sambil diselang selikan dengan tarian yang entah pape dia tu kerana terlalu teruja. Suara Arasha usah dikata lagi, kalah suara langsuir.

Tok! Tok! Tokk!!

"Kenapa Angah jerit-jerit tu? Ada pape ke Angah? Angah buka pintu ni! " bertalu-talu soalan dari Puan Rosmida, cemas saja suaranya.

Arasha yang baru sedar tingkah lakunya yang agak keterlaluan lantas menggaru kepala. Dia berlagak seperti biasa lalu menuju ke arah pintu untuk membukanya.

"Hehehe.. takda pape bu, tadi Angah stress sangat exam dah nak dekat, tu yang menjerit tu" tipu Arasha. Tipu sunat je , erk? ada ke tipu sunat.

"Kalau ye pun stress, janganlah nak menjerit malam buta ni, ganggu jiran sebelah menyebelah. Risau ibu dengar Angah tadi" riak risau di wajah ibu kian pudar. Lega barangkali.

"Minta maaf ye bu, lain kali Angah tak buat lagi" janji Arasha lalu memeluk ibunya.

"Hmm.. yela, dah tidur sana, lewat malam dah ni" arah Puan Rosmida lalu berlalu ke dapur lagi menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Tutup saja pintu bilik, Arasha terus melompat ke atas katilnya.. Dia menyembamkan mukanya dibantal dan menjerit kegirangan lagi. Setelah puas, handphone dicapai kembali.

'1 message received'

Satu lagi pesanan ringkas diterima, dari orang yang sama. Rayyan !

Rayyan: Arasha dah tidur ke ? Hmm.. okay la, gdnite! Assalamualaikum..

'Alah, lambat sangat aku tak reply sms dia tadi, dia dah sangka aku dah tidur.. Hmm, takpa lah, lain masa ada lagi' pujuk Arasha lalu menutup lampu dan tidur. Doa tidur dan surah-surah yang sepatutnya dibaca sebelum tidur.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now