Semua pelajar PraU junior mahupun senior berkumpul di dalam library kerana ada perjumpaan MPP dengan Cikgu Badrul.
"Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Okay, straight to point aje, pada 25 Mei nanti kita akan mengadakan Malam Kebudayaan. Semua mesti terlibat tiada terkecuali. Jadi, untuk pelajar Rendah awak semua ada pertandingan tarian etnik ikut kumpulan masing-masing, nanti saya akan bahagikan kumpulan. Dan untuk senior pulak, kamu ada pertandingan drama filem klasik antara kelas. Pandai-pandai awak lah nak buat macam mana,tapi mesti kreatif. Faham? Ada bantahan, confirm takda kan" jelas Cikgu Badrul dengan gayanya.
Semua mengangguk tanda faham.
******
Usai saja pembahagian kumpulan tarian, mereka semua bersurai sekali dengan pelajar senior."Arasha, teman aku jap. Jom aku dah tak tahan dah ni" Tasya pantas menarik tangan Arasha. Berlari mereka berdua menuju ke toilet.
******
Keluar saja dari toilet, Tasya lalu bertanya kepada Arasha yang mendahuluinya di depan."Kau kumpulan berapa tadi? tajuk tarian apa?" soal Tasya.
Arasha menoleh dan berjalan berundur ke belakang.
"Saya kumpulan 2, hmm.. tarian Bidayuh. Macam mana lah rupa tarian tu pun tak tahu. Nasib lah ada si Syuk tu dalam group sama, ada juga pengajarnya nanti. Aw..." Tanpa sempat Arasha menghabiskan ayatnya..
Tiba-tiba....
Bukkk !
"Aduhhh ! "
'Tiang mana pulak aku langgar ni' desisnya dalam hati lalu melihat siapakah yang lucky sangat dilanggarnya tadi.
Terkebil-kebil mata Arasha melihat muka senior itu. Tahan sakit kot.
"Kau ok Arasha? " soal Tasya lalu membantu Arasha bangun.
"Okay, siku sakit sikit aje" ujar Arasha.
"Tu lah kau, siapa suruh jalan undur belakang. Kan dah langgar orang" marah Tasya namun diperlahankan suaranya.
"Erhmm"
Suara seseorang berdehem. Arasha dan Tasya serentak pandang ke depan.
"Ma.. ma.. maafkan saya ab.. abang senior, saya tak sengaja" ujar Arasha seraya memohon maaf.
"Ehh.. takpa. Lagipun saya okay aje.. Awak pulak macam mana?" tenang sungguh senior itu menjawab.
'Baik sungguh senior ni, siapa nama ye? Dulu aku pernah nampak jugak, tapi tak kenal sangat. Nama pun tak tau' bebel Arasha dalam hati sambil memuji senior di depannya.
"Ermm.. saya okay aje. Sekali lagi maaf ye ab.." belum habis lagi ayat Arasha.
"Darwish. Panggil saya Darwish aje. Tak yah berabang-abang, tua setahun aje pun. Nanti dah kahwin boleh panggil abang. Hahaha" Darwish pantas memotong ayat Arasha tadi sambil diselitkan gurauan dihujung ayatnya. Ehh, gurauan ke betul ni? Hehehe.
"Ohh.. Maaf ye Darwish. Ni Tasya, sahabat saya. Okay, kami balik kelas dulu. Ikinagagalak ko pong makilala kayo. O sige, bye ! " ucap Arasha ramah. Dia selit sekali bahasa Filipina dihujung ayat. Entah faham ke tidak Darwish.. I don't care ! Hahaha..
"Okay, bye !" Darwish menggaru kepala tatkala mendengar ayat terakhir Arasha. Entah bahasa apa yang dia guna tu. Dia tidak tahu. Namun, di dalam hati Darwish terjentik satu perasaan aneh. 'Menarik !'
******
"Haaa.. tu la mamat senior handsome yang aku bagitau kau dulu. Dulu rambut dia pacak sikit, sekarang dah pakai songkok dah. Alhamdulillah" cerita Tasya."Ohh.. Darwish tu? Boleh la, tapi lagi handsome Rayyan saya. Kulit putih sikit, muka ala-ala James Reid, kening tebal, hidung mancung, badan besar tinggi macam Aidit Noh, ram..."
"Ehh, sudah la.. berjela-jela kau puji dia sampai badan dia pun kau scan? tak senonoh !" perli Tasya.
"Hahaha.. suka hati la, bwekkk! " Arasha menjelirkan lidahnya lalu berlari meninggalkan Tasya di belakang.
Tasya apatah lagi. Dia kejarlah Arasha. Menjerit Arasha lari masuk ke dalam kelas. Ada mata-mata yang memandang jelik ke arah mereka. Huh ! ada kami kisah ?!
YOU ARE READING
My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]
Random[ Highest ranking : #94 in Random 05/05/18 ] "Woi Nul ! tengok kat kantin tu, siapa ? waaa !!! dia lah , dia senpai next class kita tu , crush saya tu, Rayyan !" - Nur Arasha Imani "Alah , dia tu ?? Malas aku nak layan sangat, lagipun aku dah ada...