Bab 59

3.6K 131 0
                                    

5 tahun kemudian...

Kini Arasha sudah berumur 25 tahun, setelah 4 tahun menuntut di UUM, Kedah. Kini dia pun sudah bergelar seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sains, Banting, Selangor.

Di sana, Arasha duduk di rumah sewa bersama rakannya, Melati yang sama mengajar di sekolah tersebut.

******
"Baiklah, masa sudah tamat. Pastikan awak semua siapkan kerja yang saya bagi dan hantar pagi esok sebelum kelas mula, faham?" pesan Arasha kepada pelajarnya.

"Terima Kasih cikgu! " ucap para pelajar di kelas 4S2.

"Sama-sama" jawab Arasha lalu melangkah ke luar dari kelas.

******
Hari minggu yang ada, Arasha manfaatkan dengan sebaik mungkin. Dia dan Melati pergi ke sebuah shopping mall di Petaling Jaya, Selangor untuk mencuci minda dari kerja.

Setiba saja di Petaling Jaya kira-kira 35km dari Banting, Arasha dan Melati betul-betul berdiri di pintu gerbang One Utama Shopping Mall.

Masuk saja dalam shopping mall itu, mereka berdua meluru ke sebuah kedai yang menjual kasut sukan. Arasha bercadang ingin membeli kasut sukan baru memandangkan kasut sukannya suka pecah tapak.

"Melati, saya nak ke sana kejap. Nanti saya call awak kalau saya dah sudah" ujar Arasha.

"Okay, jangan sampai sesat. Payah saya nak cari, Hahaha" usik Melati.

"InshaaAllah, takkan sesat punya" balas Arasha. Lalu dia mengatur langkah untuk ke kedai muslimah di sebelah sana.

******
Keluar saja dari kedai muslimah tadi, tiba-tiba Arasha terlanggar seseorang.

Bukkk!

"Aduhh!" adu Arasha sambil menggosok dahinya. Nasib baik tak jatuh. Kalau jatuh, malu dia. Tulah jalan tak tengok depan.

"Ma.. ma..maafkan saya encik, saya yang salah jalan tak tengok depan" ucap Arasha tanpa memandang muka orang yang dilanggarnya tadi. Yang dia tahu, itu lelaki.

"Emm.. takda hal, lagipun awak tak sengaja kan Cik..?"

"Arasha" pantas Arasha menyebut namanya.

"Nur Arasha Imani?" soal lelaki.
tadi.

Arasha mendengar pelik lantas mengangkatkan kepalanya yang dari tadi menunduk.

Terbuntang matanya melihat sesusuk tubuh yang berdiri di depannya. Rayyan?! adakah ini mimpi?

Arasha mencubit lengannya dan..

"Auchh!" Dia menjerit kesakitan.

Rayyan melihat tingkah Arasha ketawa.

"Hahahaha.. awak tak mimpi, ni betul saya, Ar-Rayyan Rafiq Bin Haikal Noh" ujar Rayyan.

'Siap nama penuh lagi, memang sah ni Rayyan. Wahh! makin handsome dia ni, jauh berbeza berbanding dulu, Ehh, jangan nak mula Arasha' monolog Arasha dalam hati.

"Hello , Arasha.. awak ok tak ni" soal Rayyan sambil memetik kedua jarinya di hadapan Arasha.

"Huh?! err.. saya ok" senyum hambar dihadiahkan buat Rayyan.

"Awak sihat? kerja apa sekarang?" soal Rayyan lagi.

Belum sempat Arasha membalas pertanyaan Rayyan, Melati muncul.

"Arasha !" Melati menerpa ke arah mereka berdua.

"Dah ke ? jom balik, Ehh, ni siapa ni" soal Melati.

"Ohh.. haaa, ni Rayyan, senior saya time sekolah form 6 dulu" jelas Arasha.

"Melati, rakan sekerja Arasha" perkenal Melati sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Rayyan" perkenal Rayyan pula sambil tersenyum.

"Jom Arasha, kita balik.. lewat pulak sampai rumah nanti" ajak Melati lagi. Arasha mengangguk.

"Rayyan, kami balik dulu lah.. Mannaseo bangawoyo, josimhaeyo ! Assalamualaikum" ucap Arasha lalu melangkah pergi. 'Argh! mesti Rayyan tak faham ayat hujung aku tu' senyum Arasha dalam hati.

"Waalaikumussalam" blur Rayyan dengan ayat hujung kata-kata Arasha tadi. Lalu, senyuman terbit dibibirnya.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now