Part 5

1K 24 6
                                    

Bosannya duduk rumah. Hari minggu macam ni tak ada benda yang boleh dibuat ke? Bosan ya amat. Hurmm. Teringin juga nak jenguk ke pantai. Tapi kena jimat duit minyak. Haha. Bukan dekat tapi jauh juga. Aduduh! Apa benda aku nak buat ni? Aku pandang siling dengan renungan kosong.

Tok! Tok!

Aku menoleh ke arah pintu saat diketuk. Siapa lagi kalau bukan Rina. Dia stay dengan aku.

" Ye! Masuk la. Aku tak kunci pun pintu tu." Laungku lantas bangun duduk.

Dia masuk ke dalam bilik aku dengan senyuman. Aku tengok dia yang sentiasa senyum tu. Cemburu aku tengok. Sentiasa senyum macam tak ada masalah satu pun.

"Awak tak mandi lagi? Jom keluar pergi mall cuci mata. Lama dah kita tak keluar bersama. Tak bosan ke duduk kat rumah? Cepat la bersiap. Hari ni saya belanja awak. Awak cakap je nak apa. Saya tunggu dekat bawah tau. Dah bangun. Cepat sikit."

Aku terlopong saat dengar dia cakap dan terus keluar sebaik sahaja selesai. Pergh! Macam bertih jagung dah dia cakap tadi. Alahai Rina. Bukan main excited kau. Haha.

" Fasihah! Lamanya awak bersiap. Cepatlah sikit. Saya tunggu awak dekat kereta jela jangan lupa kunci pintu rumah tau."

Aku baru nak pakai tudung kot. Dia dah keluar ke kereta. Sabar je la. Excited sangat tu yang jadi macam tu. yang penting dia belanja hari ni. Kahkah! Mari kita habiskan duit dia. Hahaha.

“ Okay jom.”

Hampir 10 minit memandu. Akhirnya sampai ke shopping mall. Aku hanya ikut je ke mana Rina pergi. Lepas satu kedai, satu kedai lagi dia masuk. Tapi hampeh! Tak ada satu barang pun dia beli. Haih dia ni. Aku dah lenguh kaki kot.

" Rina jom ke kedai buku jap. Aku nak cari novel. Dah lama aku tak beli novel." Ujarku bila nampak kedai buku popular. Bersinar terus mata aku. Haha.

" Baiklah tapi jangan lama sangat. Awak bila jumpa je novel macam nak berumah dekat situ terus sampai lupa nak balik." Bebel Rina.

Aku senyum jela. Apa yang dia kata tu semuanya betul. Maklum la aku kan hantu novel. Aku dan Rina terus masuk dan pergi dekat bahagian novel. Makin bersinar mata aku bila banyak novel baru. Tangan aku baru nak capai satu novel tapi tak sempat bila tubuhku dirempuh dari tepi. Akibatnya, aku hampir tersungkur ke belakang.

" Aduh! Sakitnya bahu aku!” Aduhku lantas usap bahuku perlahan. Orang ke apa yang rempuh aku tadi. Tak reti tengok jalan ke apa?

" Eh! Sorry. Sorry tak sengaja. Awak tak apa-apa?" Dia merendahkan tubuhnya untuk melihat aku. Yelah aku kan pendek.

Tapi aku terdiam sejenak. Aku jadi makin takut nak angkat muka tengok empunya diri. Kenapa suara dia familiar sangat? Dengan rasa ragu-ragu aku dongakkan kepala untuk tengok dia. dan kami berdua terkedu seketika. Dia!

“ Awak?!” Serentak kami menjerit. Tapi tak kuat sangatlah. Terkejut punya fasal.

“ Awak okay?” Soalnya prihatin.

Aku terus menganggukkan kepalaku. Rasa segan menerpa ke dalam diri aku. nak tengok dia pun jadi takut. Aku baru nak lupa fasal kejadian minggu lepas. Tup-tup dia muncul pula depan mata aku. Habis? Macam mana nak lupa kalau gini caranya?

" Fasihah? Awak tak apa-apa?" Muncul Rina sambil tangan dia membelek badan aku. Macam budak kecil pulak aku dengan layanan Rina ni. Malu aku dibuatnya. Dah la di depan mamat misteri ni.

"Aku okay la. Sikit je ni." Tenang aku berkata-kata.

Then, terdengar orang berdehem. Terlupa aku sekejap yang mamat misteri ni masih ada depan kami.

Cerpen: Dia Sang Misteri (COMPLETE)Where stories live. Discover now