Huargh!! Akhirnya dapat datang ke pantai balik. Yela cuti raya kan? Macam biasa la. Datang sini untuk melepaskan stress. Dan semestinya pemakaian aku dah tak macam aku datang hari tu. Haha. Aku memandang sekeliling. Kelihatan ramai juga orang datang sambil menikmati keindahan pantai. Sambil-sambil aku melihat orang, aku ternampak seseorang yang aku rasa macam kenal. Aku tersentak bila pasti macam dia. Tapi?
"Dia? Lama juga aku tak nampak dia dengan family dekat sini. Tapi dia dengan siapa tu?" Gumam aku perlahan. Eh salah orang kut.
"Fasihah! Ya Allah, lama dah tak jumpa kau. Mana kau menghilang?"
Aku tersentak dan terus toleh ke arah lain saat dengar nama aku dijerit. Bila dapat kenal pasti siapa aku terus tersenyum lebar. Anis! Sahabat tercinta aku.
"Anis! Kau pun sama. Aku ada je cuma sibuk sikit. Rindu arh dengan kau. Do you miss me, honey??" Kataku sambil tersenyum nakal.
Hahaha. Jangan salah faham. Aku dengan bestfriend aku memang macam ni.
" Of course I miss you so much, dear. Jom pergi lepak dekat bawah pokok sana. Nak feeling dengan kau." Katanya seraya memaut lembut tangan aku.
" Kau apa cerita sekarang? Semakin comel dan berseri je aku tengok. Ada sesuatu kau sorok dari aku ke? Yela dah berbulan aku tak dengar khabar kau, sunyi sepi je selepas tamat belajar." Anis bertanya kepada aku.
" Mana ada comel dan berseri. Kau ni dah bermata empat rabun lagi ke? Aku tak sorok apa-apa pun dari kau. Aku macam ni la, kerja balik makan tidur. Ada masa free aku datang la melepaskan stress dekat sini." Mataku memandang orang lalu lalang disitu.
" Sedap mulut kau kata aku macam tu. Aku hempuk kang dengan buah kelapa baru kau tahu, kau lupa ke kau sedang berhadapan dengan siapa." Mencerlung matanya ke arah aku.
Aku tertawa kecil. Kelakar tengok reaksi geram dia tu.
"Wohoo! Rileks la. Aku tak kahwin lagi kut. Tolong bagi buah kelapa kau untuk pakcik yang menjaja air kelapa dekat sana. Ada juga faedahnya. Jom la pergi makan. Lapar pulak bila jumpa kau ni. Lagipun dah lama kita tak melepak bersama kan, kan?" Muka comel aku bagi dekat Anis. Anis apa lagi tunjuk muka cuak dia la. Haha.
Kami berjalan menuju ke sebuah gerai berhampiran pantai itu. Kami melilau mencari tempat duduk digerai. Yela musim cuti mana tak ramai orang kat sini. Alhamdulillah pemilik gerai ni dapat rezeki lebih hari ni.
"Kau nak makan apa?" Soal Anis.
" Macam biasalah, nasi goreng USA dan jus oren." Kataku kepada pelayan di gerai itu. Then, dia berlalu pergi selepas mengambil pesanan daripada kami.
Aku kembali tengok ke arah Anis. Dan aku mengerutkan dahi saat melihat dia. Dah kenapa tengok aku macam tu?
"Asal kau pandang aku macam tu? Tersenyum-senyum, macam orang tak betul dah aku tengok kau ni, lempang kang." Aku mengangkat tanganku untuk menampar bahu kawan aku.
"Eh! Sejak bila tangan ni pandai nak lempang orang, hah? Kau tak ada boyfriend ke? Tapi tipu la kau kata tak da." Ujarnya sambil mencebik tanda tak percaya.
"Eh betul la. Siapa la nak kan aku ni." Ujarku dengan nada sayu. Berlakon je lebih. Haha.
Belum sempat dia nak membuka mulut. Makanan dah sampai dulu. Selamat! Tak ada la dia tanya banyak. Haha. Mulut dia kecoh juga kot.
"Nasib makanan dah sampai, kalau tak memang aku akan jadi mak nenek kau nanti." Bebel Anis sambil merenung tajam ke arah aku.
Aku apa lagi senyum jela yang mampu. Melebih karang ada juga yang masuk dalam laut sebab kena humban dengan mak nenek ni. Yalah menjawab je kerjanya. Minta jauh la. Hehe. Maaf Anis sebab mengata kau dalam diam.