i

485 60 32
                                    

Seunghee

"Seungcheol ah, bila kita nak pergi tengok wayang? Saya dah bersiap setengah jam lalu ni.."

"Mianhae Seunghee, saya ada benda penting nak buat. Terpaksa cancel. Nanti ada masa kita outing okay? Jaljja.."

"Seung—"

Tutt.. tutt...

"Uhrm.."

Aku meletakkan telefon ke tepi katil, mengeluh. Pantulan diriku di cermin dipandang. Aku sudahpun bersiap, dan aku tak pernah bersiap sepantas ini. Semuanya kerana aku tidak sabar untuk keluar bersama Seungcheol hari ini.

Tapi dia cancel la pula..

Badanku direbahkan ke atas katil, memandang siling putih dengan pandangan bosan.

Mungkin aku perlu ambil angin.

Aku bangun dan segera menyalin bajuku kepada baju kasual. Rambut yang tadi didandan kemas diserabutkan, aku hanya menyikatnya supaya kembali lurus.

Telefon dan wallet diambil, aku segera menuruni anak tangga ke bawah.

"Seunghee? Nak pakai macam tu je ke keluar dengan namchin? Jeans pendek dan sweatshirt?" Tegur eomma. Aku hanya tersenyum nipis.

"Seungcheol cancel last minute. Katanya ada hal. Seunghee ni pun saja nak keluar ambil angin."

"Oh.. jalan elok elok. Jangan balik lewat, nae?" Pesan eomma. Aku mengangguk sebelum berjalan keluar. Sepasang kasut sandal aku sarung dan aku terus melangkah pergi.

Jujurnya aku tiada hala tuju. Hanya mengikut langkah kakiku. Sekejap aku masuk kedai aiskrim, sekejap kedai bakeri. Kini aku melangkah ringan masuk ke pusat sebuah membeli belah yang sepatutnya aku dan Seungcheol keluar bersama.

Sepatutnya..

Seperti tadi, aku merayau tanpa tujuan. Satu demi satu kedai aku masuki tetapi tiada satu benda pun aku beli. Akhirnya aku hanya membeli secawan bubble tea dan duduk di sebuah kerusi yang disediakan.

Aku berasa kecewa setelah Seungcheol membatalkan perancangan hari ini. Aku sangat teruja ketika dia mengajakku keluar dua bulan lepas.

Dua bulan lepas.. dan baru sekarang kami cadang nak keluar. Tetapi batal...

Aku tak tahu kenapa aku amat sensitif hari ini. Air mataku setitik jatuh ke atas paha kiriku. Aku membiarkan sahaja.. melayani perasaan sambil meminum bubble tea yang tekakku rasakan tawar sahaja dan langsung tidak membantu.

Aku kenal Seungcheol dari tahun lepas, ketika kami berbual di Kakao Talk secara random. Mulanya hanya stranger, kemudian kami mula berkawan rapat walaupun tak pernah melihat muka masing masing.

Nasib sangat menyebelahi kami, apabila Seungcheol berpindah ke sekolahku.

Klise, bukan? Aku tersenyum dalam tangis.

Tetapi kami tak pernah berjumpa kerana dia berada di kelas yang lain. Kami hanya berjumpa ketika dia ingin bertanya di mana kedudukan bilik guru. Itupun ambil masa seminggu untuk tahu yang kami ni dah kenal masing-masing.

Seungcheol tak ambil masa yang lama untuk meluahkan perasaan kepada aku, dan aku menerimanya dengan hati yang berbunga bunga. Aku juga menyukai dia dalam diam.

Setelah 12 bulan berkenalan, baru sekarang dia ajak keluar. Dan dia yang batalkannya. Hati aku remuk. Tetapi aku segera tersenyum pahit untuk menahan diri daripada terus menjadi lemah.

Nanti dia akan ajak lain kali la tu.

Aku menguatkan semangat. Bubble tea yang masih berbaki separuh itu aku buang. Tekakku tawar, buat apa minum?

Aku bangun daripada bangku itu, dan berkira kira untuk pulang ke rumah. Aku dah tiada benda nak buat. Rumah lagi tenang daripada aku duduk layan perasaan dekat sini.

Ketika aku melalui sebuah kedai pakaian, aku ternampak figura berambut hitam yang amat aku kenali. Walaupun dari belakang, aku sangat mengenalinya. Dia..

Seungcheol..

Dia kelihatan gembira sambil tersenyum girang, bersama di sisinya seorang gadis yang lebih kurang seperti aku. Bergelak ketawa sambil memilih baju. Aku yakin mereka ingin membeli baju couple memandangkan mereka sibuk membelek deretan baju for him and her.

Somehow, aku rasa seperti dipermainkan. Bukan rasa.. memang dipermainkan. Aku kenal gadis itu. Classmate aku sendiri, so?

"Seungcheol.." rintihku perlahan.

Kalau ikut kepala, ingin sahaja aku serang dia.

Kalau ikut hati, mahu sahaja aku herdik dia dekat situ.

Kalu ikut perasaan, nak sahaja aku tarik rambut kawan sekelas aku tu.

Tapi aku masih ada akal, aku secara waras cuba menenangkan diri. Aku tidak boleh bertindak melulu.

Sebagai langkah selamat, aku segera keluar daripada tempat itu. Aku berlari ke tepi deretan kedai-kedai. Hati aku kini sudah hancur, aku benci perasaan ini. Aku sangkakan aku tidak akan merasainya. Aku silap.

Aku mengambil nafas kerana berlari tidak tentu hala. Air mata jangan cakap, dah tiada halangan untuk keluar.

Aku mengangkat kepala, dan sebuah kedai bakeri dan pastri terletak betul-betul di hadapan aku. Bau aroma roti dan kek yang dibakar membuatkan aku terliur, dalam masa yang sama mendapat idea.

Senyuman kecilku terhias di bibir tidak semena-mena. Aku dah tahu, aku perlu pergi ke pasaraya. Aku dah tahu cara untuk memujuk Seungcheol.

kekTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang