ii

258 51 13
                                    

Kek yang tadi aku bakar, keluar daripada ketuhar seperti yang aku mahu. Naik, gebu dan tidak bantut. Sangat sempurna. Sementara memunggu ianya sejuk, aku menyediakan adunan krim untuk hiasan.

Mentega, gula, sedikit perisa vanilla dan sesudu besar bahan istimewa aku masukkan ke dalam mixer. Aku yakin Seungcheol aku menyukai kek dan krim buatan aku ini. Aku sangat pasti.

Setelah memotong keknya kepada bentuk yang aku suka, aku paipkan krim tadi menggunakan pipping bag. Aku buat dengan teliti dan sebolehnya tidak comot langsung, supaya Seungcheol hargai hadiah yang aku mahu berikan kepada dia.

Selesai, dua biji strawberi aku letak di atasnya sebagai penambah seri. Kek itu aku masukkan ke dalam kotak kek yang comel, siap bereben lagi. Aku yakin Seungcheol pasti suka.

Aku mengemas barang yang telah digunakan. Lebihan kek aku buang ke dalam tong sampah. Setelah memastikan kek itu selamat daripada pandangan eomma, aku menutup lampu dapur.

Sekarang dah lewat, esok pun aku bersekolah.

Eh..

Aku rasa macam terlupa sesuatu, tapi apa? Ah perasaan aku mungkin. Aku pun dengan tersenyum dengan girangnya menaiki tangga untuk ke bilik. Esok Seungcheol mesti tak akan berpaling ke pada sesiapa setelah makan kek aku.

kekTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang