iii

247 55 18
                                    


"Seungcheol ah.."

"Eo? Seunghee? Apa buat dekat kelas saya ni?" Seungcheol kelihatan tidak suka aku pergi ke kelasnya setelah waktu rehat bermula. Ini membuatkan hatiku lemah, tetapi aku tetap kuatkan semangat.

"Saya ada buat kek semalam. Harap awak nak makan."

"Seunghee, saya tak makan kek. Awak tahu kan?"

"Eh.. ani.. saya tak tahu pun." Aku menggeleng. Ya kau pernah beritahu aku, tapi kisah apa?

"Tolonglah rasa, sedikit pun jadi. Saya penat buat ni untuk awak."

"Seunghee.. saya-"

"Please?" Cara terakhir, aegyo tak berapa jadi aku. Aku tak tahu kalau dia terima atau tak, kalau tak, aku terpaksa juga cari jalan untuk beri dia makan kek ni.

"Haih.. awak ni.. okay saya makan sedikit." Seungcheol mengambil bekas daripada tanganku. Aku tersenyum gembira.

Tak perlu susah-susah aku nak sumbat dalam mulut dia.

Seungcheol mengambil garfu, dicucuknya kek yang telah dipotong kecil bersama krim. Krim itu yang paling penting.

Potongan kek itu masuk ke dalam mulutnya. Aku terasa ingin melompat gembira ketika itu, tetapi aku tahan.

Ekspresi muka Seungcheol menunjukkan yang kek itu sedap, dia mencucuknya lagi dan dimasukkan ke dalam mulut. Senyumanku juga semakin melebar.

"Sedap?"

"Sedap! Ianya-"

Garfu di tangan Seungcheol terlepas, mukanya menjadi merah dan dia asyik memegang leher seolah olah tercekik. Pipinya juga menjadi comot dengan kek dan krim yang keluar daripada mulut diikuti buih putih.

What an odd satisfying view..

Seungcheol terjatuh ke atas lantai. Dia menggelupur seolah-olah bertarung maut sebelum akhirnya terdiam. Matanya terbuntang ke arahku seperti marah. Namun aku hanya tersenyum mengejek.

Terdiam. Akhirnya dia mati.

Aku tertawa sinister. Mana boleh ketawa kuat kuat, nanti orang perasan. Aku pergi lebih dekat untuk melihat mukanya. Aku boleh rasa penyeksaan arsenic yang aku masukkan semalam dalam krim kek itu memberi reaction dalam badannya.

"Tch.. tak sangka sepantas ni sekali." Gumamku perlahan.

Tersengih, aku melapik tanganku dengan sapu tangan dan menutup matanya.

Rest in peace my darling.

"I'm not a piece of cake." Bisikku di telinganya.

Ketika aku ingin bangun, aku ternampak sesuatu di bawah meja Seungcheol. Oleh sebab ingin tahu, aku menariknya keluar. Rupanya ia sebuah beg kertas yang ditutup kemas. Terdapat nota di luarnya.

Aku membuka beg kertas tersebut dan dapat melihat sehelai baju sweatshirt di dalamnya. Baju tersebut berwarna biru pastel berbelang putih. Sangat cantik.

Tiba-tiba, adegan semalam bermain dalam kepalaku. Aku ingat baju ni. Baju yang Seungcheol dan Hyomin pilih di pusat membeli-belah semalam.

Jangan cakap..

Aku menggigil. Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati. Aku mengambil nota yang berada di luar beg itu dan membacanya.

My dearest Seunghee,

Maafkan saya sebab tak keluar dengan awak semalam. Saya tahu awak kecewa dan guess what? Saya nampak awak dekat mall sebenarnya semalam ;) Saya saja buat awak cemburu dengan cara asyik bergurau dengan Hyomin, saya memang nak buat surprise untuk awak.

Sekali lagi, maafkan saya. Saya tak pernah lupakan awak dalam fikiran saya. Kalau awak terasa diabaikan, mianhaeyo >< Saya akan jaga awak sebaik mungkin mulai hari ni, nae? Terimalah hadiah anniversary pengenalan kita daripada saya untuk awak. Pakai selalu tau? ♡

Happy 12 months baby Seunghee!

Seung Hee × Seung Cheol = Seung²HeeCheol!

Seungcheollie ~<3


Nota itu terjatuh daripada tanganku. Apa kau dah buat ni Seunghee? Apa kau dah buat!?

Kau bunuh Seungcheol?

Aku kembali memandang wajah Seungcheol yang mula membiru. Lututku lemah, aku rebah ke lantai. Aku memandang mayat Seungcheol dengan perasaan takut, aku mengesot menjauhi dia. Air mataku tumpah.

Aku bunuh Seungcheol?

Tak mungkin!

Bunyi loceng menyedarkanku, aku harus keluar. Aku tak mahu sesiapa nampak apa aku dah buat dekat Seungcheol.

kekTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang