Geng Cakar

1.4K 52 43
                                    

Di sebuah gudang yang ditinggalkan...

Kotak hitam memenuhi dalaman binaan itu. Seorang lelaki berbandana mengeluarkan sesuatu daripada sebuah kotak. "Yang ini datang terus dari Jepun, yang terbaik antara semua," dia menunjukkan satu alat berupa tali pinggang kepada wanita di hadapannya. Tertulis di atasnya 'N2'.

"Macam mana aku nak pastikan kau tak tipu aku?" Wanita tersebut memegang sebuah bag bimbit berisi wang kertas.

"Tiada masalah," Lelaki itu kemudian memanggil seorang lelaki lain. Lelaki yang dipanggil tersebut membawakan seekor kera dalam sangkar. Dipasangkan kepadanya alat itu selepas dikeluarkan dari sangkarnya. Gudang itu pun digegarkan oleh satu jeritan pemecah gegendang telinga. Seketika kemudian, ia menjadi sepi semula, kera itu beku tidak bergerak. Dengan menggunakan pengawal jarak jauh sahaja boleh ia menggerakkan badan.

"Puas?"

Wanita itu senyum sinis.

~•~

Cyberaya, bandar genius dan teknologi. Sejauh mata memandang, bangunan pencakar langit menghiasi ladang sains tersebut. Setiap tempat dipenuhi oleh robot pelbagai jenis, tidak mengira robot pembantu, pengasuh, atau peneman, semuanya untuk memenuhi kehendak tuan mereka. Ketinggian dalam kemahiran dan intelek telah mencepatkan proses perkembangan dari sudut kemajuan bandar itu sendiri. Semua ini menjadi mungkin atas kesungguhan tiga peneraju utama Cyberaya.

Doktor Tong, saintis bioteknologi dan penghuni Menara Alpha. Beliau, seperti gelarannya, bekerja dalam bidang menaiktaraf kesihatan manusia dan berusaha keras memastikan para pekerjanya di bawah kondisi yang baik.

Doktor Mala pula seorang yang berbakat dalam kejuruteraan tenaga dan sumbangannya telah banyak membantu pembangunan bandar. Beliau menjadi kepala utama di Menara Beta.

Akhir sekali, Doktor Ghazali. Kebolehan nombornya ditambah lagi dengan teknologi komputer moden membolehkannya meningkatkan kawalan kesalamatan yang longgar. Menara Gamma ialah tempat beliau mengemaskini kod keselamatannya.

Kebetulan pula, anak kepada salah seorang daripada mereka sedang berada di dalam kelas, mengulangkaji tentang tokoh-tokoh Cyberaya. Buku tersusun kemas di atas meja, dia dengan fokus melihat ke papan putih melalui kaca mata miliknya. Dari jarak jauh, orang tidak mengenalinya. Berdiri di sebelahnya pula, mereka mengenalinya sebagai Ali, anak lelaki tunggal Doktor Ghazali. Dia berada di baris terbelakang dalam kelas.

"Secara ringkasnya, kita tak akan berada di tahap ini tanpa mereka," seorang guru lelaki berkata setelah memadam skrin tersebut. "Baiklah! Setakat ini sahaja hari ini." Semua pelajar mengucapkan terima kasih dan guru itu pun keluar.

Ali sedang mengemas barang-barangnya apabila Viktor menegurnya. "Hei, Ali! Kau nak tak main Detektif Jebat kat rumah aku? Aku perlukan bantuan kalahkan bos level ni." dia senyum sahaja mengeluarkan setiap perkataan.

"Tak apalah," Ali menggeleng kepala, memandang rakan karibnya. "Aku ada hal sikit..." katanya sebelum mengemas semula buku dan kotak pensilnya. Viktor seperti risau mendengar jawapan Ali dan bertindak untuk berdiri dihadapan mejanya. Mata Ali direnungnya tajam.

"Kau sakit ke, Ali? Berapa kali aku ajak, kau bagi jawapan yang sama." Dia perlahan menghampirkan mulutnya ke telinga rakannya sambil melihat sekeliling seakan-akan ada orang yang mencuri dengar. "Alicia ada buat apa-apa ke, ha?" dibisiknya perlahan.

Ali hanya membuat bunyi, secara senyap mengatakan tuduhan Viktor tidak benar. "Ke situ pulak kau. Aku memang ada hal lah. Sorry eh." katanya, separuh menutup mata dan memusingkan sedikit kepalanya. Dia lalu berdiri dari kerusinya untuk beredar. Viktor tidak berkedip mata melihat budak lelaki itu pergi meninggalkan kelas menuju ke mana-mana tempat yang dia ingin pergi.

Ejen I.R.I.S.Where stories live. Discover now