Bab 3

18 1 0
                                    

Orang ramai membanjiri perkarangan mahkamah. Para wartawan turut juga berada di situ untuk merakamkan berita sensasi ini. Setelah hampir setahun Daniel Lee Hyun Ki meringkuk di dalam penjara, hari ini pihak mahkamah akan membuka kes pembunuhan keluarga Encik Salleh. Daniel Lee Hyun Ki yang merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Salleh dan Puan Dhia telah di tuduh membunuh keluarganya sendiri. Hyun Ki tetap bereaksi tenang apabila semua pertuduhan di baca ke atasnya. Jika di sabit kesalahan, Hyun Ki bakal di kenakan hukuman gantung sampai mati. Hyun Ki telah di beri peluang untuk membela diri. Setelah beberapa jam berlalu, pihak hakim telah memutuskan Daniel Lee Hyun Ki tidak bersalah kerana tiada bukti yang kukuh untuk di dapati dirinya bersalah.
Hyun Ki mengucap kata syukur. Air matanya mengalir laju. Di dalam hatinya, dia sudah bertekad untuk mencari pembunuh keluarganya hingga ke lubang cacing.

Bella berlari anak menuju ke bilik rehat. Sejak malam tadi lagi dia tidak mampu tidur kerana terlalu banyak kerja yang patut di selesaikan. Tatkala ini perutnya berbunyi minta di isi tetapi tidak di endahnya kerana dia lebih mementingkan tidur. Sejak dua menjak ini waktu tidurnya tidak teratur kerana terlalu banyak pesakit yang perlu di rawat.
"Adoi, sekejap ye mata. Sekejap lagi kita tidur," ujar Bella perlahan.Kakinya melangkah laju menuju ke department yang menempatkan bilik rehat. Bella melintasi beberapa buah meja. Syed, Akmal dan Natasya sedang sibuk berborak sambil menikmati secawan kopi. Natasya yang menyedari kehadiran Bella itu menyapanya.
" Bella, come join us.Minum dulu." Bella menoleh. Bibirnya mengukirkan senyuman.
" Aku mengantuk lah. Nak take a nap sekejap. Korang minum lah dulu."
" Okay." Natasya membalas ringkas.
Pintu bilik di buka. Bilik rehat yang menempatkan dua katil dua tingkat dan dua biji meja belajar merupakan tempat rehat untuk doktor yang bekerja di situ.
Bella membuka kot di badannya. Bantal di tepuk perlahan sebelum ia merebahkan diri. Tidak sampai beberapa saat Bella tenggelam di dalam mimpi.
Pintu bilik di kuak, Natasya muncul lalu merebahkan diri di katil bertentangan dengan Bella. Mereka berdua lena diulik mimpi.
Bella terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi telefon.
" Natasya, angkat phone kau tu. Bising lah berbunyi dari tadi," ujar Bella dalam keadaan mamai. Natasya tidak berganjak. Bella mengiring ke kanan.
" Natasya, angkat phone kau tu." Rakannya itu tidak bergerak. Bella mengeluh perlahan.
Natasya ni kalau kejut pakai mulut memang tak akan terjaga. Bella turun dari katil lantas mencapai telefon Natasya yang berada di atas meja. Tertera nama " Orang Gila" di skrin telefon Natasya. Orang Gila? Itu tidak lain tidak bukan  Proffesor Fardi. Bella bergerak ke katil Natasya. Badan rakannya itu di gerak perlahan. Natasya terjaga.
" Natasya, phone kau dari tadi berbunyi." Bella menghulurkan telefon pada Natasya.
" Itu bukan telefon aku, telefon Syed tu."
" Oh, bukan kau punya ke?.Ok." Bella mengatur langkah menuju ke pintu bilik rehat. Tombol di pulas. Rambutnya yang terikat satu sudah pun senget kerana berbaring sebentar tadi.
" Syed, phone kau berbunyi. Orang gila tu call." Bella menghulurkan telefon kepada Syed.
Syed mula gelabah. Matilah aku,desis hatinya.
" Berapa kali dah dia call?,"soalnya pada Bella.
" 10 kali. 10 kali kau tak angkat call dia. You are a dead meat," ejek Bella sejurus berlalu pergi.
" Mati lah aku." Telefon bimbitnya berbunyi lagi sekali. Bella sudah pun hilang dari pandangannya, mungkin kembali sambung tidur.
" Hello." Syed menjawab panggilan dari Doktor Fardi.
" Berani kau tak angkat call aku?! ." Syed mengalihkan kedudukan telefon bimbitnya jauh dari telinga. Suara jeritan Professor  Fardi mampu memecahkan gegendang telinganya.
" Maaf Prof, saya tak dengar..." Belum sempt Syed menghabiskan ayatnya, Proffesor Fardi menyampuk.
" Bella Ammera mana? Mana Bella?."
" Dia ada dengan saya ni prof. "
" Berani dia tak angkat call saya. Suruh dia jumpa saya sekarang!." Panggilan di tamatkan.
" Cari Bella, tapi call aku. Dasar orang gila." Kutuk Syed. Dia mengatur langkah menuju ke bilik rehat. Pintu bilik di kuak.
" Bella," panggil Syed.
" Hmm."Bella masih lagi memejamkan matanya.
"Bella, Prof nak jumpa kau," ujar Syed. Mata Bell terbuka luas, dia segera bangun dari pembaringannya. Akibat kelam kabutnya itu, kepalanya terhantuk di tangga katil tersebut.
" Ouch, sakitnya kepala aku. Aduh, aduh." Bella menggosok kepalanya yang terasa sedikit sengal. Syed tertawakan Bella yang sedang kesakitan.
" Cepatlah Bella,Orang Gila tu cari kau." Bella mula menggelabah. Dia turun dari katil lantas memakai kasut sebelum tergesa-gesa mencapai kot dan tanda namanya. Bella pantas berlari menuju ke meja kaunter. Najwa yang sedang mengadap fail itu di panggilnya.
" Najwa, nampak Prof Fardi tak?."
" Doktor Bella, ada air liur basi ," ujar Najwa sambil tunjuk di tepi bibir Bella.Bella pantas mengelapnya. Rambutnya serabai gara-gara tidur sebentar tadi
" Ada lagi tak?." Najwa menggeleng.Bella menyarung kot pada badannya.
" Kau ada nampak Prof Fardi tak?." Bella menyoalnya lagi.
" Tak ada , kau..." Bella berlari meninggalkan Najwa . Dia betul-betul dalam keadaan kecemasan ni. Bella turun ke tingkat 4, dia mencari Prof Fardi di cafe, pun tiada. Bella melintasi beberapa orang pesakit. Dia berhenti berlari dan berjalan dengan ayunya. Dia juga menegur beberapa orang pesakit sebelum memecut laju untuk mencari Prof Fardi.Di bilik pembedahan pun tiada. Bella naik ke bilik mesyuarat tetapi kelibat Prof Fardi tiada. Jadi, pilihan terakhir mungkin Prof Fardi berada di biliknya sendiri. Bella berlari ke arah lif untuk menuju ke bilik Prof Fardi tetapi lif yang di tunggunya mengambil masa yang lama.Bella berlari ke tangga kecemasan .
" Gosh, Apa perlu aku buat ni?," ujar Bella. Bella gelabah. Kakinya laju menuruni anak tangga. Bella berlari selaju yang mungkin untuk tiba di bilik Prof Fardi dengan secepatnya.Setibanya Bella di hadapan bilik Prof Fardi, dia membetulkan ikatan rambut dan memakai tanda namanya. Pintu bilik Prof Fardi di ketuk perlahan.

1 Love 2 WorldWhere stories live. Discover now