Bab 6

26 1 0
                                    

Hyun Ki memejamkan matanya,dia cuba untuk mengingati wajah gadis yang nenyelamatkan dia tempoh hari. Ariffin yang setia menjaganya sedang sibuk membaca surat khabar di ruang menunggu yang terletak berhadapan dengan katilnya.
" Ariffin, ada berita apa yang menarik hari ni?," soal Hyun Ki dengan matanya yang tertutup rapat.
"Berita mengenai Director HK telah pun sedar dari koma dan sedang di rawat," ujar Ariffin selamba.
" Famous jugak aku ni."
Ariffin tidak menjawab,bibirnya mencebik mengejek Hyun Ki.
" Kau jeleskan Ariffin?."
" Tak."
"Eleyh." Hyun Ki tersengih,dia sengaja mengusik sahabat baiknya itu. Pintu bilik di kuak dari luar dan muncul seorang jururawat dengan troli yang penuh dengan ubat.

Hujan lebat mula membasahi muka bumi.Bella yang baru sahaja keluar dari Starbuck terpaksa mencari tempat berteduh di perhentian bas berhadapan dengan Starbuck. Alahai,hujan pulak dah,bisik hatinya. Hujan menunjukkan akan reda sebentar lagi. Payung yang di bawanya sebentar tadi di buka. Baru hendak melangkah, hujan kembali turun dengan lebat. Mahu ataupun tidak,Bella terpaksa berteduh di situ.
Telefon bimbitnya yang berada di dalam poket kotnya di tarik keluar. Whatsapp di hantar.

Natasya,aku lambat sikit. Hujan lebat. Aku stuck.

Tidak sampai beberapa minit,rakan sekerjanya itu membalas.
Okay.Take your time.

"Okay lah macam tu,"ujarnya perlahan. Makanan yang di pegangnya tadi di letak ke lantai.Bella termenung jauh.Tubuh Hyun Ki yang di penuhi darah kembali terlayar di mindanya.
" Why baba nak bunuh Hyun Ki? Sepatutnya cerita ni, Hyun Ki yang mencari pembunuh keluarganya.Bukan tamatkan cerita dengan Hyun Ki di bunuh." Nombor telefon ayahnya di dail dengan laju.
Deringan di hujung telefon kedengaran sebelum suara ayahnya menyapa.
" Assalammualaikum Bella,ada apa call baba?."
" Waalaikumsalam.Saja. Baba sihat?."
" Alhamdulillah,macam ni jela baba ."
" Baba buat apa tu?."
" Drawing.Bella tak kerja ke hari ni?."
" Kerja. Bella rehat sekejap. Baba, Bella nak tanya something boleh?." Bella terus menyuarakan niat asalnya.
" Tanyalah."
" Baba, betul ke baba tengah merancang untuk bunuh Hyun Ki lagi?."
Dari hujung telefon, kedengaran Encik Amzar merengus.
" Sejak bila Bella pandai menyibuk dalam urusan baba ni?."
" No, tapi baba . Hyun Ki is alive. Bukan ke cerita tu sepatutnya Hyun Ki berusaha mencari pembunuh keluarganya? You should end that stor y with happy life not sad ending."
" Bella, please . Ini semua bukan urusan Bella."
"Bukan urusan Bella? Baba, ini semua urusan Bella. Bella terlibat dalam semua ni."
Encik Amzar mengeluh.
"Di sebabkan Bella terlibatlah, baba kena hentikan semua ni. I love you so much. You are the one and my only daughter i have," ujar Encik Amzar perlahan . Hati Bella tersentuh mendengar pengakuan dari ayahnya.
" I am fine. Please don't kill Hyun Ki. Let's end this story with a happy ending."
" Bella, I am sorry, baba...." Kedengaran bunyi bising di hujung talian sebelum terputus tanpa sengaja.
"Hello baba, I can't hear you. Hello baba."
" Argh, line ni pun." Bella merengus. Hujan yang sebentar tadi lebat sudah pun berhenti. Bella ingin mengambil makanan yang terletak di lantai bersebelahannya sebentar tadi.
"Eh, mana makanan aku order tadi? Aku letak dekat sini tadi. Takkan ada orang curi kowt." Bella mencari di kawasan berhampirannya.
" Nampaknya, aku kena beli balik lah ni." Bella berjalan menuju ke Starbuck kembali.
" Erh, bukan dekat sini Starbuck ke? Why tukar 7E pulak." Bella teringat sesuatu.
" Aku dalam webtoon ke sekarang? Oh no, baba nak bunuh Hyun Ki. Aku kena cepat. " Bella menahan sebuah teksi yang kebetulan melalui kawasan itu.
" Uncle, tolong hantar saya dekat Kuantan Specialist."
" Kuantan Specialist? Cik, Kuantan Specialist depan mata cik je."
"Tak, bukan. Itu Pahang Specialist."
" Cuba cik tengok betul-betul." Pemandu teksi yang berusia lingkungan 50 an itu menunjuk ke arah bangunan tinggi seberang jalan.Tertera nama Kuantan Specialist Hospital di bangunan tersebut.
" Itu bukan... Haa, ye aku dalam webtoon. Dia sama dalam reality life aku tapi cuma ada sedikit perubahan." Bella berlari ke seberang jalan dan menuju ke dalam bangunan tersebut.Dia menghampiri kaunter pertanyaan hospital yang terletak di berhadapan dengan pintu masuk. Seorang perempuan yang sedang menulis di hampirinya.
" Cik, boleh saya tahu di mana bilik Daniel Lee Hyun Ki?," soal Bella dalam keadaan termengah-mengah.
" Cik ni siapa? Apa hubungan cik dengan director?."
" Eeer, saya.."
" Maaf cik, pihak kami tak boleh beritahu maklumat pesakit pada orang luar." Bella mengeluh perlahan. Apa aku nak buat ni? Takkan aku nak give up. Jururawat tu nak bunuh Hyun Ki. Bella memandang sekeliling.
Hospital ni sama dengan tempat aku kerja.That's mean.. Bella pantas menuju ke lif, butang lif di tekan menuju ke bilik Hyun Ki. Tidak sampai beberapa minit,lif yang di naikinya tiba. Bella berlari dengan pantas mencari bilik Hyun Ki.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

1 Love 2 WorldWhere stories live. Discover now