Bab 4

21 1 0
                                    

" Tahniah Bella, buat pertama kalinya aku bangga dengan kau," ujar Proffesor Fardi. Bahu Bella di tepuk perlahan. Mereka baru sahaja selesai melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit kanak-kanak.
"Maksud Prof?." Bella memandang Proffesor Fardi dengan pandangan yang pelik.
" Nothing." Proffesor Fardi meninggalkan Bella yang terpinga-pinga.
" Tahniah? Tahniah sebab apa? Nak kata aku buat operation tadi mana ada. Aku duk sebelah, jadi tukang tengok je. Itu pun nak ucap tahniah ke?." Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Macam-macamlah orang gila tu. Buang tabiat agaknya,"omel Bella. Dia mengatur langkah menuju ke department nya. Perutnya berkeroncong.
" Doktor Bella, dah habis keje ke?." Satu suara menyapanya dari belakang. Bella menoleh.
" Larh, awak Najwa. Saya ingatkan siapa."Bella mengukirkan senyuman.
" Saya baru je habis kerja. Sekarang ni lapar sangat.Awak dah habis kerja ke? Kalau dah habis jum teman saya makan?," ajak Bella.
"Boleh jugak tu. Jum." Najwa menyaingi langkah Bella menuju ke cafe.
" Doktor Bella.."
" Najwa, why not you just call me Bella. Lagipun dah habis waktu kerja kan."
" Opss, sorry. Sebab dah terbiasa."
" It's okay. Lama-lama biasalah. Tadi awak nak cakap apa dengan saya?." Mereka berdua melangkah masuk ke dalam cafe.
" Sekejap, kita order makanan dulu lepastu kejap lagi baru saya cakap dekat doktor Bella.. Opps, saya maksudkan Bella." Bella menjengil matanya. Najwa menyeringai.
Beberapa minit kemudian, mereka berdua melangkah ke meja dengan menatang dua biji dulang yang berisi makanan.
" So Najwa, awak nak cakap apa dengan saya tadi?." Bella menyoal. Sudu yang berisi makanan di suapnya ke dalam mulut. Najwa yang sedang mengunyah memberi isyarat tangan menunjukkan sekejap.
" Bella, betul ke awak anak penulis dan pelukis terkenal webtoon, Amzar Ammer?." Bella mengganguk perlahan. Gadis bertudung di hadapannya itu tersenyum lebar. Matanya kelihatan bersinar.
" Omg,Bella. Saya minat sangat dengan cerita 2W tu. Saya punya minat sampai setiap hari saya berdoa saya dapat boyfriend macam lelaki tu." Bella tersenyum nipis.
" Bella, saya nak sign ayah awak boleh?."
" Boleh, boleh, nanti saya suruh pekerja ayah saya mintakkan sign untuk awak. Awak punya taksub sampai simpan angan-angan yang tinggi macam tu."
" Tapi Bella, saya tak suka heroin dalam cerita tu."
" Maksud Najwa?."
" Sorry to say, watak heroin dalam cerita tu membosankan. Saya harap akan ada watak heroin lain wujud dalam cerita tu dan akan berkhawin dengan si hero." Najwa sudah pun menongkat dagu sambil tersengih-sengih.
" Haish, taksub betul awak ni." Bella menyudahkan suapan terakhirnya.
" Mana saya tak taksub. Handsome sangat lelaki tu. "
Telefon bimbit Bella berbunyi nyaring. Tertera nama Abang Latif di skrin telefonnya.
" Haa, panjang umur. Sekejap ye Najwa, pekerja ayah saya call. Saya angkat call sekejap." Bella berlari anak meninggalkan Najwa. Dia mencari tempat yang sedikit sunyi untuk menjawab panggilan.
" Hello, abang Latif." Bella menjawab panggilan.
" Hello cik Bella. Erh, Assalammualaikum. Maaf mengganggu. Abang latif call ada kecemasan ni ." Suara Latif kedengaran cemas di hujung talian.
" Calm down abang Latif. Kenapa ni? Baba okay ke? ." Bella juga turut cemas apabila mendengar suara pekerja ayahnya yang juga cemas.
" Bella, matilah kita. Matilah. Macam mana ni Bella?."
" Erh, mati kenapa pulak ni abang? Cuba tarik nafas. Cakap slow-slow, Bella tak faham."
Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Bella, Encik Amzar hilang!."
"Hah?." Suara Bella sedikit meninggi akibat terkejut.
" Hello Bella. Hello. Bella, dengar tak abang cakap ni?."
" Ha, Be..Be.. Bella dengar abang. Sejak bila baba hilang?."
" Bella datang lah sini, nanti abang bagitahu. Susah cakap dalam telefon ni."
" Okay abang, sekejap lagi Bella sampai." Talian di putuskan. Bella berlari mendapatkan Najwa yang masih lagi menunggunya di cafe.
" Najwa, saya gerak dulu ye. Ada emergency," ujar Bella, sejurus berlalu pergi meninggalkan Najwa yang terpinga-pinga.

Tidak sampai setengah jam, Teksi yang membawa Bella tiba di rumah ayahnya yang terletak di Cenderawasih. Bella menghulurkan duit tambang kepada pemandu teksi sebelum menghampiri pagar rumah ayahnya. Pintu pagar di tolak. Bella berlari anak menuju ke pintu rumah. Kunci rumah yang berada di dalam beg tangannya di bawa keluar. Pintu rumah di buka.
"Assalammualaikum," ujar Bella perlahan. Sepi. Keadaan rumah ayahnya yang sepi membuat Bella sedikit kurang selesa. Bella mengatur langkah. Dia terhendap-hendap mencari ayahnya.
" Baba," panggilnya perlahan. Sepi.
Beberapa buah meja yang menjadi tempat pekerja ayahnya membuat kerja di lewatinya.
" Hah!,"sergah Latif sambil tangan kanannya memegang sebatang kayu.
" Ooo mak kau meletup,"latah Bella sambil tangannya mengurut dada.
"Eeh, Bella,"ujar Latif. Kayu di tangannya diturunkan dan dia sudah pun menyengih.
Nasib baik aku tak hempuk anak bos ni, mahu mati nanti aku kena hempuk balik dengan bos,desis hatinya.
" Abang Latif, apa ni? Terperanjat Bella. Kalau Bella mati macam mana?."Matanya menjeling tajam ke arah Latif. Lelaki yang sedikit lembut itu tersengih.
" Alala, sorry lah Bella. Abang ingat tadi ada pencuri. Yelah, Bella pun masuk terhendap-hendap. Dah kenapa?."
" Tak adalah, tadi masa Bella masuk rumah ni senyap je. Bella bagi salam pun tak ada siapa jawab. So, Bella terhendap-hendaplah macam tadi, nak tengok kowt-kowt pencuri masuk ke." Bella tersengih.
" Oh, by the way Baba dah balik ke?."
" Belum Bella, ini yang abang risau dari tadi."
" Kita report polis nak tak abang?."
" Haaa, okay. Boleh juga tu Bella. Erh tapi Bella, polis terima report orang hilang setelah 24 jam sahaja."
" Hmm. It's okay. Kita tunggu jelah baba dulu dekat sini tapi boleh tak abang tunjuk Bella dekat mana abang last tengok baba."
" Boleh, jum abang tunjukkan." Bella mengekori Latif dari belakang. Mereka menghampiri sebuah bilik yang agak besar.
Ini bilik kerja baba,desis hati Bella. Tombol pintu di pulas dan mereka berdua melangkah masuk.Suasana bilik yang kelihatan agak suram dan di penuhi dengan buku,kertas dan poster.
" Tadi, dalam 2 jam sebelum Encik Amzar hilang, abang jumpa dia dekat sini. Abang hantar kopi dekat dia," ujar Latif. Bella tidak menumpukan perhatiannya pada Latif.Kakinya bergerak menuju ke bahagian hujung bilik yang terletak gambar mereka sekeluarga. Bella mengusap gambar yang tergantung di dinding itu. Tidak silapnya, gambar itu di ambil ketika mereka sekeluarga pergi berkelah di Teluk Cempedak. Bibirnya mengukirkan senyuman. Bahagia, itu yang terdetik di hatinya.
" Abang, tadi masa abang datang sini baba tengah buat apa?."
" Encik Amzar tengah melukis watak Hyun Ki sedang berlumuran darah. Hyun Ki di tikam. Encik Amzar nak tamatkan cerita 2W dengan mematikan watak utamanya."
" Hah? Tapi kenapa?." Bella sedikit terkejut. Matilah aku,kalau habis cerita 2W ni, bermaksudnya Proffesor Gila tu akan selalu buli aku lah. Adoi.Bella mengeluh perlahan. Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan. Mulutnya terkumat-kamit.
" Kenapa Bella? Ada masalah ke?."
" Ta.., tak. Bella cuma tak suka. " Bella seperti memikirkan sesuatu sebelum menyambung.
" Abang, Bella rasa kehilangan baba ni di rancang."
" Hah?. Maksud Bella?." Latif sedikit melompat apabila mendengar kenyataan dari Bella.
" Mungkin peminat fanatik 2W yang culik baba. Yelah macam yang selalu berlaku dalam cerita-cerita dekat movie. Pelukis tu kena culik,sebab peminat fanatik cerita tu tak nak hero cerita tu mati," ujar Bella cemas. Dia sudah pun berjalan mundar-mandir  sambil kepalanya ligat memikirkan sesuatu.
" OMG Bella, mati lah kita nak. Ya Tuhan. Apa nak buat ni. Perlu ke kita report polis. Tapi kita tak ada bukti. Macam mana ni Bella." Latif sudah pun berjalan mundar-mandir .
Bella menjeling pekerja ayahnya itu. Dah serupa sotong aku tengok mamat ni, akalnya bersuara.
Bella menghampiri tablet di mana tempat ayahnya melukis semua cerita kartun. Di skrin tablet tersebut, terpampar sekujur tubuh lelaki yang berlumuran darah. Bella duduk di kerusi yang telah tersedia di meja ayahnya itu.
" Abang Latif, ini..."
" Haa, yang ni lah Encik Amzar lukis semalam." Bella menggangguk.
" Bella rasa baba hilang mungkin dia keluar cari ketenangan dan sebab kenapa dia perlu tamatkan cerita 2W ni." Bella bersuara yakin.
Latif menggelengkan kepalanya dengan laju.
" Tak Bella. Semalam, masa last abang jumpa Encik Amzar masa masuk hantar kopi, dia sangat yakin dan gembira saat dia melukis gambar Hyun Ki yang ni. Abang tak pernah tengok dia sehappy macam tu."
" Dah tu, sebab apa baba hilang? Kalau tengok keadaan bilik tak nampak baba macam kena culik pun." Bella menompangkan dagunya di atas meja. Lukisan digital yang memaparkan Hyun Ki terbaring dengan darah memenuhi badannya di tenung lama.
" Bella, nak minum air tak? Ke nak makan? Abang boleh prepare kan."
" Boleh juga abang Latif. Bella pun lapar jugak. Jum Bella tolong abang." Bella bingkas bangun dari kerusi yang di dudukinya.
" Erh, no, no,no. Bella duduk je sini. Hari ni, biar abang serve Bella. Bella kan tetamu. Bila lagi nak merasa air tangan abang Latif yang mengalahkan chef hotel 5 star tu. Rugi tau."
" Haaa, yelah tu abang oi. Kalau tak sedap, Bella suruh abang makan sampai habis."
"Sedap punya. Bella makan pasti nak lagi. Abang masak dulu ye. Abang rasa Nani pun dah balik beli barang yang abang pesan tadi."
" Nani? Siapa tu? Girlfriend abang erh?."
" Choi kau, dia tu pekerja baba Bella juga. Penolong abang. Sudah lah, ceq nak pi masak. Sat g dah siap, cheq panggil naa." Latif sudah pun keluar dari bilik kerja Encik Amzar, meninggalkan Bella berseorangan.
Bella mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon babanya di dail. Hanya suara operator talian yang kedengaran. Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi, terima kasih.
Bella mengeluh perlahan. Telefon bimbitnya di letak atas meja. Bella membelakangi tablet ayahnya untuk  mencapai sebuah buku yang terletak bersebelahan dengan meja. Buku tersebut di capai dan di selaknya. Tanpa Bella sedari, skrin tablet di belakangnya mula kelihatan seperti rosak. Bella masih lagi fokus dengan buku yang baru di pegangnya. Tiba-tiba, buku yang berada di tangan Bella terlepas. Bella membeku di kerusi. Dia dapat merasakan ada tangan memegang bahunya. Bella menggigil ketakutan.
" Abang. Abang Latif ke tu?." Bella memanggil Latif dengan sedikit berbisik. Jantungnya berdegup kencang menunggu masa untuk melompat keluar. Bella memberanikan diri untuk memandang tangan yang memegang kejap bahunya. Peluh memerecik di dahi Bella.
Benda apa ni dekat bahu aku, tolong lah aku, desis hatinya.
Bella menoleh sekilas di bahunya. Tangan yang di penuhi darah itu berada di bahu Bella.
" Omo,omo." Tiba-tiba Bella merasakan tangan yang berlumuran darah itu menariknya dengan kuat.

1 Love 2 WorldWhere stories live. Discover now