1

159 8 0
                                    

"Jo, I'm gonna miss you!" Samuel menarik badan Hana dan memeluknya lama. Hana menepuk belakang Samuel perlahan.

"Let me go. Sam, you jangan nak mengada lah. You tu bila-bila je boleh datang visit I dekat Malaysia. It's not like you tak dapat jumpa I dah."

"Jo, please don't go. I will give you anything you want. You don't ever need to spend even 1euro. You can own the world you dream of even you are with me. " Pujuk Samuel lagi. Hana tergelak kecil.

"Mr Fleur, you mistakenly judged me. I want money. Easy money. Yes easy money but when I work for it only and I will work very damn hard to get what I want. You may be my ladder one day but not now. Your Christian Grey style is an epic fail. I'm not Ana. I'm Johanna, remember?"

Samuel Fleur mengeluh perlahan. Sudah beratus-ratus pujukan Hana terima dari Samuel semenjak dia mengutarakan kemahuan dirinya hendak pulang ke Malaysia. Dia masih ingat lagi panggilan telefon yang dia dapat dari Aunty Sofea.

"Hana, bila nak balik? Dah grad kan? Aunty dah lama tak jumpa Hana. Raena sakit, Hana. Dia masuk wad minggu lepas sebab toreh tangan dia pula. Aunty harap sangat Hana dapat balik sini. Jenguk Raena."

Kerana satu panggilan ini, dia berani balik ke Malaysia. Elok sangat lah tu, dia baru je beberapa bulan habis graduation. Right time, right place.

Wajah model persis Mario Maurer milik Samuel dipandang. Lelaki yang asalnya dari Malaysia tapi kacukan Thailand dan German berjaya menjadi model terkemuka. Samuel pun memang berasal dari keluarga yang loaded. Setakat nak tanggung Hana ni, tak luak langsung harta keluarganya tapi Hana bukanlah jenis hadap je apa yang diberi. Hidupnya bukan hanya untuk seronok. Dia tahu duduk dengan Samuel, pelbagai keseronokan akan dikecapi. Samuel akan menurut sahaja apa yang dipinta. Senang cakap Samuel ni personal gold dia. Dia memang suka mengambil kesempatan ke atas Samuel. Kaya tu babe. Takkan nak pandang sepi kut.

Hubungan dia antara mereka hanyalah friends for benefit. Lagi-lagi Samuel memang tunggu punya lama si Hana ni dan banyak kali juga dia di reject Hana. Pada masa dulu Samuel pernah tanya pada Hana kenapa tak terima saja dirinya. Samuel mesti fikir dia dah perfect sangat dah tu. Hana selamba badak friendzone dia buat kali ke berapa.

"I'm not playing 'Hard-to-get'. I'm just not interested in you."

Bam! Ucapan Hana yang diakhiri dengan senyuman itu seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Samuel terus angau dengan senyuman Hana. Gila.

So many memories,
I'll never forget.

Hana tersenyum pahit memandang Samuel. Dia memandang keliling Munich Airport(MUC). Banyak kenangan yang dikumpul di bumi sejarah Hitler ini. Auf Wiedersehen Deutsch.

• • • • •

SEAT 7A. Hana memakai seat beltnya awal awal dan menutup tingkap kecil di sisi. Malas nak layan pemandangan di luar yang sah tak ada apa pun. Pejam mata, tidur sekejap lagi bagus. I hate light. Light is the symbol of truth. Dan Hana benci hakikat kehidupannya sekarang.

Kedengaran jiran seatnya telah duduk di tepi Hana. Hana buat tak endah dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia lena dibuai mimpi.

• • • • •

SEAT 6A. Que duduk di seat bersebelahan dengan 'pontianak'. Que menjeling sekilas wanita di tepinya. Dengan rambut serabai atas muka, sedap je tidur tak ingat dunia. Flight pun tak berlepas lagi. Dia merungut dalam diam, sebenarnya dia mahukan first class tapi disebabkan penuh, tinggal business lounge je.

Que bukanlah tak bersyukur tapi dia mahukan privasi, bukan pontianak. Que mengeluh perlahan. 12jam 24minit kut dia kena hadap penerbangan ini.

Beberapa pramugari yang lalu ditepi seatnya asyik memandang dia. Dia perasan juga dari mula dia melangkah masuk, pramugari minah salleh tu mengusyar dia. Que buat taktahu sahaja. Sahamnya sentiasa mencanak naik walau dimana pun dia berada. Thanks to my parents' genetic. Kalau muka handsome ni takleh nak buat apa dah. Kapal terbang sudah berlepas.

Que memegang telefon bimbit jenama iPhone 7nya dan memeriksa mesej yang masuk. Sedang dia khusyuk membaca segala mesej yang diterima, dia terasa bahunya berat. Ah sudah, pontianak ni sedap je landing atas bahu dia. Que mengeras jadi patung selama sepuluh minit dan terasa sengal bahunya dijadikan bantal tidur gadis itu. Nasiblah dia ada lagi sifat gentleman dalam dirinya. Kalau diikutkan hati, dahi perempuan itu pasti ditunjal-tunjal.

Que mengalih badannya dan mengangkat kepala Hana itu kembali ke seat. Rambut Hana yang panjang itu dikuak perlahan. Malaysian? Memang lah Que, dah flight ni pun memang pergi Malaysia je, gumam Que perlahan. Que menganalisa lama wajah Hana, penat teruk minah ni

Kepala Hana terlentok-lentok hampir nak terhantuk dengan tingkap disebelah. Que cepat-cepat menarik kepala Hana ke bahunya. Kesian pula.

Baru sahaja Que nak melelapkan mata, gadis di sebelah bangun dan duduk menegak. Que terkejut apabila gadis itu bangun dengan drastik dah macam kena sampuk. Dia nampak Hana bangun tapi mata masih terbuka dan tertutup. Mamai budak ni.

"What's your name?" Que bertanya.

"Pardon?" Hana baru tersedar kewujudan orang di tepinya. Dia membuka matanya dengan luas. Dia masih mamai dan otaknya lambat nak mencerna pertanyaan tadi. Jantan mana pulak duduk tepi aku ni.

"Wie Heizen sie?" Que mengulangi soalannya dalam Deutsch. Hana terpinga-pinga memahamkan soalan jejaka maskulin di hadapannya ini. Wajah yang cerah dan pandangan mata yang bersahaja dari Que membuat Hana terkedu. Pekatnya slang dia.

"Sorry, again."

"Sape name ko?!" Que dah mula geram. Lempang pipi tu baru sedar agaknya.

"J."

"Jamilah, I guess."

"Jamilah your ass."

"Wow, panjangnya nama."

"J for Johanna, you idiot."

"Okay, nice to meet you, Jamilah."

Nice, i got an idiot after being her pillow. -que

Johanna | malayWhere stories live. Discover now