Pagi ini sungguh indah sekali. Burung berkicauan membuatkan hati Liana sungguh tenang. Berbulan - bulan dia menghabiskan waktu dengan berkerja dan hari ini dia dapat berehat secukupnya. Seronoknya tak tergambar dengan kata - kata.
"Nak masak apa hari ini?" Liana menyelak majalah Wanita yang baru dibelinya semalam. Disitu terdapat pelbagai resipi dan kebanyakannya kelihatan sedap untuk dimakan. Ah gambar, memang itu pun sebabnya mereka menangkap gambar makanan. Untuk menarik perhatian orang sepertinya yang tidak rajin memasak.
Televisyen dibuka dan terpampar sebuah drama yang bertajuk Teman Lelaki Upahan. Aish, orang kata cerita ini memang seronok ditonton. Alamatnya agenda memasaknya akan tergendala lagi.
.................................................................................................................
"Cukuplah, aku dah muak dengan perempuan. Dia orang ni bukan nak apa pun, harta aku jek. Lebih baik aku fokus pada kerja daripada perempuan pisau cukur." Daniel bersuara garang. Dia pening dengan sikap wanita disekelilingnya, tidak habis - habis memujuk dan merayu supaya jangan meninggalkan mereka. Mereka ingat selama ini dia serius ke dalam perhubungan? Silap!
"Come on Daniel. Takkan kau dah mengalah. Kau masih muda, kaya pula tu. Ramai wanita pasti gila - gilakan kau punya." Jehan ketawa melihat wajah kusut sahabatnya itu.
"Memang dia orang gila pun. Sampai dengan aku - aku sekali gila." Daniel menyentuh dahinya yang licin.
Kasut kulit yang dibeli dari Itali dipakainya. Sebentar lagi dia akan ke Syarikat Maju Makmur atas urusan tender yang berjuta - juta ringgit. Dia harus rebut tender tersebut memandangkan sebelum ini tender yang berjuta nilanya berjaya dimiliki. Itulah kelebihannya. Apabila berkerja, dia pasti akan melakukannya bersungguh - sungguh. Apa yang dikehendaki akan dimiliki walau dengan apa cara sekali pun. Tak akan mungkin dia dikalahkan ataupun mengalah.
"Dia orang gila sebab kau bagi ayat manis sangat. Aku tengok dia orang tu dah macam tak ada jantan lain dah kat muka bumi ni." Daniel menyambut kata - kata sahabatnya dengan ketawa yang kuat. Memang betul pun, mereka lebih suka hidup senang secara cepat dari berusaha sendiri.
"Itu bukan salah aku ok? Memang itu kelebihan aku. Kau jangan nak jeles pulak?" Daniel mengenyitkan mata.
Jehan mencebirkan bibir. "Tak kuasa aku nak jeles dengan kau. Macam mana first night kau dengan Melissa? Power tak dia?"
Daniel menggelengkan kepalanya. Terkebil - kebil Jehan memandang lelaki itu. Aish, takkanlah tak power, tubuh genit tapi berbadan sedap. Pelik.
"Apa yang tak power?"
"Aku hairanlah Ji, kenapa aku tak pernah dapat anak dara? Semua yang aku dapat kebanyakan mereka yang dah ditebuk. Dah tak ada wanita yang masih suci lagi ke kat Malaysia ni?" Kali ini Daniel mengeluh kuat.
"Kau kena tahu, Malaysia ke Amerika ke semua perempuan dah sama. Tak ada yang elok dah sekarang ni. Kalau kau dapat, better kau pegang biar erat. Jangan lari jauh sebab gadis macam ni susah nak cari." Daniel menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata - kata Jehan. Susah betul nak cari gadis suci. Andai dia dapat apa yang diidamkannya, dia tak akan lepaskan walaupun apa yang terjadi. Itu janjinya.
............................................................................................
"Yana, aku ingat esok aku nak ikut dia orang pergi eventlah. Ok tak?" Liana memandang wajah sahabat baiknya, Juna.
"Ok juga tu. Mana tahu En Roslan tu boleh bagi kau duit lebih. Boleh tambah duit belanja dapur. Kau pun tahukan bulan ni kita agak sesak sikit?" Juna tersengih. Faham sangat dengan sikap Liana. Boros tak bertempat.
"Sebab tu aku suruh kau berjimat. Ini tak, asal orang cuit je kau iyekan. Cuba sekali sekala kau kata tak nak. Kan bagus." Liana menjeling.
Itulah yang hairannya. Perkataan taknak, tak boleh dan seangkatan dengannya seperti tiada dalam kamus hidupnya. Susah nak mengeluarkan ayat - ayat tersebut. "Kau kan tahu kelemahan aku yang satu ni?"
"Masak sangat dengan perangai kau. Bukan sehari dua aku kenal kau. Masa Chua ajak kau pergi makan kat restoran korea tu aku dah cuba bagi hint kat kau tapi tulah, kau buat tak tahu je."
"Lain kali kau masuklah time orang ajak aku keluar. Aku ni jenis yang tak sampai hati." Juna ketawa perlahan. Bukan tak sampai hati malah lurus bin bendul lagi.
Liana, sahabat yang dikenalnya semenjak dibangku sekolah lagi. Segala jenis perangai semua dah diketahuinya. Kadang kala dia risau dengan perangai lurus Liana. Bagaimana kalau dia terjumpa dengan orang yang salah?
Alhamdulilah, kebanyakan teman - teman sewaktu belajar di universiti semuanya baik - baik belaka. Jadi dia rasa lebih selamat apabila mengenali teman - teman Liana. Ah, tugasnya memang berat sebagai seorang sahabat. Menjaga, menasihati, malah melindungi Liana memang menjadi tugas hakikinya. Siapalah agaknya dapat menjaga Liana andai dia tak ada nanti? Eh, macam mak - mak pula.
"Juna!" Juna tersentak apabila suara Liana menggegar gegendang telinganya.
"Apa?"
"Kau dengar tak apa yang aku cakap?" Juna menggaru - garukan kepalanya.
"Apa yang kau cakap?"
"Sah! Kau memang tak dengar apa yang aku cakap tadi. Berbuih mulut aku membebel. Kalau tulis karangan mungkin dah lepas syarat karangan dalam SPM tau." Mak aih, panjang pula mulut Liana, boleh diikat dengan getah.
"Ok, kali ni aku dengar. Apa yang kau cakap tadi? Jangan nak merajuk sangat." Juna mengalih pandangannya tepat memandang wajah Liana. Kali ini perhatiannya tertumpu kepada Liana.
"Kau rasa aku ni ada pasangan tak?" Juna tercengang.
"Soalan apa ni?"
"Tak adalah, sampai bilakan kau nak jaga aku? Kau pun ada life kau juga. Tak kanlah aku nak susahkan kau sepanjang waktu." Jelas sangat terpancar wajah sedih Liana.
Juna memegang tangan Liana dan mengelusnya. "Kau tak perlukan pasangan untuk terus hidup. Kalau jadi apa - apa pun kat aku, kau kena teruskan hidup. Sampai bila kau nak harapkan orang untuk jaga kau? Kat luar ni tak akan mungkin mak ayah kita akan sentiasa perhatikan kita, nak tegur semua kesalahan kita. Jadi kau jangan takut nak buat keputusan sebab bila kau berani buat keputusan, kau belajar sesuatu yang kau sendiri tak akan pernah terfikir. Jatuh dan bangun itu perkara biasa."
Kata - kata Juna menyentuh perasaan Liana. Betul, dia memang takut nak buat keputusan. Takut kerana salah perhitungan besar akibatnya dan dia tak berani nak lalui akibatnya. Selama ini dia ada keluarga untuk tunjukkan dia jalan, dia ada Juna untuk nasihatkannya jadi untuk membuat keputusan sendiri bukan caranya.
"Kalau aku jatuh dan aku susah nak bangun kau ada tak untuk aku?" Pertanyaan Liana membuatkan dirinya sebak.
"Aku ada saat kau jatuh dan bangun. Aku akan jadi tulang kau, akal kau dan segala - galanya untuk kau sehingga ada orang boleh gantikan tempat aku. Masa tu aku akan hand over kat dialah." Ujar Juna dengan memberi semangat.
"Ok, lepas ni aku akan buat keputusan sendiri sebab aku yakin kau akan ada dengan aku." Juna memeluk tubuh sahabatnya itu. Memang itu janjinya, Liana ada waktu dia memerlukannya dan dia pasti ada saat Liana memerlukannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
CERPEN = Cinta! Kali ini bukan dia.
Historia CortaKerana masa lalu, hidupnya penuh dengan hati - hati tetapi siapa mampu melawan takdir? Siapa kata hidup derita selamanya? Tak mungkin selamanya watak jahat akan berkekalan sehingga akhirnya.