MUSLIMAT ITU YANG AKU KASIH

45 4 0
                                    

12/11/2015

6.22 pm

2014;

Itu hari yang tak pernah aku sangkakan;

Saat mana aku mengenali kalian;

Muslimat itu;

Jujur.

Coretan dan bingkisan ini;

Sekadar luahan buat kalian;

Yang aku zahirkan ini suatu keikhlasan;

Dengan nota-nota cinta ini;

Buat kalian kenang insan yang hina lagikan dina ini.

Telah menjadi suatu saksi dan itulah permulaannya;

- Bengkel dan perjumpaan di kantin itu.

Kisah hidup kita seakrab ikatan keluarga;

Seerat genggaman Ibrahim pada Ismail;

Sesetia Hud Hud buat Sulaiman;

- Kerna kalian muslimat itu.

Tempat makan dan minum pula menjadi kisah lain;

Kisah tentang manusia sebagai hamba;

Tempat bilamana ada masalah, dikongsi bersama;

Kongsi dalam doa rabitah dan menjadi tempat sujud buat Ilahi;

Taqarub dengan yang Esa.

Tempat kalian dimarahi;

Ruang yang menjadi saksi bilamana kita semua hampir berkelahi;

Mujur tidak bermusuhi;

Kerna nilai memaafi;

Tersemat di hati;

Semua insani;

- Bilik mesyuarat kecil.

Teringat satu kata-kata orang tua;

" tak reti duduk diam macam cacing kepanasan "

Bukan apa;

Semuanya sebab;

Peristiwa itu;

Peristiwa yang menjadi-jadi;

Misteri;

Diuji teruk dengan mereka;

- Bilik rakaman.

Dalam mengukir kenangan itu;

Pasti –

Pastinya ada hitam ada putih;

Ada manis ada pahit;

Ada tangis ada gelak.

Dan segalanya itu;

Telahpun kita rasai bersama.

Kini 2015;

Hati tak pernah berbolak-balik;

Rindu ini tidak pernah berkurang;

Kasih ini pasti buat kalian;

Kerna kalian;

Muslimat itu;

Muslimat itu yang aku kasih.

" tempat jauh lagi dikenang inikan pula tempat bermain "

~ HanifWal

BILAMANA ILHAM DIJADIKAN KALAMWhere stories live. Discover now