*Arman Iskandar P.O.V*
"Good morning Mummy." Ucapan selamat pagi diberi kepada mummy yang sedang duduk di atas kerusi. Pagi aku pada hari ini terasa lebih indah kerana tak lama lagi aku bakal berkahwin! Yuhuuu! Senang betul hati. Dengan wanita pilihan aku sendiri pula itu!
"Morning. Tak pergi kerja ke hari ini Aman?" Kata mummy sambil tangannya menyapu jem di roti.
"Em malas pula rasanya pagi ini nak masuk office. Alah, Zamri ada. Dia boleh ambil alih tempat Aman hari ini kejap. Tengoklah esok kalau rajin nak masuk office, Aman pergi lah. Kalau malas, nak duduk rumah aje".
"Eh Aman ini. Mana boleh macam itu. Aman listen here. Aman tu tak lama lagi nak jadi suami orang. Lepas jadi suami, jadi bapa orang pula. Aman kenalah buang sifat malas itu. Keluar pagi cari rezeki sendiri. Takkan selamanya Aman nak guna harta keluarga aje? Memang lah harta keluarga kita ini banyak. Tapi cuma Aman berusaha sendiri. Ya?". Aduh mummy ini. Pagi-pagi lagi dia dah bagi ceramah free. Baru nak ada mood happy hari ini. Alahai nasib.
"Ok fine. Start pada hari esok, Aman janjilah dengan mummy ek. Aman akan kerja rajin-rajin, cari duit untuk my future family nanti. And i promise too, Aman tak akan habiskan harta keluarga kita." Kata aku sambil membuat tangan macam nak berikrar.
"Oh ya, speaking about your future family kan Aman, mummy nak Aman ingat yang Dato Awaludin kan dah bagi tempoh 2 bulan untuk Aman kenal dengan lebih dekat Umairah itu before kahwin. So mummy nasihatkan Aman, ambil hati dia. Sebab mummy tengok Umairah itu macam tak suka sahaja dengan Aman. Aman ini, macam bertepuk sebelah tangan dah. So Aman pandai-pandai lah berusaha supaya dia terpikat dengan Aman ok? And one more, kalau nanti tiba-tiba Aman tak suka dia dah, mummy tak mahu Aman teruskan rancangan nak berkahwin dengan dia. Faham? Tak baik kita mainkan perasan orang." Aku yang mendengar hanya menganggukkan kepala kerana terlampau leka menghirup sup cendawan yang dihidangkan.
"Arman Iskandar anak Dato Sufiyan dengar ke tidak apa yang mummy cakapkan ini!". Tiba-tiba mummy menjerit, hampir tercampak sudu sup aku. "Aaah? Oh Iye mummy, Aman dengar. Aman janji Aman akan do the best untuk pikat hati dia. Cause i know she is the one for me. Ok mummy?". Pujuk aku.
"Kusyuk sangat makan. Macam setahun tak makan! Promise dengan mummy ok! Ha ini tak kerja kan hari ini? Pergilah ajak Umairah tu keluar berjalan-jalan. Tapi pastikan bukan berjalan-jalan tempat bukan-bukan faham?" Dengar sahaja green light yang diberi oleh mummy aku terus berhenti makan dan menelefon Umairah. Minta-minta dia mahu!
###
*Umairah Amira P.O.V*
Siap sahaja menepekkan bedak di muka dan lip gloss di bibir. Aku terus mencapai beg dan turun ke bawah. Aku telah terlewat 5 minit untuk berjumpa dengan Arman Iskandar. Bakal bekas suami aku. Entah kenapa, pagi tadi dia call minta berjumpa bagi temu janji kami yang pertama. Katanya!
"Maira? Nak pergi mana awal-awal ini?" Sapa umi yang sedang menyiram pokok di luar.
"Maira ada hal sikit umi dengan bakal menantu umi tu. Nanti tengah hari Maira balik." Aku segera mencium tangan ibu dan terus menaiki kereta.
###
Dalam banyak-banyak restoran. Aku tak tahulah kenapa restoran mamak juga dia pilih. Aku ini bukannya penggemar masakan mamak. Jadi aku hanya memesan teh ais dan pisang 2 biji. Di hadapan aku sekarang ini, em segak. Memakai t-shirt putih lengan panjang dan seluar denim. Rambut seperti biasa sewaktu aku jumpa dia pertama kali di rumah hari itu. Nampaknya dia selera betul makan roti canai dengan kopi o panas di sebelahnya. Sampai aku pun dia tak perasan.
"Eh awak tak makan? Tak akanlah makan pisang sahaja? Diet ek?" Akhirnya baru dia nak sedar? Ingatkan dengan pinggan roti canai itu sekali dia nak makan.
"Saya tak suka sangat kedai mamak. Roti canai apa tah lagi capati, saya tak pernah makan." Aku bersuara. Dan dia kelihatan terkedu sedikit.
"Lah, kenapa awak tak cakap dari tadi! Kalau tak saya boleh bawa awak dekat restoran lain. Lagipun actually, saya dah makan kat rumah tadi. Mummy masak sup cendawan dengan garlic bread." Oh dah makan. Tapi sekarang ini aku nampak dia yang over makan kenapa?
"Nah its okay. Awak nak jumpa saya ada apa ya?"
"Saya nak bincang tentang kitalah."
"Yeah i know. But pasal apa?"
"Are you ready to be my wife?"
Pfffttt. Tersembur teh ais yang aku sedang minum tadi ke muka dia. Alamak! Maira, kau ini buat malu sahaja!
###
*Arman Iskandar P.O.V*
Nasib lah bakal isteri. Kalau tak, memang habis kena kaki dengan aku. Sabar Aman, sabar. Take it easy! Aku mengambil tisu yang berada di tandas itu. Aku mengelap muka dan baju. Kenapalah aku pakai baju warna putih hari ini. Aishh. Keluar sahaja daripada tandas. Aku lihat tempat meja makan kami sudah kosong. Ke mana pula Umairah pergi? Aku pergi ke kaunter, tanya mamak itu dan mamak itu kata Umairah keluar masuk ke dalam kereta dan beransur pergi. Aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan terus menghantar pesanan ringkas kepada dia.
"Are you okay? Where are you? Kenapa pergi macam itu sahaja?"
Tut tut tut! Bunyi tanda pesanan ringkas aku tadi sudah dijawab oleh dia.
"Saya ok, cuma malu sahaja tadi. I am so sorry. Kita jumpa tempat lain. Starbucks, Pavillion. See ya there!"
Amboi perempuan ini. Demand betul. Mamak tak mahu. Starbucks juga dia pilih! Huh!.
###
Sampai sahaja di Starbucks, aku mencari-mencari Umairah. Katanya dah sampai. Tapi ke mana pula dia pergi? Tiba-tiba mata aku terlihat kepada sepasang kekasih sedang berbual sambil bertepuk tampar. Mesranya tapi kenapa macam pernah aku lihat sahaja wanita itu.
Sekejap. Kenapa wanita itu pakai baju yang sama seperti Umairah tadi? Blouse kuning dan seluar jegging putih sambil rambut di sanggul. Eh macam sama sahaja. Lalu aku pergi dengan lebih dekat dan jawapannya... Sah! Itu memang Umairah Amira! Tapi lelaki itu? S-s-siapa!
YOU ARE READING
Cinta Diamond
Teen FictionCerita cinta ini ibarat diamond. Mempunyai empat penjuru dan berkilau sinar seperti cinta Umairah Amira, Arman Iskandar, Shafiq Irham dan Yoona Alya. Apa akan jadi bila Umairah Amira dikahwin paksa dengan Arman Iskandar dan ditinggalkan pada malam...